Thursday, July 29, 2010

Hilang Kata-Kata

Hari ni mama diserang ulser mulut...so sakit semua kawasan mulut, lidah dan keliling mulut...huhuuhuhuhu....hari ni dah masuk hari ke 3...tak tahan sakit barulah mama gi klinik ambik ubat dan antibiotik....ini pun sebab demam pun dah mula naik...

So hari ni mama gi klinik lah nak ambik ubat dan antibiotik dan Dr bagi rehat 1 hari.....masuk hari ni dah hari ke 3 dah ulser ni...tapi baru hari ni gi Klinik..itupun sebab pedih sangat....letak ubat jel kat farmasi pun x jalan...

huhuhu...korang prnah kena ulser ke......siksa kan...nak cakap pun tak leh....so kena tulis dalam blog ajelah yeaaaa

Bagi sapa-sapa yg nak dapatkan info pasal ulser mulut ni...hah meh baca kat sini ye...ni mama tanya kat Pakcik Google


ULSER MULUT

Ulser mulut merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan dan menyakitkan.

Apakah yang menyebabkan ulser mulut?

Penyebab sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia mungkin terjadi disebabkan oleh :

  • Stres
  • Perubahan hormon
  • Jangkitan (infeksi)
  • Kekurangan zat makanan
  • Alahan
  • Radioterapi
  • Kimoterapi


Tanda-tanda (simptom)

Tanda-tanda ulser mulut termasuk :

  • Rasa membakar dalam mulut
  • Kesakitan
  • Tidak selesa
  • Hilang selera makan
  • Demam

Berapa lama ulser mulut akan sembuh?
Kesakitan biasanya akan berkurangan dalam tempoh 3-4 hari tetapi ulser akan mengambil masa selama 10-14 hari untuk sembuh.


Perhatian
Dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian jika ulser berlanjutan selepas dua minggu untuk memastikan ia bukan lesi kanser dan pra-kanser.


Apa yang boleh anda lakukan?
Untuk melegakan rasa sakit, anda boleh mencuba petua-petua berikut :

  • Gunakan bahan kumuran antiseptik
  • Sapu gel atau krim penahan sakit
  • Kekalkan kebersihan mulut yang baik
  • Makan makanan lembut
  • Elakkan makan makanan panas dan pedas
Banyakkan minum air




Ini lah Gel yang mama dapat dr klinik tadi.....selalu kalau kat farmasi beli Bonjela.....tapi rasanya gel ni untuk melegakan atau bagi kebas aje kot..so that kita boleh makan dan minum.......

Harap2 cepatlah baik ulser mama ni.....kalau tak tak bestlah xtvt balik kg mama weekend ni....camana nak cakap2 nanti kan...huhuuhuhuh....or silap2 mama tak jd balik pulok....

2 comments:

  1. eh klu sakit patutnya makin kena balik kg..I kan kalau sakit (contoh mcm time mabuk ngandung kan).. I mmg tersgt la manja dgn kakak2 I & suka balik kg mintak org masakkan itu ini...so, time ni la Mama boleh manja2 dgn Mummy gee mintak dia masakkan bubur ke apa2 ke kt kg sbb Mama sakit.. bila lg nk menggedix kan....

    ReplyDelete
  2. Cik nab ~ saya pun kena gak ~ sakit ah ~ nak makan susah ~:(

    ReplyDelete