Wednesday, May 20, 2009
Tender Time
hahhahahaha...sekarang ni mama agak busy sikit. Tender banyak nak kena siap. Yang tak bestnya tu semua clos tarikh yang sama, bersaama hari permulaan sekolah setelah cuti 2 minggu. Aduhai..mama dah plan ank cuti panjang sikit , cuti sekolah ni, tapi tak taulah cuti boleh approve ke takkk.... Bossss tolong approve boss...dah lama plan ni.
Tuesday, May 19, 2009
Bumi Hijau
Entah kenapa..2-3 hari ni minat nak "berkebun" timbul balik. Ni mestikes lepas balik dari rumah kak lah hari tu jeles tengok pokok -pokok kat depan dan belakang rumahd ia tumbuh subur je. Macam2 ade dia tanam, cili, api, cili merah, serai,pandan, kari,limau kasturi, limua purut, limau nipis, kedondong, pucuk ubi, pucuk manis dll. Walaupun kawasan tanahyang terhad..tapi hampir semua pokok-pokok asas untuk memasak ada ditanam.
Hihihihi mama ni selalu hangat2 taik ayam aje..hihiih masa memula pindah kat rumah ni dulu penuh tanah kat depan rumah yang sekangkang kera tu mama tanam dengan pokok bendi, ulam raja, pudina danpucuk manis. Bila pokok2 tu dah mati dan tak ada masa nak tanam dengan pokok yang baru, hmmmm jadi padang jarak padang tekukur ler...la ni mama dah datang minat bali nak berkebun.
Hari Ahad hari tu, mam dengan hubby pun mulakan operasi, pegi beli pokok..antara pokok yang mama beli pokok mangga, kedondong, limau kasturi, pokok cili dll....tunggu..nanti mama upload gambar ye
Hihihihi mama ni selalu hangat2 taik ayam aje..hihiih masa memula pindah kat rumah ni dulu penuh tanah kat depan rumah yang sekangkang kera tu mama tanam dengan pokok bendi, ulam raja, pudina danpucuk manis. Bila pokok2 tu dah mati dan tak ada masa nak tanam dengan pokok yang baru, hmmmm jadi padang jarak padang tekukur ler...la ni mama dah datang minat bali nak berkebun.
Hari Ahad hari tu, mam dengan hubby pun mulakan operasi, pegi beli pokok..antara pokok yang mama beli pokok mangga, kedondong, limau kasturi, pokok cili dll....tunggu..nanti mama upload gambar ye
Monday, May 18, 2009
Musim Exam



Sekarang ni anak-anak mama, iki dan ika tengah exam pertengahan tahun. so tak banyak aktiviti boleh buat. Weekend tu mama pegi Teso Ampang, ada pulak zoo negara buat promotion child membership card kat situ...so diaorang posing dulu dengan burung yang control macho kat bekalang tu... Minggu ni exam...pas tu friday sampai Sunday diaorang ada kem motivasi anjuran ekolah kat Impiana Resort, Hulu Langat. Kalau ikutkan, mama mcam tak berapa nak izinkan diaorang pergi aje, tapi dah diaorang beria-ia nak pegi lagipun last year iki pernah pegi kem macam ni gak. Bagus juga untuk mengajar diaorang berdikari...cuma mesti Amir boring ni kena tinggal sorang-sorang...waaawaaaawaaaaa
Friday, May 15, 2009
Amir - 15 Bulan
Amir dah 15 bulan dah...semalam 13/5 mama bawak amir gi Injection Chicken Pox dgn Dr Nasir kat Ampang Puteri. Since Dr haliza dah tak ada, mama tukar ke Dr Nasir. Berat Amir semalam 10.3 kg..turun sikit sebab dia dah lasak. Mama cuti half day petang, sebab pagi mesti ramai orang kat klinik.
Wednesday, May 13, 2009
Selamat Tinggal Kg, Mee Bandung, Murtabak Singapore Dll



Sempat main sebelum balik KL
On the way balik, mama singgah Bandar Maur dulu..makan mee bandung. Kak Lah pun join sekali. Lepas makan mee bandung ika , iki dan shsah sempat main-main lagi tu...Dah habis makan sambung perjalanan ler...lepas aje turun Jambatan..singgah pulak kedai Murtabah Singapore...memang tak sah balik kg kalau tak beli murtabak ni. Mengenangkan semua dah kenyang, mam tapau aje murtabak ni...makan kat rumah ler...tapau untuk kak lah sekali.
Sedap giler murtabak ni..kat KL tak jumpa yang sedap cam ni. Lepas siap tapau..jalan lagi..singgah lagi gerai , beli nenas, jambu, pisang tanduk dll. huh memang penuh ler bonet kereta...Hubby geleng kepala aje..siap tanya lepas ni nak singgah mana lagi....
Lepas tol Tangkak..masing-masing dan zzzzzzzzzzzzzzzzz.....termasuklah mama hihihihi. Sampai Ayer Keroh jalan jam giler...ruapnay ada eksiden 6-7 kereta kot.... budak-budak dah jaga..mmmm lapar..... apalagi belasah lah murtabak singapore tu....hmhmhmmh selamat 2 keping super tu...tak sempat sampai rumah.
Lepas tu we all singgah kat Hentian Serdang untuk Solat Jamak Zuhur & Asar...sampai rumah pukul 5.30 ptg
Masuk aje rumah..alamak terasa sunyinya...nak menangsi pun ada..masih terbayang kemeriahan kat kg. Iki , Ika pun duduk menung aje...boringlah mama katanya...Amir pulak tido...Bosan betullah suasana rumah ni...sunyi...........................
Itulah perjalanan balik kg yang ditunggu-tunggu...bila lagi erk nak balik kg...Raya kot
Balik Kg - Part 4







Akhirnya setelah 3 hari "berkampung" di kampung...tibalah masa nakbalik smeula ke KL. Malsnya rasa. Anak-anak punmacammamasl aje nakbalik, tapi apakan daya KL tempat mama mencari rezeki. So pagi Ahad tu lepas breakfast...berperingkat la orang balik..mula-mula sekali Gee balik, lepas tu Kak nor, lepas tu Iwan, Ariff...yang mamampulak dari kul 10 dah berkemas-kemas ,lepas tu tengok iki, ika tengahs eronok main dgn Shasha, lisa, Ijat, Shafiq, Afiz tak sampai hati pulak nak balik..so kitaorang lepak-lepak kat pondok "ala-ala" gazebo kampung..
Akhirnya hampir pukul 12.30 barulah mama bertolak balik...itupun iki dan ika kejap-kejap masuk kereta kejap kelaur balik..tak puas balik kg katanya, Ika siap cakap boleh tak nanti kalau cuti sekolah 2 ank duduk kg lama-lama, mama cutilah lama-lama katanya. nanti boleh main puas-puas dengan Lisa. Aduhai Ika..macamana nak duduk kg lama-lama....kalau arwah atuka da lagi boleh ler kita duduk lama-lama..tpai apakan daya atuk semua dah tak ada..yang ada cuma kenangan di teratak buruk ni....sedih kalau mengenangkan arwah mak dan abah.
Selamat tinggal kampung
Tuesday, May 12, 2009
Sunday, May 10, 2009
Balik Kg - Part 2
Akhirnya sampai juga mama ke kampung ku yang tercinta....mama sampai lebih kurang pukul 5 ptg. Time tu yang dah sampai kg ada 3 family, gee, som, mek. Sampai aje halaman rumah semua bunda-budak dah serbu. Iki, Ika dan Amir tak sempat nak naik rumah ler...semuang geng dah main kat halaman rumah atuk...siap ada pondok ala-ala gazebo untuk budak2 main lagi. Ini semua hasil keprihatinan abg Brahim dgn Mek ler...memang budak2 suka betul lah duduk situ. Mama pun tak sabar nak jumpa diaorang ni kan...so terus mauk rumah dan diaorang tengah lepak kat dapur...tak lama lepas tu kak nor sampai..lagilag bertambah bingit rumah ni.....hihihihi terbayang kalaulah Arwahmak dan abah ada lagi, mesti diaorang gembira anak cucu semua balik..tapi tulah walaupun mereka dah taka da tapi kami adik beradik tetap rapat dan mesra maca dulu juga. so malam ni dan esok ada 5 family lagi yang akan sampai..kalu dikira jumlah keseluruhan hampir 50 orang keseluruhannya. Memang meriah giler. dah macam Raya ler pulak.
Tuesday, May 5, 2009
Balik Kg - Part 1

Kat Restoren Fareed , breakfast sebelum balik kg...tengok Amir tu..control macho jeng...jeng....hari yang di tunggu-tunggu dah tiba...hari ni nak balik kg. sebeblumsubuh dah bangun..kemas kain baju sebab malam tadi bernagan nak kemas, lepas tu Amir kacau..so konon nak tidurkan dia dulu..last2 dengan mama sekali tertidur...lepas solat subuh...masak daging kerutuk nak bawak balik kg. maklumlah ni nak balik kg ..rumah tinggal kan..so kenalahbawak bekalan apa2 yang patut dulu....lainlah dulu masa arwah mak dan abah ada lagi...any time nak balik pun tak ada hal...sekarang ni kalau nakbalik kg...kena plan betul2..make sure semua adik beradik balik..baru seronok..kalau tak, tak bestlah.
So sementara naktunggu daging tu masak..mama kemaslah mana yang patut...bibik tolong kemas baju Amir....akhirnya kul 10. 30 siaplah mama berkams nak balik kg. nak balik 3 hari aje..tapi barang macam nak balik sebulan...anak-anak paling seronok...hubby pun pening kepala tengok barang yangnak sumabt masuk kereta. Keluar rumah..lepas tu singgah kedai mamak dulu nak breakfast..malas nak buat kat rumah sebab dah kemas semua...makan roti canai...lepas tu singah Carrefour , Ampang pulak, nak gi beli stok air mineral dan syampu. biasalah nanti sampai rumah nak minum ke apa ker air tak ada lagi kan..so kena bawak stok tu..hihihihihii last2 nya kul 12 baru bertolak keluar dari Ampang. Lepas aje Tol Sg Besi..alamak jam giler betul....aduhai dengan panas giler..jalan jam pulak...ingatkan sekejap aje jamnya...rupanya mak datuk..punyalah panjang samapi ke Senawang tu....anak-anak dah tertidur kat belakang.
Lepas Senawang baru lah lega sikit jalan, pasang aircond paling kuat pun..tak terasa sejuknya...memang pasan betul cuaca kat luar. Sampai tol Tangkak dah kul 3.15...ika ika dah sibuk ank terus balikkg , tak nak singgah mana-mana sebab tau lisa, danny, adam semua dah sampai kan...tapi kan sebab mama ni teringin pulak nak makan mee bandung kan..so terpaksalah singgah kat bandar Muar. so we all makan kat Kedai MEe Bandung paling popular kat Bandar Muar ni..manalagi KEdai Abu Bakar hanifah ler..kat jalan Abdullah....semua tengah lapar...so habis licin ler mee bandung ngan sate. Tak lupa mama tapau mee bandung bawak balikk g nanti..kot ada sapa-sapa yang teringin nak makan.
Lepas makan masing2 dah tak sabar nak balik...
Thursday, April 30, 2009
Long Weekend@Balik Kg
Hujung minggu ni cuti panjang...3 hari......mama dah plan nakbalik kg.Muar. dah lama betul rasanya tak balik kg. Last balik rasanya masa Raja Haji hari tu. Yelah sejak mak dan abah dah tak ada...dah tak kerap balik kg. Rumah pusaka masih tersergam indah, Inilah masanya nak balik kg. Yang bestnya balikkg kali ni semua adik beradik mama balik. So Kalau berkumpul semua hampir 60 orang semuanya. Kami bercadang nak baut kenduri doa selamat untuk Arwah Mak dan Abah.
Iki, Ika pun dah tak sabar nak balik kg. Nak jumpu cousin2 diaorang....bestnya....
Iki, Ika pun dah tak sabar nak balik kg. Nak jumpu cousin2 diaorang....bestnya....
Subscribe to:
Posts (Atom)






