Saturday, April 24, 2010

Musim Demam


Petang Jummat, balik dari ofis selepas insiden U Jump I Jump tu, Mama drop kat Hospital Ampang Puteri. Nak tengok anak ofismate mama, Ila. Alamak pagi tadilah dahlah lepas baca kisah sedih Adik Dzafri Hisyam yang meninggal dunia kat NICU APSH. Rasa cam ketar pulak kepala lutut nak masuk sini.

Sebelum tu call hubby, minta dia amik anak2 dulu, sebab takut mama lambat. Rupanya bila sampai bilik kawan mama ni, ada sorang lagi ofismate Mama, yang anaknya pun dimasukkan ke sini. Baby comel Za yang baru berumur 4 bulan. Alah kesiannya tengok baby kecik ni kena cucuk jarum. Mama spent sampai pukul 7 ptg kat hospital.

Ampang Puteri Hospital yang begitu dekat dihati Mama. Kalau ada masalah kesihatan Mama selesa dan akan kemari untuk dapatkan rawatan. Disebabkan kos rawatan yang agak tinggi, so kenalah ambil insuran kesihatan. Tapi Alhamdulillah sejak 3 tahun kebelakangan in Syarikat tempat mama bertugas menanggung rawatan perubatan untuk kakitangan dan ahli keluarga, so ok lah...ada alternative antara nak guna duit sendiri, insuran sendiri dan syarikat...( heheheh tapi untuk bersalin..sendiri bayar yea....hahahahha....)

Ayie, anak bongsu Ila. Dia deman dah seminggu tak baik2. Macam2 ubat dah makan. badan pun dah lemah. Admitted kat Ampang Puteri dan since Rabu. Pagi tadi Ila sms, bagitau dr nak buat ujian H1N1 dan ambil sample tekak pulak. semam demam tak baik2. Harap tak adalah penyakit tu dan semoga cepat sembuh.


kiri : Baby comel ni anak kepada ofismate mama juga (Za). Baby ni demam dah berhari2 dan ditambah dengan masahalh Bronkitis. Tapi alhamdulillah semalam dah boleh discharge.
kanan : Baby montel ni pulak baru lepas operation...dah ok dah...dah dia tengok aje mama, mama snap foto dia...dia satu bilik dgn anak Ila. cute sangat budak2 ni.

Malam ni malam minggu tapi tak boleh ke mana, sebab esok anak2 sekolah ganti kan. Cuma malam ni meriah sikit rumah mama, Iki , Ika dan Amir ada geng. Asyraf dan Afiq datang tidur sini malam ni. Kalau nak tau malam tadi Amir tidur pukul 3 pagi....Mama pun dah lama mimpi..sedar2 Afiq hantar Amir sebab dah nak tidur.

1 comment:

  1. Cerita2 bab demam ni kecik ati aku la sekarang,puncanya demam pastu ada sampingan lain. Minggu lpas si Frhan dmam di ikuti si Fareez lak,alhamdulillah dua2 dah baik. Pagi tadi dlm kul 3 lbih kurang aku trperanjat bila kakiku terkena benda panas bila terjaga rupanya si M.Shah lak demam,mudah2an demam biasa je..........

    ReplyDelete