Hari ni siri kembara penjelajahan BACK TO SCHOOL diteruskan kembali. Semalam misi untuk Ika kira dah hampir sempurna...so hari ni misi pencarian keperluan sekolah untuk Iki pulak. Untuk Iki ni mama beli last minute. Yelah hari tu nak beli awal2 takut dia ada dapat offer sekolah mana2 pulak kan. So last week keputusan SBP dan keluar...check online, Iki tak berjaya ke SBP. So tahniah ler pada yang adik2 yang berjaya diterima masuk ke SBP. Dalam sekolah Iki tu dalam 40 orang ng dapat 5A, mama dapat tau hanya seorang saja yang dapat peluang masuk SBP. Berilah peluang ke SBP pada yang berhak dan memerlukan. Jangan ambil hak orang lain kan. So mama rasa tak ada kurangnya sekolah harian pun. Tapi kalau dapat tu alhamdulillah juga ler...hehehehe
Tapi pagi ni mama check online kat website , Iki dapat masuk ke "Kelas Rancangan Khas" (KRK). Uols tu tak apa tu kelas KRK. Kelas ini untuk pelajar 5A UPSR yang tak masuk ke SBP. Kena buat permohonan lepas result UPSR keluar ke JPN Negeri. So dalam kelas KRK ni sistem dia sama lebih kurang cam SBP cuma tak ada asrama aje. Dalam satu kelas tu hanya ada lebih kurang 20 pelajar ( kelas biasa lebih kurang 40 orang) dan setiap keputusan periksa akan di hantar ke PPD untuk penilaian. Ramai rakan2 Iki yng apply kelas KRK ni, tapi tempat adalah sangat terhad. Hanya sekolah tertentu aje yg ada kelas ni. So Iki ni pun dapat kat sekolah lain, bukan sekolah yg sepatutnya dia daftar untuk form 1. So terpaksalah Iki berpisah dengan Luqman...hehehehhe..tapi tak per dekat2 jer sekolah tu...
Ok melalut panjang pulak ler mama...ehhh hari ni kat mana nak beli barangan keperluan iki..malas nak masuk KL....( cam hari tu gak...) so gi Tesco ajelah..dalam tu ada jual baju Canggih kan...so masuk terus tuju tempat "Back to School"...tapi alamak tak ada saiz semuanya dah sold out...fuhhhhh laku betul baju canggih tu yea.....patutlah cepat kaya kawan MMirror cam ni...hehehe
Baju jenama ni dah kehabisan stok kat ...yang tinggal tinggal untuk baju budak2 sekolah rendah jer...
So dah tak ada baju Canggih tu...pegilah le kedai PROFESSOR "Serba Tau" tu....hah kat kedai pak cik Professor ni lengang jer orang..yelah sebab harga dia pun ehmmm boleh tahan...tapi kat sini memang kualiti sangat2 puas hati. huh...hubby kata dekat nak sama harga seluar dia tu...tapi tak pe lah..."Alah Membeli Menang Memakai..." ( walaupun poket pokai gak..hehhehhe)..daripada mama beli akt kedai sebelum ni ( dalam n3 sebelum ni tu) yang tak ada brand tapi mahal giler...
akhirnya masuk ke kedai Pakcik PROFESSOR serba tau ni lah....( korang ingat kan kartun Professor Serba Tau dlm Majalah Gila-Gila tu kan..)
tahun ni juga Iki kena pakai kasut putih...sebelum ni kasut hitam jer..tak basuh pun tak nampak kan...hehehhe
susah tu nak ambik gambar Iki sekarang....hihihihi gambar dalam fitting room tu...hehehhe...alahai dah remaja rupanya anak mama ni....
Tahun ni Iki dah masuk Form 1...so pakai baju putih. teruja nak tengok Iki pakai kemeja putih..sejak dia tahun 3 asyik pakai baju biru pengawas aje kan...
antara yang mama rembat kat Professor hari ni...tak lengkap lagi..baju baru sepasang..esok lusa beli lagi sepasang....stokin tertinggal pulak...
So kira Iki akan mulakan Form 1 dia kat sekolah ini lah. Tapi tak taulah result MRSM belumkeluar lagi. Untuk MRSM Tahfiz dan MRSM Cambridge dah tau result hari ni. Iki hari tu mintak MRSM biasa je. Manalah tau ada rezeki dia dapat MRSM ker....kalau tak kekal kat Kelas KRK ni aje pun ok .
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete