Friday, May 7, 2010

WARKAH BUAT IBU

WARKAH BUAT IBU

Untuk Emak yang tersayang, Hjh Amanah

Mak, apa khabar mak di sana. Semoga Mak bahagia dan bergembira di sana. Mak tau tak mak, saya sangat2 rindukan emak. Saya sangat-sangat rindukan saat-saat indah bersama dengan mak. Saya sangat rindukan masakan emak. Saya sangat rindukan air tangan emak, Dulu kan mak, kalau saya bagitau saya nak balik kg hujung minggu ni, awal-awal pagi mak dah telefon saya, bila nak sampai, sedangkan saya kata saya nak balik malam. Bila saya sampai rumah, meja makan dah penuh dengan bermacam hidangan. Bila saya nak balik semula ke KL, mak akan bekalkan segala macam buah tangan. Tak cukup denagn itu mak akan suruh Abah petik segala maca buah-buahan, sayur dan apa-apa yang ada untuk saya bawa balik. Bila sesekali mak datang ke rumah saya, Mak akan bawa segala macam juga buah tangan untuk kami. Mak tak pernah menyusahkan saya.

Diakhir-akhir usia senja emak, emak tinggal bergilir dengan saya atau kakak2 . Itupun mak selalu rasa rendah diri dan mak selalu kata yang mak ni menyusahkan anak-anak. Saya tahu kalau boleh mak nak duduk di rumah pusaka di kg, naum apakan daya Abah dah tak ada, dan mak tak sihat nak duduk sendirian. Kami pula semua terpaksa duduk berjauhan. Dengan berat hati mak terpaksa mengikut saya dan kakak2 serta abang saya.

Mak, sekarang tentu mak dah gembira kan, dapat jumpa dengan Abah. Rasanya belum puas say a berbakti pada emak, tapi Mak terlebih dulu menyahut seruan ilahi. Mak ampunkan segala dosa dan kesalahan saya pada emak. Kini tiada lagi emak saya di dunia ini. Mak damailah emak di sana ye mak, semoga emak ditempatkan bersalam orang-orang yang soleh dan beriman……….Al-Fatihah untuk Emak.

Ikhlas dari : Mama Miraki ( anak bongsu emak)

Sekarang ni sana sibuk orang sibuk bercerita perihal Hari Ibu. Ramai yang buat sambutan sempena Hari Ibu. Dari Hotel Mewah, Pasaraya, Kedai Emas, Gedung-Gedung Perniagaan, Tokey Coklat semua buat promosi Hari Ibu. Ini semua untuk menghargai seorang wanita yang bernama IBU. Tak kiralah apa jua panggilan kepada Ibu anda samada Emak, Ibu, Mama, Mummy, Ummi, Bonda, mom dan sebagainya.

Sebenarnya Mama pun tak berapa pasti sebenarnya bila tarikh sebenar Hari Ibu. Entah ler dulu-dulu tak pernah sambut pun sambutan Hari Ibu. Hari Kanak-Kanak tu ingatlah. Walau macamana pun Mama nak berkongsi cerita mengenai Hari Ibu.

Bagi yang masih mempunyai Ibu, tentu seronok nak meraikan dengan ibu tersayang. Bagi Mama yang dah tak mempunyai Ibu lagi, hanya kenangan bersama Ibu yang menjadi ingatan dan juga kiriman doa untuk Ibu. Hampir 5 tahun Ibu pergi menghadap Ilahi. Hanya tinggal kenangan dalam dan sesekali pasti mama akan menatap catatan HARI-HARI TERAKHIR EMAK yang sempat mama abadikan untuk kenangan.

Sekarang ni Mama juga merupakan Ibu kepada 4 orang anak ( termasuk seorang Bidadari Syurga). Mama bangga menjadi seorang Ibu. Mejadi Ibu adalah satu anugerah yang tak ternilai dengan kata-kata. Semoga Mama akan menajdi seorang ibu yang disenangi dan disayangi oleh anak2 mama .

Walaupun tak punya ibu, tapi mama masih mempunyai Ibu mertua. Walaupun mungkin tak sama seperti ibu kandung, namun Mama rasa beruntung masih punya ibu mertua yang baik hati. Selamat Hari Ibu , Mak…. ( ehhh rasanya MIL tak baca blog mama ni).

Untuk semua Ibu-Ibu pembaca blog Mama dan juga ibu-ibu diluar sana mama nak ucapkan SELAMAT HARI IBU. Baca Mummy Gee pun mama sangat2 sedih.......

No comments:

Post a Comment