Tuesday, November 16, 2010

Hari Terakhir Persekolahan & Hari Anugerah

Hari ni mama cuti . Cuti sebab apa..seba nak raya haji ker...hahahha..lebih kruang ler...tapi sebenarnya cuti 2 in 1. Hari ni merupakan hari terakhir sessi persekolahan 2010. Hari ni juga diadakan hari Anugerah dan Penyaampaian Hadiah SK Ampang. Hari ni juga merupakan hari terakhir Iki bersekolah di SK Ampang. Sedih pulak dah sampai hari terakhir ni. Lepas ni tak adalah lagi mama hantar Iki ke SK Ampang..lepas tu bawak baju KAFA dia letak kat taska...lepas tu jenuhlah mama nak calling2 dia suruh siap cepat2 nak gi Kafa. tahun depan Iki dah melangkah ke Sekolah Menengah. So tinggallah Ika di SK Ampang sorang. Sedih lah pukak semalam ni dari kelas tadika Iki dan Ika tak berpisah..sebab beza setahun aje kan....tapi masa makin berlalu...so terpaksalah berpisah juga...

Majlis mula kul 8 pagi...tapi mama datang awal sebab budak2 ni nak dtg awal..so sementara tu mama lepak dalam kereta sambil baca paper dulu...hubby datang kemudian, sebab dia nak amik report Ika kat sekolah KAFA dulu.

Untuk majlis hari ni Iki dapat bolot 5 hadiah. antara hadiah yg dia dapat:
  • Keputusan 5A dalam UPSR
  • Tempat ke 3 keseluruhan Tahun 6 ( berdasarkan periksa percubaan UPSR)
  • Anugerah Tokoh Akademik
  • Anugerah Pelajar Prestasi Paling Meningkat
Graduation Day.....Gambar kenangan bersama 40 orang murid yang berjaya dapat 5A

Terima Kasih Cikgu....

menanti giliran untuk naik ke pentas menerima hadiah....

Iki dan kawan2 sekelas...kenangan di hari terakhir...

Iki dengan Guru Kelas 6 Utarid, Cikgu Muzamin yang banyak membimbing dari awal tahun sampailah ke hari terakhir persekolahan termasuklah hal ehwal selepas UPSR keluar... pasal penempatan sekolah, permohonan ke SBP dll.... Terima Kasih Cikgu.

Da besar anak mama yea....ini kali kedua Iki pakai jubah cam ni. Kali pertama masa dia habis Kindy dulu...dekat Tadika Islam Ehsan....ni pakau lepas habis Tahun 6 dan ambil UPSR. Mga mama dipanjang umur lagi untuk nampak Iki pakai jubah ni lagi sekali masa graduantin Universiti nanti..Insyaallah....

Dukacita gambar Ika ambil hadiah tak ada pulak hari ni. Ni semua sebab bateri kamera mama habis ler pulak, sebelum tu mama puas cari dia tak jumpa pulak..rupanya dia duduk kat belakang dewan untuk persiapan menerima hadiah. Lepas tu mama ambil gambar guna HP, tapi ntah dimana silapnya tetiba gambar tu hilang pulak...tak tau ler silap tekan ke apa..yang pastinya 1-2 minggu ni HP mama memang buat hal...lepasambil gambar tak tau duduk mana gamabr2 tu...pas tu puas godek2 tak jumpa....so apakah ini tanda2 nak dapat HP baru...hehehehe.....Ika mesti merajuk ni sebab gamabr dia tak ada...gambar Iki aje banyak...

Untuk Ika pulak, kali ni dia dapat bolot 5 hadiah juga : ( sorry ye Ika x ada gambar ler pulak...hehehhe)
  • No. 1 dalam kelas
  • No 1 keseluruhan Tahun 5
  • Terbaik BM Pemahaman
  • Terbaik BMPenulisan
  • Terbaik Matematik

Apa hadiah yang anak2 dapat...ohhh syukur alhamdulillah. Semoga anak2 mama boleh mengekalkan prestasi untuk masa-masa akan datang. sebagai ibu, mama cuma doakan yang terbaik untuk anak-anak.

Mama tunggu hingga ke akhir acara. Sebabnya Iki dan Ika tak nak balik lagi..diaorang semua nak tunggu sampaiacara habis. Sedih pulak di hujung majlis ni..ada majlis perpisahan guru2 yang nak bertukar..pencen dan murid2 Tahun 6 yang nak meninggalkan sekolah. so dah jadi cam drama air matalah pulak. ehhh ehh mama pun sedih pulak ler tengok dah semua orang nangis...nyanyi pulak ramai2 lagu perpisahan apa tu..."geylang si paku geylang", "bertemu dan berpisah", lagu Pelangi Petang dan banyak ler lagu sedih....huhuhuhu...cam mama pulak yang nak berpisah.

Sebelum balik mama banyak ambil gamabr Iki kat kawasan sekolah, tapi tulah sayangnya gambar2 tu semua HILANG tak tau kemana.........

So habis dahhhhhh...sessi persekolahan 2010....Selamat Bercuti Semua.....

No comments:

Post a Comment