Friday, December 4, 2009

Begini Akhirnya........

Apalah salah dan dosaku..setelah puas aku berkhidmat tanpa mengenal penat lelah dan sentiasa bersedia..namun apabila aku sudah tidak berupaya lagi..maka dengan senangnya aku dicampak ke tepi. Adilkah dunia bagi insan kerdil sepeti aku...10 tahun dulu sewaktu aku masih gagah perkasa, muda belia, cantik menggoda...aku dihargai...sepanjang masa aku tidak pernah disingkirkan...kalau bercuti lama2 pun..aku lah yang pertama sekali dicarinya setibanya di pulang ke rumah.......walaupun aku tidak pernah dibawa sekali untuk bercuti bersamanya. Namun aku redha.....akhir2 ni aku selalu saja tidak sihat. Tenagaku untuk berkhidmat padanya juga semakin lemah. Kadang2 kalau aku langsung tidak boleh menjalankan tanggungjawabku seperti selalu. Sakit juga telingaku mendengar rungutannya setiap kali aku gagal untuk memenuhi keinginannya menggunakan khidmatku. Walaupun puas dia cuba bermesra dgnku dengan memicit2 point dibadanku... namun aku hanya diam membatu. Maafkan aku...aku tidak berupaya lagi untuk memuhuni permintaan mu. akhirnya kerana seringkali aku gagal memberikan khibmat terbaik, dan sering menimbulkan kemarahannya. Maka aku semakin dilupakan..pernah sekali dia tanpa belas kasihan...cuba mencederakan aku...dengan mengetuk, mengumpil, menarik, menggoyang dan yang sewaku dengannya. aku hanya mampu menjerit.....groooong.....granggggggggg..grengggggggg..grunggggggggggggggggggggg............ aduh sakitnya badanku diperlakukan sedemikian. Aku dipaksa melakukan perbuatan itu walaupun aku sudah tidak bertenaga lagi....

Selama 2 minggu, aku terbiar sepi. Sehinggalah suatu malam, lebih kurang jam 10.00 malam. aku terdengar deruman kenderaan, pasti dia pulang. aku terdengar suara seseorang diluar rumah...ohh siapakah yang datang malam-malam buat begini...dadaku berderau....akhirnya bila pintu terbuka...aku melihat "kaum sejenis" ku tersembul didepan pintu. Ohhhh adakah dia pengganti diriku ini. aku merasa amat sedih apatah lagi bila dia dengan rakusnya menarik dan membawa aku keluar dari rumah....ya dia telah menemui pengganti aku.... aku tak berdaya untuk menghalang..kerana aku tau tempatku ini akan diganti dengan yang lain...yang lebih cantik, molek, bertenaga, licin, putih melepak....dan yang penting...masih fresh......Ohhhh tidak...... aku sungguh sedih....Akhirnya aku idseret keluar rumah...walupun puas aku membatukan diri. Dari luar rumah aku melihat dgn ekor mataku "kaum sejenisku" itu ditatang dengan berhati2 dan diletakkan ditempat aku dahulu. Semalaman itu aku tidur di porch..paginya aku terdengar perbualan dia yang mahu mencampakkan aku ke "PUSAT PEMBUANGAN SAMPAH"...... oh sadisnya..........hina sangat kah diri ku......begitulah akhirnya .......RIWAYAT HIDUPKU......beginilah nasib aku SEBUAH MESIN BASUH USANG .....hahahahhahahah....ceria sadis di malam hari.....


aku bukan saja perlu berkhidmat tak mengira waktu...malah dihujung senja usiaku juga aku sentiasa didera, dipijak, dihenjut dan diperkotak katikkan oleh "Budak Botak" ni..hihihihiihi....Amir posing maut dengan washing mashine lama tu......sebelum dicampak ke pusat pembuangan sampah....


Inilah "kaum sejenis" yang menggantikan tempat aku.....selamat berkhidmat wahai temanku....nanti kau pun akan menerima nasib seperti aku akhirnya....

amacam ok tak karangan budak sekolah rendah yang mama buat ni...ok tak cikgu....boleh dapat "A" tak...itulah ceritanya...alkisah 2 minggu mesin basuh meragam,,,akhirnya setelah 10 tahun..terpaksa beli mesin basuh baru.......hihihiihih sengih bibik tidur malam ni sebab esok tak perlu menyental kain baju...dah boleh picit basuh baju sambil nonton Sinetron Indon...hehehehehhehe.......

5 comments:

  1. Sekarang ni zaman siber la mana ada karangan sekolah rendah macam tu lagi,markah kesian ada la

    ReplyDelete
  2. alah ada apa karangan cam tu....dulu2 kan kita selalu buat "Aku sebuah Basikal" ke..."Aku sebuh Kereta".....hihihihiihih

    ReplyDelete
  3. yo yo mesin basuh baru beb, ya la ujung2 tahun ni income banyak, sofa bila nak seret kuar, dah layak d deret kuar tu.....

    ReplyDelete
  4. income banyak kemendanya....bajet lari ada lagi....mesin basuh tu satu keperluan.....aku rela tak tambah stok pinggan corell beb..sebab nak ganti mesin yang dah boleh masuk muzium tu....

    ReplyDelete
  5. sebut pasal pinggan corell, bila lah aku sempat nak bukan kotak2 corelle aku tu.. jgan ler ada yg pecah ke apa... ni tengah mesin baju kali ke-3. Baru sampai dari PS. Ada 2-3 kali nak mesin lagi rasanya...tapi apa2 hal FB ngan blog curi2 jengah gak...

    ReplyDelete