Tuesday, August 3, 2010

Cerita Balik Kg - Part II

Sambung balik n3 balik kg ni yea......lambat sebab internet tenat....hehehehe

Kalau malam sebelum tu mam tidur kul 4.30 pagi kan..heheh hari ni awal sikit yea…adalah kot awal dalam 15 minit..hehehhe kul 4.15 am tulah mama tidur…GBS@Geng Bas Sekolah pun sama…suka sangat diaorang ni jumpa cousin2 diaorang,

Malam ni mama bercerita dari satu bab ke satu bab tau…dai gossip. Certita kesihatan, cerita kematian, cerita Haji, Cerita solat…macam2 semua da…dah macam Majlis ilmu adanya…sapa yang tertinggal sessi malam ni memang satu kerugian besar.Akhirnya mama terlena..hujan malam ni..cuaca sejuk sangat..ada orang tu gi Ngeteh sampai ke BP Walk…kul 4 pagi gak balik tu rasanya…alasan Hujan…logic tak..hehehehhe..tak apa sesekali kan..

Kat kg ni yang bestnya seawal pagi semua dah bangun…GBS pun bangun awal…dan rasa rugi pulak kalau bangun lambat2 kan…macam biasa walaupun makanan berlambak kat dapur Mummy Gee tetap menjalankan rutin dia..Cuma kali ni mama tak ikut yea..dia dapat pengiring baru…Kak Nor & Yin. Mama kat rumah buat cucur udang..huh licin cucur udang mama…..boleh bukak kedai ni…menu breakfast pun pelbagai, nasi lemak, nasi goreng, roti canai, kuih muih, cucur udang..pilih aje mana yang berkenan di hati.

Lepas tu kami ada mission lagi. Huh banyak betul misi kan….memang warga berwawasan betul lah kami ni kan.

Ok pagi ni mama nak menziarahi pusara Mak & Abah. Mama pegi dengan kakak-kakak mama lah. Sampai kat kawasan tanah perkuburan ehhh ada ramai orang pulak…ohhh rupanya ada gotong royong kat masjid tu. Bila masuk ke kawasan tanah perkuburan ni rasa kecik sangat2 diri ini kan….segala apa yang kita ada didunia ni akhirnya akn ditinggalkan semuanya..kerja penat lelah, siang malam, kumpul harta semuanya akan ditinggalkan hanya amalan yang dibawa bersama. Ya Allah kau tempatkanlah kedua ibu bapa ku ke dalam syurgamu Ya Allah.

Papan tanda ke "rumah" Abah dan Emak....

Pusara Emak & Abah...Al - Fatihah....

Selesai menziarahi pusara Mak dan Abah, kami lalu kat kawasan kampung tu…melihat2 balik rumah kawan2 lama…ada setengah2 rumah tu yang dah tinggal rangka..dah hampir menyembah bumi, antaranya rumah kawan baik mama dulu..kat mana ye si Normah sekarang berada. Mama tengok rumah dia dah tinggal tangga dan bahagian depan aje. Tapi tak kurang juga rumah-rumah banglo dengan rekaan yang canggih dan tersergam indah. Tak tau dah rumah sapa ni….

mama perhatikan ramai orang tanam pokok buah Dragon kat sini...sesuai kot tanah dia.....dan ini antara Banglo sapa ntah yang sdg dalam pembinaan kat kg ni...mewah betul orang2 kampung skrg kan....

Lepas tu kan mama tengok kat area- situ sibuk pulak orang2 kampung tu..siap ada khemah banyak2….ada team naik motor pakai baju sama warna…ada apa erk….bila jalan ke depan lagi..ohhhhh rupanya ada majlis Perasmian Dewan Orang Ramai kampung tu….YB Noraini Ahmad datang rasmikan. Patutlah ramai orang. Lepas tu kan kami buat lawatan pulak ke sekolah lama mama (sekolah rendah). Ala-ala macam artis dalam rancangan Trek Selebriti gitu..hahahhaha..kat sekolah inilah mama mula mengenal ABC…123….( mama tak pernah gi Tadika pun…)

kami adik beradik semua bersekolah rendah kat sini.....tak tau kenapa Abah hantar kesini..sebab senang nak pegi kot nak dibandingkan skolah kat pekan PS tu.....

Lepas tu ada pulak permintaan dari kekanda-kekanda ku ni untuk “membuat lawatan” ke projek IKS ni…hehehehe….ramai betul orang datang ke “Kilang Kerepek Zaronah”. Mama ni tak adalah minat bebeno dengan kerepek2 ni…tapi itulah bila masuk ke kawasan dia ni..ehhh tergoda pulak nak membeli…dah susahnya mama pulak yang beli banyak dari doarnag semua ni. Tapi memang banyak betul kerepek2 hasil ni..kerepek ubi, kerepek ubi pedas, kerekepk pisang, keladi, keledek, dhal, rempeyek, maruku, dan macam-macam mak nenen kerepek lagi ler. Selain dari tu hah biskut raya pun banyak dan bermacam-macam jenis. Murah- pulak tu harga dia. Rasa di apun sedap..sebab dia buat sepanjang tahun..bukan untuk raya aje. Mama tengok time tu ada beberapa van yang datang dari KL, Penang, JB semua ambik stok kerepek dan biskut kat sini. Ohhhhhh kat sini rupanya dia ambik stok barang2 tu yea….Yelah lepas tu dia packing balik jual dalam pack kecik2 kan…tapi memang besty tengok kilang ni. Mama siap masuk ke dapur dia..tengok orang tengah goreng dan sira kerepek….ok selesai bab lawatan ke Industri IKS ni yea…nak gi mana lagi…

Rasanya gambar2 ni akan membuatkan Kak Kay mama akan terharu dan terliur tengok kerepek2 ni kan...

kiri ; Datin S...menunggu giliran nak "melaburkan" sahamnya dalam syarikat ni...
kanan :keadaan dalam tempat dia goreng kerepek ni.....

ini bukan Duta syarikat kerepek ubi ni ya....hahahahha iklan percuma untuk tokey kilang ni ya...

Ohhhh dah selesai lawatan ke kilang kerepek....masa ni cuaca dah mula panas ni…balik rumah ajelah…tak yah gi PS lagi…..balik rumah ,,,hheheheh xtvt apa lagi…masuk ke dapur lah…disebabkan semua dah nak balik ke rumah masing2 hari ni kan…( Mama Janet & Kak Mah awal- lagi dah balik), so masak lunch pun sempoi aje..sebenarya untuk menghabiskan stok yang dah dibeli aje.

Time untuk berkemas balik semula. Lepas lunch, mulalah mengemas barang2..walaupun Cuma balik 2 hari..tapi barang2 yang dibawa YA AMPUNNNN….. time ni anak2 sibuk main2 ( dengan alasan nak balik petang2 ni)…hubby2 semua apa lagi sambung..zzzzzzzzzzzzzz ( hihihihi….memang kelas tau layanan kat kg ni…kira tak yah buat kerja tau…lepas breakfast…baca paper…lepas tu kalau ngantuk sampai tertidur2…lepas tu panggil for lunch…lepas tu solat zuhur…dan zzzzzzzzzz lagi….lepas tu minum petang pulak…lepas tu bolah santai2…malam pulak..lepas dinner…ada sessi ngeteh lagi yea..tak cukup ngeteh kat rumah sambung pulak kat BP Walk.

pose...pose....sebelum balik....

Dah siap berkemas semua…maklumlah ini rumah tinggal..so sebelum balik memang kena kemas balik rumah n sebagaimana masa kami balik hari tu. Pinggan mangkuk semua kena simpan balik..peti ais kena bersihkan..pastikan tak ada sisa makanan, periuk belangan kena letak balik tempat dia. Sampah sarap semua kena buang, tingkap semua tutup, lantai kena sapu dan mop…akhrinya lepas kelantang kelentung…check balik apa yang tertinggal (…dalam beberapa kali check tu akhirnya ada gak barang mama tertinggal..beg telekung Ika dan tuala mandi)..pukul 4.30 petang akhirnya Mama, Mummy Gee, Yin & Som pun bergerak meninggalkan rumah. Sebagaimana kami ni semua orang yang mula-mula sampai…dan kami jugalah orang yang terakhir balik. Syahdu gak ler masa nak tinggalkan rumah ni. Dah ler diiringi hujan renyai2…cam sayu aje tengok rumah tu…macam terbayang2 Mak dan Abah duduk kat anak tangga melambai2. Entah lah walau banyak kali balik kg, tapi time nak balik semula ke KL ni rasa cam sayu aje….tapi kalau suruh duduk kat sini..tak nak juga. Yang sebenarnya mama rindukan suasana berkumpul ramai-ramai. Yelah sekarang ni masing2 dah ada kehidupan sendiri, dapat berkumpul sekali sekala macam ni pun dah beruntung sangat.

Agak2 Yin tu termenung sebab pikir camana nak sumbat barang2 tu dalam kereta kot.....

hah sumbat ye...sumbat lagi...kalau tak muat...lain kali balik sewa lori ajelah

Anak-anak pun sedih nak balik…terutama Ika..dia kata sekejap sangat dapat main dgn Lisa. Dia kata nanti masa raya baliklah duduk kat kg 1 minggu. Alahai anak ku…macamana ye mama nak penuhi permintaan tu. Keluar dari halaman rumah..kami berpisah dan berpecah akhirnya..Yin & Som belok ke belah kanan…menuju ke JB, Mama & Mummy Gee pulak ke belah kiri menuju ke KL.Tempat pertemua kami…rumah pusaka ini.

anak2 yang masih monyok...sebab tak puas main lagi....ada yg kata belum gi PS lah..belum petik kelapa muda....belum main bawah pokok dll....

keadaan dalam rumah dah lapang dan bersih......barang2 sebelah kiri tu keperluan utama kalau balik kg tu...ni persediaan nak balik raya nanti ni...


Raya tahun ni bibik2 ni ( bibik mama & bibik Mummy gee) pun tak beraya kat sini...diaorang semua nak cuti balik Indon sebulan.....

rumah yang siap berkunci dan bertutup rapat....sunyi aje keliling rumah masa ni....cuaca dah ler mendung.....ahhhh sedih tul rasa..dulu kalau Mak dan Abah ada lagi...Mak akan duduk kat anak tangga tu sambil air mata bergenang yang cuba ditahan dari menitik....Abah pulak akan buat2 sibuk bersihkan halaman....sebenarnya sedih nak tengok kami balik....

Yin & Som menghala ke kanan..menuju ke JB, Mama & Mummy Gee menghala ke kiri, menuju ke KL....kami bertemu di tengah-tengah..di rumah pusaka ini...

Hujan renyai-renyai…mengiringi kami balik ke rumah masing2. Lepas tu calling pulak Mummy Gee, nak ajak dia makan Mee Bandung Muar & Murtabak Singapore dulu. So kami berhenti kat Tg Agas tu..pekena Mee bandung Muar dan tapai Murtabak Singapore. Punyalah ramai uamt kat kedua-dua kedai ni. Mama siap call dulu tokey murtabaj ni dan order dulu..so lepas makan mee bandung..ambik murtabak…anak2 suka dapat jumpa lagi. Lepas tu ok..baru lah balik KL. Opssss mama singgah kejap kat rumah Mama Janet..sebab nak pulangkan kertas periksa Syafik yang Iki pinjam..singgah sekejap aje..tak masuk pun..sebab masa tu dah hampir jam 6 petang.
Hujan renyai-renyai mengiringi kepulangan mama..meninggalkan rumah pusaka dan kampung ...hati mama sangat2 syahdu time ni...

Mama & gang pelanggan yang terakhir dapat makan mee bandung ni...sebab dah kehabisan...tengok sikit pinya ramai pelanggan dia

Mee Bandung Muar yang original...sedap giler....tapi yang kat Jalan Abdullah tu lagiiiiiiiiii sedap..tak adalah macam kat KL selalu ni..kata aje Mee Bandung Muar...bila rasa macam mee letak sos aje...

ini pun antara makanan yang "wajib" mama beli kalau balik kg....best..sedap..mables....

Bila lalu kat sini mestilah nampak orang jual nenas lah, pisang tanduk lah..heheheh tergoda gak…beli pisang tanduk ( ntah bila yang ada masa nak goreng ni) dan juga anak2 mintak Pau Panas. Lepas tu ..barulah masing2 senyap..dah tak dengar suara…Cuma dengar bunyi dengkuran aje…Amir tadi masuk aje kereta dari kg…terus lena..yelah main sampai tak ingat dunia…….Mama pun cam dah mamai-mamai jer…akhirnya mama terlena gaj…ahaksss…tinggallah hubby sorang2 drive…taka pa dia dah puas tido tadi akt kg kan..hehehehehehehe

Mama beli pisang tanduk....dan anak-anak nak makan pau panas..panas...



Terjaga sekejap sebab highway jam kat Seremban…dan Kak Nab calling2 tanya mama ada kat mana. Dia ada kat rumah MIL, dan ajak mama gi sana..tapi mama tak dapat datang ler..sebab keadaan jalan yang sesak di tambah dengan ngantuk dan penat….akhirnya 9.45 mama selamat sampai ke rumah sendiri. Aghhhhhh memang lega dah masuk rumah sendiri…tapi nak jugak balik kg sesekali.

Aduh..panjang kan n3 mama kali ni. Bagi orang lain mungkin tak ada istimewanya pun n3 ni..tapi bagi mama ini kan cam diary harian mama, so mama suka abadikan kat sini. Dan buat semua kaum kerabat mama yang pulang ke kg hari tu…Minta maaf ye kalau ada terkasar bahas, tersinggung kata-kata, terover lazer dan sebagainya. Anggaplah itu gurauan aje dan jangan ambik hati erkkk

Rasanya cukup sampai disini ye N3 balik kg...nanti tulis banyak2 boring pulak nak baca kan..heheehehe



Monday, August 2, 2010

Cerita Balik Kg - Part 1

Hai...selamat kembali....hari ni mama boleh update blog yea...kepada kaum kerabat mama yang tertunggu n3 tentang balik kg tu...sorry lah yea....lambat nak publish..sebab kadar internet yan sangat tenat...tapi tak per korang boleh baca dalam blog Mummy Gee kan...sama jer..hehehhe...

Untuk 2- 3 entry ni mama nak cerita pasal siri balik kg ye. Mesti ada yang boring kot kalau mama cerita balik kg kan. Tapi bagi mama dapat peluang balik ke kg ni kan adalah sangat-sangat best dan seronoknya. Kadang2 dia lebih best dari siri “cuti-cuti” ke tempat lain. Nak buat macamana mama ni memang asal dari kg. Walaupun Mak & Abah tak ada..rutin balik kg tetap ada Cuma dah tak sekerap macam dulu ler…itu yang bila ada peluang macam ni..memang mama akan hargai sepenuhnya. Kadang 2 tu cam serba salah gak kat hubby nak ajak gi balik kg selalu..yelah kalau ada oang tua memang logic selalu kerap balik kg kan, sementelah mama masih punya Ibubapa mentua lagi. Tapi tu lah kena pandai cari masa yang sesuai dan tak bertindah dengan jadual dan aktiviti2 lain dan yang paling penting..kena “booking” tarikh siap2 ngan hubby, Heheheheh tapi nasib baik Alhamdulillah..Hubby amat memahami keadaan mama dan tak ada masalah nak balik kg, lagi pun ini pelunag dia juga nak jumpa kaum kerabat mama semua.

So perjalanan mama balik kg bermula…dari Malam Sabtu. Ingatkan bak bertolak awal sikit…tapi kan petang Jumaat tu hujan, dan biasalah KL ni kan..kalau hujan jalan mesti sesak giler. So Mama hanyak tiba dirumah pukul 7.45malam. Aduhhhh penat…penat…anak2 dan sibuk tanya kul berapa nak bergerak…heheheh mama satu apa pun tak kemas lagi..tapi bibik dan menjalankan “misi”nya dengan begitu cemerlang sekali…hehehehe….dia dah siap buat kuih gemblong (hehehehhe kuih tradisional ni…mama pun dah tak berapa reti nak buat nasib baik bibik tau buat….orang PS aje kot tau makan kuih ni)..lepas baranagn untuk Amir pun dah siap…so mama cum kemas2 kain baju mama ajer….

Ding..Dong..Ding…Dong…pukul 10.30 malam baru bergerak keluar rumah. Tapi ok kelaur lambat pun semua sah settle…dan makan. Solat…semua…so kiranya masuk kereta ni anak2 pasti akan zzzzzzzz punyalah…dah tak yah berenti kat mana-mana lagi. Time ni calling2 dan sms”ing Mummy Gee, Yin & som. Kami berempat kelaurga yang akan balik dulu malam ni, yang lain2 akan balik esok pagi.


sepanjang perjalanan anak-anak semua dah tidur...so tak ada nak menyinggah ke mana-mana...sekadar singgah Petrol Station jer....tak sampai 3 jam dah sampai rumah kg dah....

Akhirnya pukul 1.30 dinihari yea..Mama tiba kat kg. Cuba korang bayangkan balik ke kg yang sunyi sepi tu..balik kerumah tinggal, rumah pusaka yang dah tak dihuni bertahun-tahun..hanya sesekali dijengah…tengah2 malam buta pulak tu…yang menyambut kepulangan kami semua bukannya Mak dan Abah yang terseunyum di muka pintu. Tapi kepulangan kami ni hanya disambut dengan kesuraman & kepekaran malam, gelap gelita ( sebab jiran2 pun dah tidur), bunyi cengkerik, bunyi daun pintu yang berkeriut apabila dibuka, keadaan rumah yang berhabuk dan bersawang, disambut dengan ratusan ekor semut merah..( dah macam ala-ala cerita jangan Pandang Belakang tau…), teraba-raba nak buka mangga pintu….meraba-raba nak cari suis lampu, dengan bawa anak2 kecil…..tapi kami semua tak rasa takut ke geli kea pa ker..kenapa” Sebab itu rumah pusaka Mak dan abah kami. Kalau nak ikutkan tak semua orang sanggup kot balik dalam keadaan macam tu, sedangkan ada yang masih punya kedua ibu dan bapa pun jarang2 nak balik kg kan..inikan pula yang ada hanya rumah pusaka…..dan mama memang sangat-sangat berterima kasih pada Mr Hubby yang sangat2 memahami…dan juga untuk seluruh adik beradik mama kan…abag2 ipar mama, kakak ipar, anak saudara, cucu saudara dan semuanyalah…dan yang paling nak ucap TQ buat Mama Janet & abg Ibrahim(BIL) ler yang dah bersihkan serba sedikit rumah ni sebelum kepulangan kami semua.

OK masuk rumah….wahhh…rumah pusaka dah berwajah baru….lebih kemas, cantik dan selesa…TQ pada Som yang dimurah rezeki untuk makeup rumah ni sikit yea…nanti ada rezeki tambah lagi yea….Amin….

Masuk aje dalam kawasan rumah…wahhhh….bak kata Mummy Gee dalam n3nya..:( Mummy Gee, Yin dan Som sampai serentak) ”Geng Bas Sekolah” dah sampai..so anak2 sedara semua serbu sampai ke pintu kereta yea..Amir yang tengah lena pun terus terjaga…hahah tenok jam pukul 1.30 pagi..tapi suasana macam kupul 1.30 petang yea…rasanya jiran tetangga pun terkejut kot kalau diaorang terjaga…takut dia iangatkan Kassim Baba nak angku barang2 dalam rumah ni kot.

Tgh2 malam buka pulak ada yang request nak makan maggie. Ni angkara kedai Murtabak Singapore tu dah tutup ler ni…member dah spare perut nak makan murtabak…sekali kedai tutup…so Nampak gaya makan mee segeralah yea…makanan lain..banyak tapi tak nak ler pulak. “Geng Bas Sekolah” pun tumpang sekaki gak ler…

Ok dah settle semua…sessi “gossiping” pun bermula..opssssssssss ada pulak Nampak sorotan lampu kereta masuk ke halaman rumah…ehhhh sapa pulak balik malam ni lagi erk….ohhhhh rupanya Kak Fatimah pun balik juga..huh bagus…bagus…bagus…maka bertambah lagi lah “Geng Bas Sekolah” anak-anak ni

Nak tau kul berapa mama terlelap…dalam kul 4.30 pagi kot…Mummy Gee dah lama belayar , mama sambung ngan Som pulak…dan time mata nak lena tu Geng Bas Sekolah @ GBS masih aktif yea…termasuklah si kenit Amir, Dafiy dan Aliya….ntah kul berpa Amir ni datang kat mama nak tidur agaknya…


Masa budak2 ni tengah main2 ni kan dah hampir pukul 4 pagi...tapi tu lah diaorang ni tadi dah lena dalam kereta sepanjang perjalanan...sampai kg semua mata dah segar bugar balik....

Rasa baru nak lelapkan mata Mummy Gee dah pasang speaker dia ajak gi cari breakfast…ehhh…ehhhh …sah siang ker…so cepat solat subuh…dan misi mencari bahan untuk pengisian perut….kat mana lokasi erk..mana lagi ler…Di Simpang tiga tepi jalan...ehhh lupa kami semua pegi ni kaum ibu aje yea…bapa2 semua kami bagi dai rehat puas…kalau nak sambung tidur pun dipersilakan…ni sebagai tanda terima kasih sebab sudi penuhkan hajat isteri masing2 yang teruja sangat nak balik kg ni kan..so layanan untuk pasangan memang first class yea…..tak apa kami buat semua tu..heheheheheh ( bukan rasuh ni tau…)

Pegi dgn Mummy Gee..macam biasa Mama jadi MEM BESAR jer..heheheh ( kalah MM tau)..tapi selain dari mama ni ada sorang lagi gak Mem Besar kuasa dua @MB² gak..hehehehe, Apa menu beli..macam2..apa yang makcik tu jual semua kami beli…ok apa lepas tu makcik tu boleh balik awal..sebab juala dah habis…Lepas tu kan mama ni terfikir lah pulak..tak kan nak makan kuih muih jerk an..cantik gak kan kalau ada mee goreng ke kan…so misi ke 2…singgah kedai pulak beli bahan untuk masak mee goreng.Balik rumah dalam kul 7 pagi…terus…bersilat kat dapur…mama masak mee goreng…tapi hehehehehhe dah masak semua perencah…cari2 mana bungkusan mee…laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa baru mama teringat…tadi mama pegang mee tu..tapi rasa cam tertinggal lah pulak atas tempat bawang2 tu…huhuhuuhuh…..Mummy Gee dah nak jadiRaksasa tu..heheheh nasib baik Yin tolong jadi Ultramen Cosmos…penyelamat…dia gi kedai balik..hahahahahha….nasib baik yin tak beli aje mee yang dah siap goreng….so kul 8.30 pagi semua dah settle yea…dah siap breakfast semuanya….

antara kuih muih yang kami beli dan kami buat sendiri....untuk breakfast pagi ni....

Lepas siap breakfast tu.... nak gi misi ke seterusnya pulak..ke Pekan Sehari PS. Tanya Hubby dia nak gi tak ke Pasar PS …heheh dia kata dia ngantuk…ok set…..mama gi ngan kaum ibu lagi yea..rasanya saja jer hubby bagi peluang kami jenjalan ngan adik beradik aje ni…kali ni pegi bertiga juga dgn Mummy dan Som.

Mama duduk bersandar aje ye...ala-ala "Mem Besar" sebab dah dapat employ "Supir" yang sangat2 rajin...hehehhehe

pose...pose....sebelum bergeluman dengan ikan. ayam dll.....

barangan yang "Wajib" dibeli kalau balik kg....KOPI PS..huh sedap giler..mengalahkan segala kopi-kopi yang lain lah...

kiri : macam2 sayuran kg ada kat pasar ni...geram aje tengok...rasa cam semua nak beli...
kanan : Mak budak 2 orang ni..kalau rasa mengantuk dan nak tido...tak yahlah gi pasar kan..duduk aje kat rumah....



hah kat Pasar PS pun banyak tau jual tudung2 ni.....macam2 pilihan warna aje...tapi kan time ni cuaca teramatlah panasnya...nak cepat2 balik rumah aje dah ni...

Macam biasa…benda wajib beli kat Pasar PS ni..mestlah Kopi PS. Bukan untuk mama tapi untuk hubby…Bro Kopi ni pun dah tau dah kalau Nampak muka kami ni terus buat plastik2 lapis yea…lepas tu nak cari apa erk..nak cari makanan dah kenyang…lagipun untuk kenduri malam ni kami order Catering jer..so tak ada acara “kecoh-kecoh Kenduri”. So banyak masa nak santai yea…tapi panas yaaaa Ampun betullah hari ni…tu ynag tak habis round pasar PS tu..lepas ni mama ada tugas lain pulak..hehhe ..nak cari Asam Pedas. Ni dah jadi tugas rasmi Mama & Hubby tau gi beli asam pedas kat Benteng BP tu (sebelah Beriani lat Shah) setiap kali balik kg..memang sedap asam pedas dia. Tapi kali ni mama tak pegi…kasi chance para suami pulak cuci2 mata…Hubby & One ( Hubby Mummy Gee)..tapi kan..hehehhe ramai ler pulak askar ‘memfollow” yea…tak apa tu semua CCTV mak-mak dia tu….time ni Mama Janet & Hubby pun sampai…Safik malam tadi dia dah pos kan ngan Kak Mah…lepas tu Kak Long pulak sampai..wahhhh dah macam nak raya ler pulak rasanya…sorang2 balik…kalau dulu2 mak cukup suka time-time macam ni…senyum aje dia tengok anak2 balik.

Menu apa tgh ni…huhuhuhuhu cam biasa menu kampung aje…tapi menu tu cover untuk semua golongan yea..menu anak2 ada, menu bapak2 ada, menu mak-mak ada…kira completelah…. Dan lalu lintas time lunch tu memang sesak giler yea…Ops…..lepas makan baru Kak Nor & Family sampai….
yang ini menu wajib...tak yang ini bukan masak sendiri..heheheh beli kat BP.....ikan merah dan ikan sembilang....yang mula2 hubby bawak balik ke rumah, mama terkejut sebab nampak macam banyak sangat, rupanya dalam sekelip mata dia ghaib...heheheheh

antara menu lunch hari ni.... sup ayam, masak lemak kucai, ayam goreng...dan semestinya tempe goreng serta sambal kicap....

Petang pukul 3petang lebih tu kan..mama baru cam nak tidur ayam…ehhhhh ada pulak satu suara mengejutkan mama ajak gi PS lagi…huh berapa kali nak pegi ni..tapi kali ni suara orang lain pulak..bukan Mummy gee..tapi suara Mama Janet…hahahah ajak cari keperluan untuk kenduri malam ni pulak. Sekali lagi mama “minta izin” kat hubby…hehehhe…dia ok aje..pegi lah…ok…macam biasa kalau gi ramai2 ni Mummy Gee jadi Supir..Mama jadi Co-Pilot aje..kali ni bibik2 ikut sekali..sekali nak potong rambut. Mama ambik peluang guntingkan rambut Amir sekali..hehehe nak tau berapa charge gunting rambut kat PS untuk Amir…heheheh RM 2.50 jer….murah kan…

aksi paling romantis abad ini......tengok bertapa lenanya Amir tidur dgn Aliya...hehehhehe..lagi 20 tahun mesti diaorang malu kot tengok gambar ni...macam gambar Eija & Hafeez tu ..hehehhe

acara wajib bila balik PS..hhehehehehe.....

Balik dari PS tengok ehhhh kereta dah bertambah…ohhhh Ariff pun dah sampai gak dah…wahhhh memang meriah ni….Cuma sayang sikit teman “Sepengetehan” mama , Kak Kay @ Kak Lah @ Kamariah tak dapat balik kali ni disebabkan ada hal yang tak dapat dielakkan. Mesti dia boring giler time ni…hehehhe nak On9 Fb pun tentu kami semua tak ada kan…taka pa Kak Kay ye….walau tak balik kg pun. Mama akan buat liputan tentang aktivi2 kamu semua yea…tunggu aje laporan dari blogger2 tak berbayr ni kan..pilih aje senarai blogger belah kanan blog mama ni..mesti ada laporan terkini…

Petang...time untuk bersantai2 kat halaman rumah.....selalu tu kalau balik kg pun tak berpeluang nak berjalan kelilin rumah...almaklumlah sibuk duduk kat ceruk dapur aje kan

ku di halaman rindu........opsssss....silap di halaman rumah......Amir pelik kot tengok air parit tu...alahai Amir..dulu masa kecik2 kat sinilah tempat mama berkubang tau.....

Pukul 6 ptg…Caterer MUARA BERIANI HOUSE datang hantar makanan. Wahhhh tengah panas2 ni….sedap makan ni….Kredit dan TQ sekali lagi buat Mama Janet & Hubby tau yang bersusah payah tolong order makanan kat sini. Kami terpaksa order..kerana tak sempat kalau nak masak pun…( hehehheh alasan aje tu kan....sebenarnya tak kecukupan masa)

Menu kenduri malam ni ditaja oleh MUARA BERIANI HOUSE...hehehehhe tenok tu bisness kad dia...ala-ala credit kad gitu...


Nasi Briyani dan Daging masak Briyani

ayam masak merah & dalca daging serta jelatah yang tak ada dalam gambar yea...sangat tinggi kolesterol yea...heheheheh tak apa lepas ni dah nak puasa kan..

Lepas Maghrib kenduri Tahlil bermula. Terima Kasih pada penduduk kg yang tetap sudi datang ke rumah kami ni tau walaupun mak dan abah dah tak ada, dan kami pun dah tak tinggal kat sini lagi. Tapi kalau sesekali kami balik..penduduk2 kg tetap mesra dengan kami. Itu yang membuatkan kami susah nak lupakan kg dan tetap nak balik juga. Tak tau lah sampai bila..mungkin selagi rumah ni tak menyembah bumi lagi agaknya.

alhamdulillah..penduduk kg masih sudi datang ke rumah kami kalau ada majlis kenduri dan tahlil macam ni....walaupun Mak & Abah dah tak ada..dan kami semua jarang2 balik ke kg.

Berkat dan "JaWORLD" tak dapat dipisahkan..umpama irama dan lagu...dan juga tempe dan samal kicap....


antara hidangan untuk jamuan malam ni.....