2012 dan cuti persekolahan hampir melabuhkan tirainya dalam beberapa jam lagi......So macamana kekawan semua persiapan anak naik skeolah dah ready ke.....Mama dlam minggu lepas mulalah baut persiapana untuk anak2. Kebetulan Mama tengah menghabiskan cuti tahunan...Mam abercuti dari Krismas hari tu sampailah ke 7 January 2013 nanti...
Sebelum shopping buat checklist dulu...mana keperluan anak2 yang boleh digunakan lagi dan man ayang dah tak bokeh pakai lagi. Lepas tu pikir mana nak gi shopping barangan ni....lepas tu tengok bajet...banyak mana..hahaha
Jom kita congak2 kos nak memulakan persekolahan anak2 ni. Bukan nak menunjuk ke apa ke...tapi bak kata kawan bloggwer mama MMirror kan...harga2 yang dipaparkan untuk rujukan di masa depan..nak comapre harga.
Memang lah bukan wajib beli peralatan baru untuk masuk sekolah. Tapi kalau dah memang baju yang sedia ada memang dah tak muat nak buat macamana kan..terpaksalah beli yang baru kan...Bagi Mama beli alak kadar aje..dan biasanya kalau baju tahun leps tu elok lagi..sekaadar beli sepasang. Kalu baju tahun lepas tu memang dah tak maut , belikan 2 pasang. lagipun bukan hari2 pakai baju sekolah. Hari Rabu anak2 pakai baju Koko..hari jumaat pulak pakai baju melayu. Hari selasa pakai baju PJ....so memadailah 1-2 pasang aje.
Untuk Iki beli 2 pasang baju sekolah. Untuk rujukan...sehelai seluar sekolah menengah ni berharga Rm69.90 dan kemeja putih ni RM42.90. Dan juga beli sepasang baju melayu untuk dipakai hari jumaat berharga RM75.90. Kos baju sekolah Iki = RM 300.90. Baju sekolah Ika pula dalam RM150.00.lupa nak snap gambar baju Ika.
Beg sekolah pun kena beli yang baru..sebab last year punya dah putus talinya dan dah koyak...Beg Poly Pac ni berharga RM49.90 . Beg Iki pulah harga RM45.90
Kasut sekolah untuk Iki,Amir dna Ika. Jenama Bata BFirst aje. Kasut ni tak kira besar ke kecik ke semua harga dama aje. Mama beli 2 pasang untuk Iki, Sepasang untuk Ika dan Amir. Last year punya kasut Ika masih elok lagi..tu beli sepasang aje...Iki punya pulak smeua dah hancur...dia belasah buat main bola...Untuk Amir pulak ..bagi dia semangat nak mula masuk Tadika...Untuk 4 pasang kasut ni semua bernilai RM107.96
Budak kecik ni pun dah mula masuk Tadika 2013 ni. Dha berpusing cari Tadika yang sesuai dan berdekatan dengan rumah ni dan siap ada transport...so daftar kat sini ajelah...so nak masuk Tadika ni pun bayaran lebih dari nak masuk darjah satu...hahha tapi tak semahal tadika2 elit yang lain lah....Mama bayar dalam Rm500 utnuk pendaftaran.
Perbelanjaan di atas hnaya untuk pakaian. Untuk Buku2 pulak lain harga. Untuk Iki dan Ika dah settle beli buku2 dan alatan tulis semua..kira dalam ratusan juga. Baju sukan belum beli lagi sebab belum ada stok.
So memang sebagai parent..kita kena spare duti awal untuk sessi persekolahan anak2 kan...kalau ada yang dapat bonus hujung2 tahun syukurlah..dapat gak membantu...bagi yang tak dapat tu..pandai2lah menabung dan korek le mana2 saving yang ada tu kan....lupakan nak bercuti2 kemana2 asalkan persiapan persekolahan anak2 semua settle.....
Ok...selamat kembali ke sekolah...
Patut la kita tersedak2 je ptg ni... Mama sebut2 nama rupanyaa.. :D
ReplyDeleteAlhamdulillah dah settle semuanya ye..