Wednesday, June 13, 2012

ALLAH SEDANG MENDUGA MU......

Assalamualikum..

Untuk makluman pembaca setia Blog Mama...Abang Mama BAHRIN OMAR a.k.a YIN WONG KHOO LAI sedang diuji oleh Allah. Yin sedang terlantar melawan penyakit di Wad HDU, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu. Yin selamat menjalani pembedahan akibat Pendarahan Otak. Doakan kesejahteraan dan Keselamata Abang Mama ni.

Alkisah..kami baru bertemu last weekend (9 - 10 June2012). kami balik ke kampung beramai2. Suasana macam biasa dan dia sihat segar bugar. Tapi kuasa Allah siapa tahu kan...pagi Isnin tu macam biasa Yin masih berbalas komen2 dalam FB Group Keluarga kami. Sehinggalah tgh tu lepas lunch disekolah..Yin tiba2 muntah dan mamai2 hampir tak sedarkan diri. Rakan2 bawa di ke Hospital Kulai. Petang tu keadaan semakin kritikal dan doktor buat keputusan untul pindahkan ke Hospital Sultanah Aminah, JB.


 Tgh Sabtu tu...Yin masak untuk kami...saja jer bergurau..cakap..lama tak makan masakan dia...so dengan ringan tulang dia pun masak ler..untuk kakak2 dan adik2 pompuan dia yang mengada2 ni...YIN..adalah nama manja panggilan kami adik beradik. Dulu masa kecik2 lidah pelat nak sebut RIN...so lidah sebut YIN...sampai sekarang semua panggil dia YIN

 Tersenyum ambik gambar...tapi saat ini dia terlantar....sedih ni masa buat entry ni....air mata nak megalir....



Asam Pedas memang pebret dia....

Mama dapat berita ni masa mama masih di opis...dalam pukul 6 ptg. sepanjangbalik ke rumah berdebar dan telefon asyik berbunyi call n sms disamping FB. Kakak mama yang tinggal DI JB terus ke Hospital untuk mendapatkan info terkini. Kami yang di KL menanti dalam debaran.

Ruang menunggu hampir dipenuhi dengan sahabat dan rakan setugas..

Ambulan dah menanti untuk membawa Yin ke Hospital Sultanah Aminah...sangat2 berdebar time ni....tak de sapa dibenarkan berada dalam bilik rawatan maupun mengiringi pesakit dalam ambulan...

 Gambar kabur...ikhsan dari Kakak mama, Kalsom ...snap dari jauh. Tiba di HSA....terus masuk ke Emergency Unit....untuk pemantauan...

aidik beradik. sahabat handai dan rakan sekerja yang sabar menanti perkembangan selanjutnya...

Malam tu juga Yin menjalani pembedahan untuk membunag cairan dan pendarahan dalam otak. Alhamdulillah bersyukur dipermudahkan semua urusannya. Sepanjang malam Mama dan adik beradik lain tak tidur dan sentiasa berhubung sesama kami. Kebetulan Hubby pun outstation..lagilah mama cam panik.

Malam tu kami pun plan nak turun ke JB esok pagi selepas dia selesai menjalanai pembedahan. Tak sabar nak tunggu Hubby, Mama ambik keputusan pegi dengan Kak Nor dan Mummy Gee. So pagi2 tu kami bertolak ke JB. Tapi kita hanya ampu merancang...Allah jua yang menentukan..Mungkin disebabkan kurang tidur dan tak makan serta kerisauan yang melampau..pagi2 tu mama pulak yang flat. Kepala memusing,,perut memulas dan angin menyerang...so sampai ke Bangi..mama dah tak tahan dan tak dapat nak teruskan perjalanan ke JB. So Mama ambik keputusan patah balik ke Ampang. Tak nak menganggu perjalanan yang lain ke JB..Mama ambik cab untuk balik ke rumah. Ondway  singgah ke Klinik dan doktor nasihatkan berehat....so itulah kisahnya. 

Kenangan dikampung..sehari sebelum Yin sakit...berkumpul beramai-ramai..bergurau senda..masak dan makan sama-sama....aghhh indahnya kenangan itu...Cepatlah sembuh Yin....kami semua berdoa untuk mu

Yin n Kak tany balik bawakbuah laici ni..siap bertangkai...kitaorang sakat dia...Wahhhh dah ada tanam laici kat belakang rumah ke...

Petang tu Mama buat kuih pau...semua orang kata kuih pau mama tak naik dan bantat...tapi Yin makan dengan selera dan dia kata...sedapp....

Salah satu menu lunch kami hari Sabtu hasil air tangan Yin.....Yin memang pandai dan rajin masak...

Sehingga blog ini diupdate. Alhamdulillah ada perkembangan positif Yin. Dia dah mula sedar dan dah mula berinteraksi. Walaupun masih belum boleh bercapa sebab ada wayar dimulut dan hidung dia...tapi dia boleh menulis...Insyaallah Mama akan melawat Yin dalam masa terdekat ni...Semoga tabah Abangku...ALLAH SEDANG MENGUJI MU.....bersabar menghadapi ujian....Anak, Isteri dan kami semua sentiasa mendoakanmu...

6 comments:

  1. gara2 ko suruh dia memasak tu kot yg dia kepenatan .apa2 pun moga "YIN" cpt sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. BUkanlah...dia memang nak masakkan. Yin yang kita kenali kan memang rapat dgn family. mula2 dia tak nak balik kg sebab baru balik dr Melaka...lepas tu bila kita ramai2 pakat balik..dia balik juga akhirnya....Cept baik ye YIn...

      Delete
  2. Semoga keluarga Mama tabah menghadapi dugaan ini.

    ReplyDelete
  3. Semoga Cikgu Bahreyn cepat sembuh.....

    ReplyDelete