Monday, November 30, 2009

Ika @ Permata Pintar & Iki @ Summer Camp - Part 2

Permata Pintar – Perkhemahan Cuti Sekolah UKM ( 29/11/09 – 18/12/09)
[Program Perkhemahan masa Cuti Sekolah-PPCS (Adaptasi dari Center for Talented Youth (CTY) – John Hopkins University)
Seramai 405 orang peserta dari seluruh negara, 200 orang pelajar sekolah rendah dan 205 orang pelajar sekolah menengah dipilih setelah berjaya melepasi dua ujian saringan secara online pada bulan Jun dan Ogos yang lalu. Program perkhemahan ini akan dijalankan mulai 30 November 2009 – 17 Disember 2009 (3 minggu) Tempat : Fakulti Pendidikan, UKM, Bangi

Hari ni bermulalah kehidupan Ika dalam perkhemahan Permata Pintar. Pukul 12tgh kami keluar rumah. Mama hantar Ika dulu. Mama hantar Ika ke JPN(Jabatan Pelajaran Selangor) kat Shah Alam. Sebenarnya mama pun confuse nak hantar ika ke UKM terus ke atau ke sini. Masa mama call urusetia Permata Pintar, diaorang kata parent kat area Klang Valley ni boleh hantar anak terus ke UKM. Ada kawasan Park & Ride. Turunkan di depan UKM dan ada urusetia pick up. Lepas tu mama call balik nak confirm, mana yang lebih prakikal. Mereka kata seeloknya hantar ke JPN Shah Alam, lepas tu diarorang akan bawak naik bas ke UKM berserta guru pengiring sekali, dan dalam bas tu bolehlah pelajar2 ni berkenalan. Untuk program ni semua mama dapatkan info dari website permata pintar aje. Mereka kata ada beritahu pihak sekolah, bila mama tanya pihak sekolah, kata diaorang tak ada dapat apa-apa infomation pulak. So memang kena take action sendiri lah. Akhirnya hubby decide better hantar ika ke JPN Shah Alam aje...ada guru pengiring dan kawan2 lain. Kalau nak ikutkan dari rumah mama kat Ampang ni, senang lagi nak ke UKM kan..tapi tak apalah. Mama sampai JPN kul 2.20 ptg. Ika pelajar terakhir sampai. Mula-mula ok..tengok tak ada sorang pun kenal dan kebanyakkan semua budak sekolah menengah dia dah mula dah cam nak nangis. Mama tunggu sampai bas bertolak..dia lambai kami sampai hilang dari pandangan. Aduh sedih gak erk nak berpisah ngan anak ni...


Dah siap semua barang masuk dalam kereta....dari rumah tu semua ceria aje ....mama pun siap bawak baju spare...dah agak mesti malambaru sampai rumah ni...



"Permata Hati "mama....Iki, Ika dan Amir....mama mesti sunyi korang x ada nanti .....kesian kat Amir..

Sebelum hantar Ika ke JPN on d way tu singgah untuk lunch dulu. Tanya kat anak2 nak makan apa..ohh diaorang nak makan pizza aje...ok lah layan ajelah...

ika & iki tengah semangat makan tu, lapar sungguh tu....


sebelum pegi kem...makan dulu.....


hah..dah kenyang...jom siap...dah lambat ni


Ika kat depan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor...Ika orang paling last sampai.hubby tolong masuk beg ika dalam boot bas...camana dia nak angkut beg ninanti yea...tapi petugas2 Permata Pintar ni baik2 semuanya....




ni sapa nak pegi kem ni...Ika ke Amir....Kebanyakkan parents tunggu sampai abs berlepas. actually tak ramai parent yang hantar ke sini, mungkin ramai yang hantar terus ke UKM kot...




Ika nak nangis sebab dia sorang paling kecik..yang lain semua budak sekolah menengah....mama teman dia naik bas dan tunggu sampai bas jalan...dia lambai sampai hilang dari pandangan....



kakakkkkkkkkkkkkkk...............................Nak Ikut.........................amir menjerit...tengok Ika dalam bas.....Ika dengan muka sedihnya pandang aje kami kat luar ni....bye..bye...Ika...Good Luck...semoga kem ini memberi satu pengalaman baru buat Ika....


Kem "Menjadi Insan Bertaqwa" ( 29/11/09 - 6/12/09)

Selesai hantar Ika, misi seterusnya pulak. Nak hantar iki pulak. Iki pergi ke kem ”Menjadi Insan Bertaqwa”. Kem ni melibatkan pengajaran Al-Quran dan yang berkaitan. Sepatutnya kena mendaftar pukul 4 ptg, tapi dah bagitau kami akan lambat sikit. On d way nak pergi Iki pun dah terlena kat belakang. Mama call Kak Nab (SIL), dia kta dia dah hampir sampai ke kem tu. Mama suruh dia tunggu mama....Kak Ani pun dah on d way pegi. Iki punya kem ni dia sukalah , sebab sepupu2 dia ada 6 orang yang pegi kan…Luqman, Danial, Asraf, Sodikin, Solihin & Salikin. Mama kurang sikit risaunya..sebab hubby pun kenal dgn pengajar & ustaz 2 kat sini. Dan kebetulan abang2 abang2 hubby ni nak hantar anak2 ke kem ni...hubby punjoinkan iki sekali. Time ni pulak bateri hp mama & hubby habis. Alahai..susahnya hp x de ni…terbayang dah..mesti banyak call masuk. Ika tentu call mama ni. Dan yang pastinya mama x dapat nak snap foto Iki masa kat kem nanti....yang sempat snap foto cuma pemandangan masa nak pegi aje......Sebenaarnya mana dah jani dgn kakak2 ipar mam ani (Kak Nab & Kak Ani) nak pergi sekali ke kem ni ataupun jumpa kat sana nanti. Tapi diaorang sampai awal..dan mama tak leh nak contact diaorang...Alah kesian kat diaorang kan...nak wat camana....


Foto terakhir yang semapt mama snap sebelum bateri kong.....masa ni Iki dan Amir semua lena..zzzzzzzzzzzzzzzzz

Masa mama nak masuk ke kawasan kem ni terserempak dgn Kak Nab. Dia dah nak balik, tapi tak leh nak berenti sebab kereta banyak dan tak ade temapt nak u-turn...so angkat tangan ajelah....nak call pun x boleh....sebab kami ah terlewat...pecut ajelah.. Sampai kat kem dah azam maghrib dan hujan lebat. Peserta2 tengah bersiap nak solat. Lepas selesai semua urusan pendaftaran dan sedikit taklimat, kami pun balik lah. Hubby sembang2 sekejpa dgn urusetia...Waktu masih hujan renyai2. Alamak sedih pulak Iki &Ika x ada ni..Amir pulak lena....Sepanjang perjalanan balik mama pun lena gak..sesekali terjaga....jalam jam pulak sebab ramai orang balik bercuti kan.
Kami sampai rumah dalam pukul 12.30 malam. Bergegas charge ho....TU diaaaaa ada hampir 158 miscall dari kak nab, 17 call dari kak ani... rasanya...5 call dari Ika dan sms....lahai sorry ye semuanya...yelah sebab mama janji nak pegi saing ngan dia...last on d way dah tak leh nak call...dan yang paling buat mama sedih mama terima sms dari ika menerusi hp roomate dia...mintak mama call dia balik. Bila mama call balik no tu..tak berangkat..dia dah tido kot. Lepas tu ada pulak miscall berderet dari satu nombor yang mama tak kenal. mama suspen aje..nak call dah hampir pukul 1.00 pagi...tapi hati mama tak sedap..mama call aje...suaraperempuan Indonesia angkat...dia kata tadi majikan dia yang call mama....Oh rupanya itu no parent kepada roomate Ika kat Permata Pintar. Mama kata x payah kejutlah sebab dah malam. tapi bibik tu ada cakap parents roomate ika ni call sebab dia kata anak dia call dan tak boleh tidur kat bilik tu...takut ke ntah apa ntah.....sebab budak tu tak pernaha berpisah dgn parents dia. Ohhhh baik parents ni..siap dia call mama ni......


Bilik tidur Iki & Ika yang sunyi malam tadi selepas mama sampai ke rumah lepas hantar mereka....baru semalam mama dah tak leh tidur ni....

Bangun pagi aje dalam kul 6.00 mama try call roomate Ika tapi tak berangkat...x bangun lagi kot..6.45 call lagi dah off pulak. So lepas tu mama call parents roomate ika, kalau x silap namanya Puteri Noraina Sofea....ohhh nama mak dia Kak Ton. Ruoanya mak dia call mama sebab malam tadi Ika & aina ni takleh nak tido...takut..duduk berdua dalam bilik kat temapt baru. Nak ke bilik air takut....Masa Kak Ton ni tepon, dia cakap ler sekejap dgn Ika...sebab ika x dapat nak call mama, so kak ton kata nanti dia akan cuba call kan mama....Terima Kasih Kak Ton.....

No comments:

Post a Comment