Wednesday, November 3, 2010

Tetamu Allah


Hari ni my sister, Kak Nor & Abg Rin akan berangkat mengerjakan fardu haji. Alhamdulillah mereka berdua dijemput menjadi tetamu Allah pada tahun ni. Kak Nor bakal berlepas dengan KT 86. Kena mendaftar ke Kompleks Haji Kelana Jaya jam 9.30 malam ni.

Mama ke rumah Kak Nor untuk mengucapkan selamat jalan. Malam tadi pun mama datang dengan hubby, sebab hari ni hubby tak dapat nak datang dan mengiringi ke Kelana Jaya sebab out station. So petang ni mama gi ngan Amir dan bibik. Mama cuti hari ni. Iki dan Ika gi sekolah KAFA.

Oleh kerana berlepas dengan penerbangan akhir, bermakna Kak Nor akan terus masuk ke Mekah. So kena berpakaian Ihram dari rumah. Bila tengok orang nak pergi haji ni..lantas teringat memori sewaktu mama di jemput menjadi tetamu Allah pada 2006. Bertapa hati pada mulanya berbelah bagi nak pergi , mengenangkan kan znak2 yang masih kecil yang hanya ditinggalkan dengan pembantu rumah yang baru tiba ke Malaysia 2 minggu sebelum mama berangkat. Tapi kami tawakal ajalah...dah Alhamdulillah...adik beradik , ipar duai semua sentiasa ada untuk tengok2 kan anak-anak.

beg-beg semua dah siap...semua beg ni sama...nanti tertukar pulak kan...semua beg2 ada sticker ni...

macam biasa....muka 2 orang ni mesti ada jadi penghias blog mama..dah kebetulan kami berdua aje yang ada hari ni...hehehehe...agak lepas ni turn mama hantar mummy gee pulak kot yea....

bergambar kenangan sebelum berangkat...mama tak ikut serta ke Kalana Jaya...so bye..bye..dari rumah ajelah....

sebelum berangkat...

Mengaminkan Doa....

sewaktu azan dilaungkan..sejurus sebelum berangkat meninggalkan rumah...sayu dan syahdu dengar laungan azan ni...secara automatik menitik air mata. Subhanallah....subhanallah....semoga mama dijemput lagi sekali untuk mengunjungi rumah mu Ya Allah....

kiri : lambaian dari bakal tetamu Allah
kanan : lambaian dari anak2 yang kena tinggal pulak...sedih jer muka....
tak ramai yang menghantar ke Kompleks Haji Kelana Jaya. Hanya anak2 dan menantu sera Mummy Gee aje..yelah sekarang ni nak hantar gi haji bukan zaman dulu2 lagi..siap sewa bas dan berpuluh2 orang menghantar....


lepas diaorang semua pergi...mama pun balik le ke rumah..sebelum balik tu merenung rumah yang ditinggalkan......simboliknya pergi haji ni....segala apa yang ada ditinggalkan...hanya pakaian ihram yang dibawa....begitulah juga dengan saat kematian...segala harta benda akan ditinggalkan..yang dibawa hanya amalan dan kain putih aje....

Semoga Kak Nor & Abg Rin dikurniakan kesihatan yang baik..dapat menjalankan ibadah dengan sempurna, mendapat haji mabrur dan selamat kembali ke tanah air dengan selamat.

hah kepada uols semua tu ...dah daftar nak gi haji ker.....so kalau dah berkemampuan. Sempurnakan rukun islam ke 5 ni semasa badan tengah sihat...tak berpenyakit. Jangan risau pasal anak2 yang ditinggalkan..pasti rancangan Allah semuanya sempurna....

1 comment:

  1. sayunya aku tengok rasa sedih tak dapat datang masa dia orang nak bertolak. aku doakan dari jauh aja semoga kedua2nya sihat dan dapat mengerjakan haji dengan sebaiknya. emoga mendapat haji yang mabrur... amin...

    ReplyDelete