Wednesday, May 19, 2010

Countdown

tik..tok...tik...tok....bunyi jam berpusing..masa terus berjalan. 8 hari lagi menjelang harinya. 8 hari lagi bila erk....ehhh2 8hb ler...28 tu cuti umum kan. Cuti Hari Wesak. Bukan mama nak tunggu kedatangan hari Wesak yea....dan juga bukan disebabkan hari tu cuti umum....tapi apa nak tau tak....sebab hari tu Mama nak jeng...jeng..jeng....jeng....
Hahahahha Mama nak gi mana erk.....alah tak ada kemanalah....sebenarnya hari tu Mama nak berkumpul dengan semua adik beradik mama..hehehehehe..... alah itu pun tak sabar yea....eleh mama punya sukalah kan...Mama memang seronok nak jumpa family semua. Semenjak Mak dan Abah tak ada dan sesekali aje balik ke kg..dapat berkumpul dengan adik beradik dan family masing-masing pun tersangatlah bestnya.
Kat mana erk nak jumpa diaorang ni...hahahha kat mana lagi...next wekk Mama nak balik Muar ler...kira cam balik kg gak ler...walau kg mama ni kat PS kan....So Muar ngan PS kan tak jauh kan. Kami semua nak gi ke rumah kakak Mama si Puan "M" untuk majlis "House Warming" dah juga "kesyukuran" rumah baru dia yang memangnya kadang sangat2 warm tu...hehehehehe ( sila sediakan aircond untuk semua bilik dan runag tamu yea...hehehhehe..Jutawan Arab sponsor nanti....)
Mesti ada yang pelik ala...takat nak jumpa cam tu pun suka sangat ker..memang ler mama suka sangat2 sebab apa, Jom tengok senarai akt bawah ni
  • Sebab dah lama tak dapat kumpul semua sekali. Mama kan ada Big Family..9 beradik dgn pasangan masing, 27 anak saudara, 4 anak saudara menantu, 3 cucu saudara ( harap2 semua dapat datang kan...)....hehehheh dah penuh tu khemah kalau semua datang yea...
  • Banyak sangat benda nak diceritakan atau digossipkan. Kami 9 adik beradik ni teramatlah rapatnya walaupun masing2 dab berkeluarga dan duduk berjauhan. Alhamdulillah pasangan2 kami semua pun sangat-sangat sporting kalau tiba bab-bab berkumpul ni. Semua boleh ngam.
  • Nak melawat pusara Emak dan Abah. Al-Fatihah untuk mereka
  • anak-anak kami ( cousin2 lah) sangat2 lah sukanya bila dapat jumpa
  • makan yang sedap2...kakak2 mama kan semua terror2 masak masak
  • Dapat cenderahati atau dipaksa bagi cenderahati..bila dah ramai2 ni mesti ada yang bawa sesuatu untuk dikongsi bersama...heheheheh...
  • Dapat makan Mee Bandung Muar , Murtabak Singapore , Asam Pedas, Briyani yg sangat2 sedap
  • Teringin nak makan seafood kat Sabak Awor
  • Stok kopi Mama dah habis...so kena dapatkan bekalan kopi PS
  • Nak gi beli pisang tanduk...dan mee siput..dan juga nanas sarawak yang besar gedabak tu
  • nak beli air siap Jalen...hehehehehe.

Apa lagi erk...heiiiii banyak ler....tak larat nak senaraikan...

So apa lagi wahai kekanda-kekanda ku...sila tandakan kalender anda yea.....tapi kan buat teman "Ngeteh" Mama (Kak Lah)...tersangatlah dukacitanya sebab tak dapat join yea.....tak apa..next time join yea...Rugilah sapa tak join...terlepas dari dapat cerita-cerita hangat lagi sensasi..hahahhaa....

4 comments:

  1. Balik dari kg jangan lupa projek kita nak melawat 'sudara mara' kat Melaka... kesiaan dia orang ops silap dia binatang.... jom sapa nak tengok boya berdiri joint kita orang...

    ReplyDelete
  2. Ye betul tu mummy , kita nak melawat "kawan2" kita kat Melaka....jangan lupa bawak pisang yea

    ReplyDelete
  3. alamak.....aircond jgn sentuh ler mamamiraki.Bukan apa cina tak bg pasang.Dia kata x elok duk kt aircond dah tua2.so bersedia ler menahan kepanasan

    ReplyDelete
  4. Mek Klate

    Mek...sempat lagi ni kalau kau ni gi pasang aircond kat bilik tetamu tu yea...hhehheehe

    ReplyDelete