Hari ni merupakan hari terakhir cuti persekolahan. Cepat betul rasanya cuti sekolah kali ni yea...rasany baru nak mula cuti hari tu kan. Ini dah nak mula balik. Tapi yelah cuti kali ni iki dan ika banyak pulak 3 minggu. Ika dah habiskan 3 minggu untuk Kem Permata Pintar, Iki pulak 1 minggu untuk Kem Al-Quran.
Hari ni mama tak ke mana-mana. cuma pagi2 aje ke pasar tani. Iki dan Ika pun agak sibuk hari ni. Diaorang habiskan membalut buku2 yang tak habis lagi hari tu. Lepas tu siap2 barang2 untuk sessi persekolahan esok. Esok , Iki dah masuk tahun 6 dan Ika pulak tahun 5. Iki akan menduduki peperiksaan UPSR. Dan 18/1/10 nanti Iki dah boleh buat IC, dah jadi remaja dah. heiiii dah besar rupanya anak2 mama yea. Tinggal lah si kenit Amir kat rumah esok dgn Bibik aje. Kesian Amir, mesti doa boring kat rumah nanti. Dari pagi Iki dan Ika pegi sekolah...nanti petang baru ler balik. Tahun ni tgh diaorang tak balik rumah macam tahun lepas. Sebab masa yang terhad. Pukul 3 dah masuk ke kelas KAFA pulak. So diaorang akan transit kat taska my SIL dekat2 ngan sekolah.
Esok pun mama naik kerja dah selepas cuti selama 10 hari.....so semua dah back ti normal...tak adanya nak lepak2 kat rumah lagi, nak gi cuti..cuti lagi...nak berkumpul adik beradik lagi......so sekarang kena fokus kerja...dan anak2....nanti next school holiday...boleh rancang lagi xtvt lain.
No comments:
Post a Comment