Thursday, March 5, 2009

AIN@ICU HKL

Hari ni mama di beritahu bahawa Ain, anak saudara mama dipindahkan ke HKL dari Damai Specialist Hospital ke HKL sebab komplikasi paru-paru. samai je di HKL terus dimasukkan ke ICU. Mama tak sangka sampai serius macam ni.
Actually Ain buat proses IVF di Damai. setelah 4 tahun berkahwin belum dikurniakan rezeki anak, so setelah pelabagi cara diusahkana..akhir mereka buat proses IVF. tak tahu dimana silapnya lepas proses mengeluarkan telur tu...terus Ain ni mengalami sesak nafas, kembung perut dan sakit seluruh sendi badan. Esoknya buat pemeriksaan semula untuk tengok kena tahan di wad pulak...dah hampir seminggu kat Damai Specialist akhirnya diaorang tolak pulak HKL...alasan biasa " tak cukup peralatan".
Sebenarnya keadaan Ain agak serius jugalah..Paru-paru dia dimasuki air..perut memgembung...tak taulah dimana silapnya...tapi tulah masa kat Damai tu banyak botol betul masuk air... so semalam dia tak boleh bernafas sendiri..dan dikejarkan masuk ICU dan diberi oksigen sepenuhnya.
Kesian pulak tengok Ain..dari sihat walafiat dan kerana nak menperolehi zuriat sendiri terpaksa melalui dugaan macam ni. Ngeri pulak masuk ICU ni...wayar berselirat sana sini..apa-apa pun smeoga AIn cepat sembuhlah hendaknya...dan boleh teruskan proses IVF ni. actually tinggal nak masukkan dalam rahim dia je....mudah-mudahan selamat semuanya...
So semalam , mama sampai rumah pun lamabtlah...pukul 8 baru sampai rumah. biasalah sampai aje si Amir mesti kejar dan nak "nenen"........sekarang ni macam -macam iki ngan ika panggil si Amir ni...sekejap Upin, kejap Ipin, kejap2 panggil Oopet pulak...penangan movie upin dan Ipin lah ni...

No comments:

Post a Comment