Tuesday, September 21, 2010

UPSR dah bermula

21 September 2010. Peperiksaan UPSR bermula hari ini diseluruh negara. Anak sulong mama Muhammad Aliff Zikry @ Iki salah seorang calon UPSR tahun ni. Semoga Iki berjaya mencapai keputusan 5A. Aminnnn.........................

Iki yang nak amik periks..tapi malam tadi mama pulak yang tido tak lena...bukannya apa...takut tak terjaga...atau pun terlewat bangun...tapi tulah kejap1 terjaga tengok jam..dari kul 2 pagi..setiap 1 jam mama akan terjaga rasanya...ingatkan mama aje..Iki pun cakap dia kejap2 terjaga. Pukul 5.4 hp mam berdering2....Kak Nab call...saja kot mama belum terbangun...tapi masa tu mama dah bersilat kat dapur dah...Iki kata dia nak sarapan nasi lemak dan ayam goreng. So mama masaklah nasi lemak pagi ni.

Pukul 7 keluar rumah dah...itupun mama cam dah risau takut jalan sesak dan terlewat sampai aje...semua ikut sekali..termasuklah Amir. Hari ni dan esok mama cuti. So mama hantar dia sampai kat kantin sekolah, ada taklimat dan amanat terakhir...

Bismillahirahmannirahom...melangkah penuh yakin ke kawasan sekolah...

murid-murid berkumpul di kantin sekolah...ada taklimat akhir

masing2 diberikan kad perakuan maklumat diri dan angka giliran..guru2 kelas sibuk memastikan murid2 semua hadir...teruja sungguh mama melihat kesungguhan dan keprihatinan guru-guru sekolah ni..

khusyuk mendengar pesanan dan nasihat dari guru-guru pembimbing...


Tapi kan tadi mama ada nampak satu peristiwa yang buat mama terharu tau..masa tu dah hampir jam 7.50 pagi...cikgu2 semua dah kira calon2 semua..tapi tu lah ada gak murid yg sampai lambat..tak tau parents lambat bangun ke apa ker...dah lagi hampir jam 8 pagi tu..still ada murid tak sampai lagi..lepas tu mama tengok cikgu kelas dia ni..memang sungguh bertanggungjawab...dia start motor dan nak gi rumah murid tu...sebab tepon2 tak angkat rasanya...masa tu saing mama keluar dari pagar sekolah..cikgu..lepas tu pertengahan jalan cikgu tu terjumpa budak tu yg tengah relex jer kayuh basikal...cikgu tu yg muka tension...so mama sungguh2 menghargai kesingguhan cikgu tu..Yelah mesti cikgu tu risau...dah nak masuk dewan tapi murid dia tak sampai lagi..begitulah pengorbanan seorang guru...dan disaat akhir cikgu2 masih bersemangat memberi tips2 yang berguna untuk calon2.

Lepas hantar Iki , mama balik rumah...semoga anak mama dan juga anak saudara mama yang lain-lain tu Shafik, Apiz, Luqman, Saliqin, Zati akan beroleh kejayaan cemerlang dan kepada semua calon2 UPSR dan juga ibu bapa..semoga kejayaan menjadi milik kita semua...


6 comments:

  1. Itulah pengorbanan seorang guru yang kadangkala dipandang sepi oleh segelintir parent... namun bagi parent yang faham setinggi penghargaan kerana kejayaan seorang pelajar adalah sokongan, didikan dan doa parent dan guru.

    ReplyDelete
  2. mmng syahdu le ari ni.Tadi masa tunggu syafik blk terdengar guru pengawas bagi arahan masa dah cukup.aku pulak yg meremang bulu roma

    ReplyDelete
  3. Yin - betullah...respek kat cikgu tu...dia gi naik motor nak cari budak ni...tak taulah nape dia lambat...parents dia x ada pulak antar...selamba jer budak tu

    Mek - dengar pesanan2 guru dia tadi..haah

    ReplyDelete
  4. Cam tu la pengalaman aku masa antar sasha th lepas,lepas taklimat terakhir, bacaan doa . pas tu cikgu kata... bangun sume murid2, baca bismillah, mulakan dengan langkah kaki kanan trus msuk kedewan peperiksaan. sambil tu murid2 sempat bersalaman dgn cikgu2 minta restu....

    ReplyDelete
  5. Iki merupakan salah satu daripada 490 000 calon UPSR yang menduduki peperiksaan tersebut minggu ini.

    Oh...! Itu sudah menjadi tugas guru. Kalau calon tidak hadir, guru kena cari calon di rumah.

    Pengalaman saya masa di SMK Convent BP dahulu, apabila tiba di alamat yang tercatat pada buku kedatangan, rumah itu milik orang lain.

    Oleh itu pastikan anak-anak kita mengisi butiran dengan jujur apabila guru kelas meminta mengisikan borang tertentu. Juga no telefon, kadang-kadang no entah siapa punya dibagi kepada guru kelas mereka.

    Akibatnya, apabila ada masalah ketika peperuiksaan, mereka tidak dapat dikesan.

    ReplyDelete
  6. Masalah alamat dan no telefon palsu yang diberikan oelh murid memang masalah terutama di sekolah menengah. Antara punca oleh kerana nak ke sekolah yang diingini terpaksa pinjam/tipu alamat orang yang lain di zon sekolah tersebut. Murid sekolah menengah pula oleh kerana tidak mahu pihak sekolah menghantar surat amaran ponteng/disiplin maka bagi alamat palsu. No telefon pun palsu atau no hp sendiri so parent tidak dapat dihubungi. Ini dilakukan oleh murid yang memang bermasalah.

    ReplyDelete