Friday, February 13, 2009

Happy Birthday Amir Mursyid ( 1 Year)

Amir Mursyid ( masa ni umur dia 7 bulan)
Happy Birthday Amir Mursyid ( 1 year)


12 February...... dah setahun umur Amir Mursyid. Terasa baru semalam mama bertarung dengan kesakitan untuk melahirkan Amir. Masih terbayang-bayang saat-saat cemas di labor Room Ampang Puteri.. setelah 12 jam mencuba untuk melahirkan Amir secara normal akhirnya mama terpaksa akur bila Dr Ashar bagitau yang mama terpaksa melalui C-section...emergency...... amir hampir lemas....dan akhirnya pukul 3.05 ptg Amir selamat lahir kedunia melalui pembedahan...patutlah susah nak keluar, rupanya berat Amir pun 4.11 kg dan that whylah mama tak larat nak pushhhh............. ohhh cepat sungguh masa berlalu.....


Melihat keletah Amir ni yang sentiasa ceria ni..memang menyeronokkan...mungkin Amir agak beruntung kerana setelah sekian lama tak ada baby dalam keluarga ni , iaitu setelah pemergianAnis Sabrina..selama 6 tahun hanya iki dan ika yang menjadi penyeri mama dan ayah. Jadi dengan kelahiran Amir memang amat dinantikan oleh kami sekeluarga.....terutama anak-anak mama Iki dan Ika.


Amir anak yang baik...dari lahir lagi Amir tak banyak ragam... 2.5 bulan Amir dan mula meniarap....5 bulan menjulur dan mula merangkak...dah masuk bulan ke 10 Amir dan pandai berjalan.......dan sekarang ni dah mula nak bercakap.... pantang tengok bola...mesti nak kejar...ni semua ikut perangai abang iki dialah ni yang suka main bola. Dan paling Amir suka tengok Astro Oasis yang ada selawat, ngaji2 tu...tak berkelip mata....dan lagi satu yang buat mama sejuk hati..bila kami semual solat...Amir pasti akan ikut sama walaupun sekejap-sekejap dia tertonggeng , terbalik, meniarap dan ketawa dan macam-macam lagi aksi lucu dia.




No comments:

Post a Comment