Thursday, September 9, 2010

Ketupat Rendang

Esok dah nak raya...uols tengah anyam ketupat ker...apa...tengah kacau rendang...tengah buat dodol....tentu meriahkan ramai2 bergotong royong masak. tapi kan mama masak sorang2 aje tau kat rumah. Sat lagi baru nak gi rumah MIL. Kira balik kg ler tu...KG MELAYU AMPANG....hah kampung gak kan...

Mama buat ketupat palas dan rendang. Actually dulu2 mama tak makan pun ketupat palas..apatah lagi nak baut sendiri. tapi sejak kahwin...hubby n kan family keturuan dari belah2 utara..so ketupat palas ni memang menu wajib ler setiap kali raya. Dulu2 MIL selalu yang buat...tapi lately ni kan dia cam dah tak berapa larat nak buat....tak kan nak harapkan dia juga buat..lagipun hubby n anak2 sangat2 suka ketupat ni so bermula 3 tahun yang lepas mama dah mula buat sendiri ketupat palas ni. Jenuh gak ler nak belajar membalut ketupat ni...mama sukalah pulak sekarang. anak2 pun suka....

Menu apa hari raya ni....ohhhh ni ketupat palas ni untuk makan2 jer...actually mama buat semalam lagi....nanti kat rumah MIL ler masak ramai2 untuk hidangan raya...kat sini..malam raya tetamu dah datang ke rumah..ada majlis takbir raya dari rumah ke rumah. So kira malam raya tu memang dah meriah lah...berbanding akt kg mama kat PS..malam raya baru sibuk nak masak rendang..dan hidangan lain...kat sini petang akhir Ramadhan tu dah beraya dah.....anak2 suka ler malam raya dah ikut orang berjalan bertakbir...memang meriah time malam raya. Kadang2 kan kalau mama nak merasa suasan raya didua-dua tempat...kadang tgh malam raya baru mama balik kg. so sampai kg mama,,,,dah hampir subuh...dan orang baru meriah nak sambut raya...so dua2 dapat merasa...


bila dah siap balut ketupat daun palas ni ( malas nak upload gambar cara2 buat ketupat ni...banyak kali dah mama upload..tengok n3 raya tahun lepas lah)....rebus lah...air dia setengah periuk aje..dan biarkan sampai air dia kering...tapi kan..hehehhe time mama rebus ketupat ni..mama "terlelap" kejap...so sampailah air tu kering dan hampir nak hangit....nasib baik terjaga dari lena...hah tu lah terlampau letih...sampai tertidur kat dapur tau....tapi demi anak2 dan hubby yg suka makan ketupat ni...akan ku gagahi jua....

rendang in the making....rednag tok yang belum jadi tok lagi...baru jadi makcik ni..hehhee

deretan kuih raya mama.....5 jenis mama buat sendiri dan 5 jenis lagi order.....hah adil gitu...


Terasa sekejap aje kan bulan Ramadhan...rasa cam tak puas. Dah raya....tak ada apa lagi nak ditunggu....sekadar seronok nak jumpa sanak saudara....


1 comment:

  1. mama...

    so sweet...rajin sungguh tau

    family ayu tak ramai, but en zalie n ayah mertua demand minta y pelik2

    ketupat, lepat, rendang ayam. ayam kicap, gulai daging, sambal goreng, lodeh dan sambal kacang..

    tak tidur 1 ari memasaknya....

    ReplyDelete