Hah tajuk kemain...Di Persimpangan Dilema gitu..ala-ala macam Di Sana Menunggu Disini Menanti...apa kes ni...yang mana satu pilihan hati...ehhhh silap pukan pilihan hati..tapi Yang masa Satu Pilihan Iki....hahhahaha
Alkisah..hari ni kan result MRSM keluar. Boleh check online selepas kul 10 pagi.... So ada rezeki untuk Iki, dia dapat tawaran ke MRSM Kuala Kubu Baru. ehhhhh...ingatkan tak dapat...yelah berpuluh ribu yang apply kan...so bila dah dapat ni dalam dilema ler pulak..nak pegi ke tak nak?
Mama tanya kat Iki...dia kata TAK NAK. tanya dia balik kenapa tak nak. dia kata sebab dia dah suka dan selesa sekolah akt Sek. Aminuddin Baki (SAB)tu. hah Mama pun dalam dilema gak ni..tak nak paksa dia. Sebelum ni beria2 dia kata kalau dapat MRSM dia nak gi.
Camana erk...nak gi ke tak nak. SAB tu sekolah baik. Nak masuk situ persaingan pun sengit dan temapt adalah terhad, Sekolah Kluster & Berprestasi Tinggi. Bezanya dia sekolah harian dan setiap hari Iki boleh balik rumah. MRSM pulak semua orang pun tau kan.
surat tawaran.....tenung...tenung...sampai dah nak tembus ni.....
Sebenarnya malas dah nak pindah2 sekolah. Dah 2 x pindah sekolah ni. Yelah mula dari Sekolah Harian ke KRK lepas tu ke Kluster & SBT and then ke MRSM. Dah macam n3 mama sebelum ni kan....
Tak apalah terpulanglah pada Iki, mana dia nak sekolah. Dia yang nak sekolah dan untuk masa depan dia. Kita bagi cadangan dan pandangan yang terbaik aje. Bagi mama dua-dua ada kelebihan masing2. Lagipun ini baru Form 1 kan..perjalanan masih panjanggggggggg lagi........kalau uols kan...rasa2...nak pilih yg mana erk...
salam..
ReplyDeletemama miraki..
bagi ayukan....keputusan kena tanya iki, kita mmg nak terbaik..
tapi, kalau ikutkan pada pengalaman ayu...pada adik beradik dan sepupu ayu..kalau budak2 zaman kini kena paksa sekolah kat tempat yang depa tak suka...
resultnya>>>
sure akan mendatangkan masalah...
percayalah..
tapi..jgn ikut kata ayu....dengar pandangan en suami dan ahli keluarga ya...
ayu hanya membantu jer
Tahniah Iki,
ReplyDeletePergile MRSM
Mula2 memang tak nak
Lama2 dah ada kawan nanti seronoklah.
Solat Istiharah ya
Apapun, TAHNIAH. Bukan senang nak dapat tu!
Kalau kami plak...semua terpulang pd Ain. Hari tu dia dah solat istiharah & itu jawapan yg dia beri/dpt.. maka kami nekad sekolahkan dia di tempat skrg (sekolah berasrama penuh di lokasi yg dirahsiakan...he3) walaupun kalau nak ikut I, I mmg prefer dia sekolah MRSM, tp apa nak buat kan.. yg penting dia gembira di tempat skrg.
ReplyDeleteAnyway... tahniah buat Iki. Moga Mama dpt jawapan yg tepat dlm dilema ini melalui solat isytiharah.
p/s : pssst... berjauhan dgn anak, satu pengalaman paling menyedihkan tau Mama... 2 bln pun tak hilang rindunya pd dia... tak caya tanya la MS.. huhu!!!
Masuk MRSM, chance lagi besar nak gi luar negara nanti.
ReplyDeletePergi aja ler.....x kenal maka x cinta, rezeki jngan d tolak , maut jngan d cari
ReplyDeleteAyu - Mama ikut dan sokong apa keputusan Iki. Dia cam nak tapi dalam masa sayang nak tinggal sekolah sekarang.
ReplyDeleteMSOM - TQ. sy tau ini peluang yg baik, sy ikut jer dan sokong ke apa keputusan Iki.
ReplyDeleteMMirrir - ohhh Ain dah gi SBP ye. Daftar 5hb hari tu kan. TAHNIAH...dia gi skolah mana...SMSJ ker...budak pompuan ni lain sket kot...matang sikit. Cam Ika...duduk UKM 3 minggu kem PErmata Pintar..ok boleh urus masa dan diri dengan baik..lelaki ni ntah ler..hehehe
ReplyDeleteAnonymous 1 - ohhhh nak gi obersea kea..hehehehe...boleh mak dia pegi sekali kan
ReplyDeleteanonymous 2 - Mudah-mudahan rezeki untuk Iki masih terbuka luas walau dimana pun berada...Aminnnn
SAB baik and MRSM lebih baik. Kalau dah mmg baik...belajar kat sekolah mana pun Insyaallah berjaya. Yang penting target utk berjaya dengan usaha yang berlipat ganda. Kdg2 enviroment dgn budaya sekolah mmg menyumbang kepada kejayaan.
ReplyDeleteKalau dia terus kat SAB tak rugi dan kalau terima MRSM pun begitu jugak... Dua2 sekolah baik then keputusan tetapi di tangan Iki.
Yin Wong Khoo Lai - betulltu...Kedua-dua sekolah tau sama bagus dan hebat. Nampaknya SETAKAT HARI INI Iki pun lebih memihak pada SAB.Tadi kat sekolah dia kata dalam kelas dia cikgu ada tanya ada sesiapa yg dapat offer MRSM. ada 5 orang pelajar dapat dan 4 darinya termasuk Iki tak nak pegi. So kalau itu pilihan Iki,mama sokong aje.Insyaallah kejayaan ada dimana-mana. Mungkin temapt Iki boleh diberikan kepada pelajar lain yg lebih memerlukan. SAB pun tak kurang hebatnya..sekolah Kluster Dan Berprestasi Tinggi yang tiap tahun mengekalkan keputusan 100% dalam PMR dan SPM dengan lebih 3/4 pelajarnya mendapat straight A's. Doakan aje yang terbaik untuk dia....
ReplyDeleteIngat je ler peribahasa "batu yang bergolek tak akan dapt mengumpulkan lumut " Tak payah ler lompat sana, lompat sini.
ReplyDeletesalam....
ReplyDeletemama, kebetulannya terbukak blog mama n terbaca dilema mama ni... tah la... saya ni cikgu mrsm kuala kubu bharu... apa-apa pun kena tanya empunya badan... beza sekolah asrama dan harian banyak sangat... kat asrama ni, semua nak cepat, student kena pandai bahagi masa... kalau mama daftar kat mrsm ni, nampak gaya kita jumpa nanti la yek... saya mmg terlibat ngan pendaftaran... so.... hope 2 c u ! nanti saya tolong tgk kan anak mama, sini ader sistem homeroom, setiap pelajar dapat seorang ibu atau bapa angkat... so, nothing to worry!