Sunday, April 25, 2010

HULU SELANGOR - SIAPA MENANG??????



Eehhh keputusan undi pilihanraya kecil Hulu Selangor dan keluar ke. Kenapa mama sibuk nak tau ni. Mama bukan suka politik dan fanatik dengan politik , setakat baca gitu2 aje.

Sebab mama nak tau ialah, kerana Mama ada sebiji rumah di dalam kawasan Hulu Selangor tu. hehehehhe Rumah Mama tu terletak di kawasan Rasa, Daerha Hulu Selangor terletak atas sikit dari Rawang. So disebabkan ada aset kat area sana tu, nak jugalah ambil tau keputusan dia kan. Tak kiralah parti mana yang penang, asalkan boleh membawa kebaikan dan memajukan lagi kawasan tu. Walaupun terletak dalam Selangor, tapi agak kurang membangun. Kawasan rumah Mama tu kira berdekatan gak ler dgn area2 Rawang dan Bukti Beruntung tu. Mama beli rumah ni sebelum kahwin lagi. Dulu zaman pemerintahan MB Selangor zaman tu rasanya kawasan tu macam nak membangun, banyak kawasan disekitar sini yang nak dibangunkan antaranya Bukit Beruntung ( yg sampai sekarang tak ada untung tu...), Bukit Sentosa, Sg Buaya, Lembah Berigin dll. tapi kita hanya merancang kan. Rasanya Mama beli dalam tahun 1995. Masa tu bujang trang tang..tang..tang tau..hah dah beli rumah time tu. Masa tu baru nak bertunang ngan hubby. so survey2 rumah. time tu tak banyak rumah2 baru dibina. So belilah rumah kat tempat Jin bertendang tu dg harapan kawasan tu akan membangun dengan cepat macam temapt2 lain dlm Selangor ni. Cadangnya dah kahwin nanti pindalah duduk situ.

1996 - Kahwin, rumah tak siap. Kami duduk di Ampang. Oleh kerana hubbay rapat dgn MIL dan tak ada sesiapa duduk dgn MIL, hubby decide nak duduk dgn MIL Mula2 rasa cuak juga..tapi lama2 Alhamdulillah. Disebabkan masa duduk rumah MIL lah, hubungan mama dgn MIL dan adik beradik hubby dan ipar duai jadi rapat dan mesra.

Bila rumah kat Rasa tu dah nak siap, dan cam bercadang nak pindah. emmmmm MIL cam berat hati nak bagi pindah. MIL ada tanah berhampiran rumahnya, dan akhirnya Hubby bina sebuah rumah bersebelahan rumah MIL. hehehheheh so tak jadilah pindah ke Rasa. Rumah setingkat aje..ada 3 bilik dan agak luas dan selesa. Bila duduk sebelah ni memang meriah ler rumah. Dan Mama pulak jenis yang suka kalau orang datang ke rumah. 10 tahun menetap disitu, ternampak pulak iklan rumah di kawasan berhampiran. Saja survey2 ok gak tempat tu, dekat ngan rumah MIL gak, Disebabkan ada rezeki sikit, so akhirnnya kami book juga rumah tu. Ingatkan saja aje beli nak buat Aset.

Masa beli tu memang tak plannak pindah pun, tapi ntah tetiba rasa cam nak rasa pulak duduk rumah yang baru dibeli ni. So kami pun pindah ke mari tahun 2008. Rumah lama tu memang sayang ler...yelah kami dah melabur banyak ler juga untuk buat dan lengkapkan rumah tu. Bila Mama pindah ke rumah baru, MIL sedih gak, tapi mama kata..tak per anak2 pun tak tukar sekolah dan setiap hari boleh datang.

Rumah lama mama tu kini dihuni adik ipar Mama. Memang sayang sebab banyak memori kat rumah tu. Kadang2 tu terasa macam nak duduk balik aje kat rumah tu. Yelah rumah tu kan dah free, tak ada bebanan hutang bank. Kami buat dan renovate sikit2, tambah mana2 yang patut dan akhirnya rumah tu jadi complete. ohhhh kalau dibagi pilihan...mama suka kawasan kejiranan rumah lama tu. Andai dapat kuputarkan masa.....



sekadar gambar hiasan. Rumah Mama tak semewah rumah Linda Onn ni....walaupun terletak agak berhampiran...hehehhehehe...poskod aje yang sama yea...


Tapi apa2 pun sykurlah dengan apa yang ada sekarang ni. so sekarang kedua2 rumah tu dah ada orang duduk @ penyewa...walaupun kadang2 emmmmmm......nasib baik kedua2 rumah tu tak ada lagi hutang dengan bank. Kami dah selesaikan semuanya. hanya tinggal rumah yang kami diami inilah..yang insyaalah dalam masa 16 tahun lagi baru jadi milik kami yang sah....( wahhhhh lamanya...kalau ada rezeki lebih boleh selesaikan lebih awal kan....mudah2an)

Ehhh apa lah mama melalut ni. Cerita pasal rumah kat Hulu Selangor sampai ke sini pulak. Yelah harapan mama kalau sesiapa pun yang menang diharap kawasan tu akan membangun dan boleh menaikkan lagi nilai hartanah kat situ....boleh sewa tinggi sikit...hehehehhehe...

3 comments:

  1. MAMA MIRAKI! Sya ni dah malas nak cerita tentang politik Malaysia yg penuh dgn titik bengik itu, jadi tahniahlah Puan sudi menulis tentangnya.

    Ni sya nak habaq kat hang ni, akhirnya saya dapat merawat line internet sayalah. Cari punya cari terjumpalah disk STEREAMYX saya, jadi saya dah tak berlagak jadi remaja di CYBER CAFE lagi. Bolehlah mengomen di sini panjang-panjang. Lepas ni nak merapu kat blog Abang Baharin pulak!

    ReplyDelete
  2. mamamiraki= kan BARISAN menang.....memang ini yang saya harapkan.dalam jiwa ni tertanam sokongan padu buat BN, tak tau la kenapa...mewarisi arwah abah la, kan abah sampai akhir hayatnya setia ngan barisan ...

    ReplyDelete
  3. Msom- saya pun tak suka politik...saja aje nak tau...hehehe mana tau aset saya tu naik value dia sampai 2 juta kan..hahahha

    Anonymous - Mama kadang2 masuk Barisan kadang2 potong Q....hehehehehhe

    ReplyDelete