Liat betul nak mengupdate blog sekarang......harini ada kesempatan sikit. Hari ni Jumaat, hari terkahir Ika kat Kem Permata Pintar. Hari ni mama cuti halfday petang sebab nak ambik Ika. Actually Hubby boleh gi ambik kalau mama tak cuti, tapi kesian pulak kat Ika nanti nak packing2 barang2 di..so mm cuti gak ler..walaupun cuti tinggal 1 hari jer..hehehhe
Pukul 3 bari gerakke UKM nak ambik dia...dah ramai pelajar2 yang dah balik dah. Ika pun dah boring sebab kawan2 dia dah balik semua...huhuuhu sedih pulak dia nak tinggalkan UKM ni.....
Ika & rakan2 Permata Pintar
Balik dari ambik Ika, jalan jem ler pulak..sampai rumah dah hampir pukul 6 ptg. Siap2 lepas maghrib keluar balik nak ke rumah Kak Nab. Ada apa erk nak gi rumah dia malam ni. Ohhh dia saja buat makan2 untuk meraikan anak2 kami yang esok akan "terkurung" dalam kem selama seminggu...hahahahha
Mummy Gee ajak gi rumah Kak Nor, tapi Mama x dapat pegi malam ni..sebab dah janji ngan Kak nab.....esok lah mama gi rumah Kak Nor lagi...
Kak nab buat makan-makan malam sambil bakar-bakar untuk meraikan anak-anak yang bakal berkurung selama 1 minggu dalam kem nanti....tpi sayang hari hujan pulak...so bakar2 kat tepi rumah jer lah....
Sabtu 18/12/2010
Balik rumah malam tu ..terus pack2 barang2 yang Iki nak bawak esok.....dan esoknya pukul 8 pagi hantar dia ke rumah Kak Nab, sebab dia & Abg Din yang akan tolong hantar budak2 ni pegi...wahhhh seronoknya diaorang ni....sumbat cam tin sardin dalam kereta tu yea...ada 7 orang cousin2 yang akan pegi sekali ni....Ahad depan diaorang balik...
Hari ni biras mama @Kak Nab jadi supir untuk hantar diaorng ni gi kem...semua ceria sebab tak sabar nak pegi tu. Actually mama tak berapa nak bagi IKi join sekali, sebab yelah Ika bru aje balik semalam, ni iki pulak nak gi...tpi dah dia bersungguh nak pegi...ok ajelah...apa yak seronoknya semua cousin2 dia pegi...
hah sumbat..sumbat...muat tak semua masuk dalam UNSER tu....hah muat ker ...kalau tak muat Pak Anjang kena hantar ler nampaknya....
Balik dari hantar Iki...hehhehe ada misi lagi..gi Hospital Pantai Ampang pulak..hantar bibik buat medical check up & x-ray untuk renew permit kerja dia...
huh...penat kan uols baca xtvt mama ni....ni sat lgi nak gi kenduri kawin pulak...
No comments:
Post a Comment