Monday, February 28, 2011

Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Kita Kembali

Dari Allah Kita Datang dan Kepada Allah Kita Kembali


Inalillahiwainalillahirojiuunnn.....

Hari Sabtu jam 9.25 Ayahanda Mertua mama Hj Haron Ibrahim telah kembali ke Rahmatullah. Dalam usia 82 tahun ayah kembali kepada penciptanya disaksikan isteri (MIL) 3 orang anak lelaki dan 2 orang cucu di kediamannya di Ampang. Ayah menghembuskan nafas terakhir sesudah selesai dimandikan sebagaimana rutin biasa setiap hari.

Pagi sabtu seperti biasa...dalam jam 8. 30 pagi mama ke pasar...sedang mama pilih2 ikan tiba-tiba HP berdering..tertera no rumah MIL. Hati macam dah berderau...suara Afiq, anak saudara dihujung talian..yat yang mama dengar " Mak Ndak...Tok Wan Nazak"...zuppppppp berderau jantung...Mama pun terus tinggalkan ikan2 yang dah dipilih tu dan terus pecut kereta menuju ke rumah MIL. Walaupun jarak perjalanan dekat jer tak sampai 5 minit...tapi rasa cam jauh pulak perjalanan kali ni.

Terus call hubby ( yg kebetulan outstaion dan hanya akan balik esoknya)..aduhai tak dapat pulak...hantar sms ntah berapa kali dah...ni mesti bateri habis ker..tak ada liputan ke apa ni....dah ler malam tu ada 8 miss call dari hubby, tapi sebab mama sakit kelapa malam tu dan tidur awal tak terdengar bunyi HP berdering.

Sampai rumah MIL, Afiq dan Danial berdiri di depan rumah...mama meluru masuk...ohhhh Ayah....Jasad ayah telah dilitupi kain....MIL, adik Ipar (Amin & Rejab) & Abag Ipar ( Abg Din) disisi jasad Ayah. Ayah telah kembalik kepada penciptanya. Mama peluk MIL yang nampak tennag disisi jenazah.

Macam terkejut dan tak percaya...ditambah dengan sedikit panik dan kelam kabut. Jenazah Ayah diangkat ke rumah tamu rumah...oelh kerana yang lain macammasih terkejut...mama pun ambik kain batik lepas...untuk menutup jasad Ayah..ambik kain serban putih untuk tutup bahagian muka...oh yea..sebelum tu oleh kerana mama dah pernah menghadapi kematian Anis, Abah dan Emak sebelum ni...so mama taulah serba sedikit...apa nak baut kalau orang baru meniggal ni. Mama ambik kain putih...dan mintak adik ipar ikatkan bahagian kaki dan muka...untuk bagi lurus. Disebabkan Ayah baru lepas dimandikan..so badan Ayah pun dah bersih dan masih berbedak lagi...

Mama masih panik sebab tak dapat contact hubby. Maasa ni kebetulan hanya 3 orang jer anak2 MIL yanga da kat rumah. Hubby outstation ke Perak, Abg Ipar (Hj Ismail) pun o.station dan adik ipar mama (Dr Rahmat) berada Kota Kinabalu , Sabah. Dia baru 4 hari bertugas di Hospital Queen Elizabeth KK. Nasib baik Rahamt dapat fligh balik ke KL. Last seat untuk flight kul 11 pagi...dari KK ke KLIA.

Dapat contact rakan setugas hubby..ohh lega...dia kata hubby dah tau...dan dah ondway balik...lcontact sedara mara mana yang no ada dalam simpanan....
Pukul 2. 45 am...AJK Khairat Kematian Masjid datang ke rumah...mengambil jenazah untuk dimandikan , dikafankan dan disembahyangkan di Masjid Jami'ilHuda Ampang.

walau semewah mana dan semahal mana pun kenderaan yang kita miliki..hakikatnya inilah kenderaan terakhir yang kita akan naiki..untuk perjalanan terakhir menuju ke tempat persemadian ....

Pukul 2. 30 Van jenazah tiba nak bawak jenazah ke masjid untuk di mandikan dan dikafankan. Mama berdoa..Ya Allah..cepatlah Hubby sampai...Alhamdulliah...tepat jenazah ayah siap2 nak dibawa ke masjid..Hubby tiba akhirnya..lega hati mama. time ni adik Ipar mama baru sampai ke KLIA dari Kota Kinabalu. Alhamdullilah ..dia sampai waktu jenazah nak dimandikan.

Kebetulan di Masjid hari ni ada kurus Haji. Jadi masjid memang agak sesak. Ramai tetamu, saudara mara, sahabat handai datang menziarah. Kalau disempurnakan dirumah mungkin tak mencukupi ruang...dan dimasjid keadaan lebih selesa dan teratur. AJK Khairat kematain sangat cekap menguruskan semuanya.

Urusan memandikan jenazah dilakukan oleh anak, cucu & menantu Ayah sambil di beri tunjuk ajar oleh AJK Masjid. selesai dikafankan..para waris diberi peluang untuk menatap dan mencium ayah untuk kali terakhir. Terbujur kaku Jasa Ayah yang dah siap dikafankan......ini lah pakaian terakhir kita sebagai hambanya untuk bertemunya...

Selesai Soalt Asar...jenazah Ayah di sembahyangkan...Alhamdulillah ramai yang ikut serta dalam solat jenazah. Selain waris, kaum kerabat , saudara mara, rakan taulan...bakal2 jemaah haji yang mengikuti kurusu haji turut serta. hampir memenuhi ruang masjid untuk lelaki dan wanita.

Selesai solat jenazah...hujan turun mengiringi perjalanan terakhir Ayah. Hujan panas...mengirinig jenazah ayah ke kuburan. Setiba di tanah perkuburan hujan berhenti dan cuaca cerah kembali. Urusan pengkebumian berjalan lancar. Anak cucu menimbus liang lahad. bermandi peluh dan berpalitkan tanah tak dihiraukan. Selesai di timbus...talkin dibacakan. sayu hati semasa Imam membacakan talkin...terasa diri sangat kerdil...kita semua akan melalui saat2 seperti ini.....saat Imam menyebut " wahai sahabatku Hj Haron bin Zaharah apabila datang 2 malaikat kepada kamu..janganlah kamu takut....."....menitis jua air mata......

Sejurus talkin dibacakan hujan lebat turun mencurah2. Akmi semua berhimpit di bawah khemah yang disediakan. MIL menyiram air mawar ke pusara Ayah dan menabur bunga....diikuti anak2 dan cucu cicit..

Dalam remang2 senja kami tinggalkan Pusara Ayah....dah hujan lebat kami redah meniggalkan tanah perkuburan...Tinggal Ayah untuk bertemu pencipatnya. semoga Ayah tenang di sana...Semoga dipermudahkan segala urusan Ayah dan semoga Ayah ditempatkan ke dalam golongan orang2 yang beriman....

Masih terngiang2 ditelinga suara Ayah atau Tok Wan ( panggilan cucu2)..yang riuh rendah kalau kami anak cucunya berkumpul kat rumah. Masih terbayang garaunya suara ayah masa mengajar mama bawak kereta ( FIL dulunya ada Sekolah Memandu selepas dia pencen Polis...)..kini semua hanya tinggal kenangan....


Nota :
semasa hayat Ayah (FIL) dan Abah ( ayah mama) masih hidup, setiap kali mereka bertemu..mesti Ayah akan cakap dengan Abah...mama ingat lagi ayat dia " Hj Omar...agak2 antara kita ni sapa yang pergi dulu agaknya yea...."..dan ternyata Abah lebih dahulu dijemput Ilahi. sewaktu Abah meninggal dunia, Ayah dan Mak Mentua mama datang dari KL ker Johor untuk melawat....tapi kali ni...Abah dah tunggu Ayah kat sana agaknya.....

Dengan perginya FIL ni...anak2 mama hanya punya seorang Nenek ( TOK) aje....Semoga MIL diberikan kesihatan yang baik..dan dipanjangkan umur

6 comments:

  1. mama...
    syahdu ayu mendapat khabar ttg pemergian FIL tercinta mama

    ayu mendoakan arwah ayah mama dan FIL mama dimasukkan dalam golongan orang2 yang beriman, begitu jua ibu mama

    tinggal MIL (tok) sahaja buat ini...harap2 sangat mereka, anak2 mama dapat merasai kasih sayang seorang nenek

    tabah yer mama atas pemergian FIL...

    ReplyDelete
  2. itu lah kenyataannya ...yang hidup pasti mati bila tiba masa dan ketikanya... tinggal lah segala kemewahan harta dunia, yang dibawa hanya amalan kita dan insyaallah doa dari anak2 yang soleh n solehah.... amin..

    ReplyDelete
  3. Takziah buat Mama sekeluarga...Moga tabah menghadapinya.

    ReplyDelete
  4. Semoga rohnya dicucuri kerahmatan oleh Allah SWT......dan diletakkan di kalangan orang-orang yang terpilih oleh-Nya.

    ReplyDelete
  5. Ayu Citarasa Rinduan - Terima Kasih .

    Kak Kya - ye betul..setiap yang hidup pasti akan mati....cuma kita tak tahu bila masa kita

    MM - TErima Kasih MM

    MSOM - Insyaallah...Amin

    ReplyDelete