Sunday, September 26, 2010

Mari tengok MAGIKA

UPSR dah habis...rehat sekejap sebelum periksa PSRA next week. Malam sabtu lepas bawak anak2 & anak sedara tengok Magika. Actuallu dah lama tau tunggu2 filem ni bila nak ditayangkan...so bila tau dia start tayang 23hb..ohhhh elok2 aje habis UPSR..

Magika filem KRU. Memang cantik filem ni...biasalah KRU kan kreatif bab CGI, grafik dll. filem muzikal..so dialog pun banyak yang menyanyi...tapi Amir cukup suka..ada banyak2 watak dalam ni...dan pelakon2 di apun semua yang fofuler...antarnaya Diana Danielle, Mawi, Aznil Raja Azura, Vanida Imran, Aliya & Amani, Marsha, Norman Hakim, Ziana Zain ( jadi nenek kebayan....kelakar), M Nasir, Jalalauddin Hasan, Mak Mah, Ogy dan ramai lagi......ringkasan cerita Magika lebih kurang cam ni lah....

"Filem Magika adalah sebuah filem berbentuk kekeluargaan yang menyelitkan pantang larang orang Melayu terutama peringatan untuk anak-anak seperti jangan keluar rumah waktu senja dan jangan buang air kecil merata tempat sesuka hati. Filem ini juga dekat di hati penonton kerana ia kaya dengan nilai kasih sayang, cinta dan pengorbanan.

Sinopsis filem Magika mengisahkan bagaimana dua beradik yang tersesat di alam bunian selepas keluar rumah pada waktu Maghrib.

Ayu (Diana Danielle) berhadapan dengan ujian sukar untuk menyelamatkan adiknya iaitu Malik (Fimie Don) yang diculik nenek kebayan lakonan Ziana Zain. Bagaimanapun Ayu bernasib baikkerana dia bertemu dengan Bad Mawi)yang membantu menyelamatkan mereka keluar dari dunia asing itu.

Magika yang menggabungkan lebih 15 aktor dan aktres ternama pasti menjadi tarikan penonton ke pawagam, lebih-lebih lagi yang merindui lakonan Ziana Zain apabila memegang watak sebagai nenek kebayan vogue! Kaya dengan mitos dan kisah legenda Melayu, Magika menampilkan beberapa watak yang dekat di hati orang ramai seperti Badang, Bawang Putih Bawang Merah, Pak Pandir, Mak Mandir, Mahsuri, Hang Tuah, Puteri Gunung Ledang dan Batu Belah Batu Bertangkup."


ramai orang tangok Magika malam ni...start pukul 10.45 malam..

ishhhhhhh bila nak start Magika ni....Amir tak sabar nak tengok ni...

ni tak boleh tinggal ni...posing depan poster...ala-ala promosi filem gitu...

agak-agak apa amir nakbaut dengan botol air tu yea....

posing dulu sebelum movie start...peace dari Iki, Amir, Luqman & ika....

habis tengok magika..balik rumah dah tengah malam...tapi tak boleh tido lagi aaaaaaaaaaaaaaaa..banyakkkkkkkkkkkk kerja nak kena buat....hehehhehe...basuh baju, lipat kain dan gosok baju....




4 comments:

  1. last friday pn bwk sami tgk magika. baru tau la cite nih muzikal hahahha.. niat utama mmg nk tgk ziana zain. skalik dpt dgr dia nyanyi mmg puas hati hahaha..

    ReplyDelete
  2. Ely
    Tq sudi singgah kat sini....memang ler citer tu best....mama dah tunggu sikit punya lama...sejak dia ada iklankan dalam cinema dulu tu..last year rasanya kot...

    ReplyDelete
  3. Enab, ko tolong promosikan filem KRU punya, kalau lah dia terbaca blog ko mesti dia bagi teket free.

    ReplyDelete
  4. mcm citer The Labyrinth yg sayapnah tgk time kecik2 dulu.. yg ada David Bowie blakon..

    ReplyDelete