Monday, May 3, 2010

Mari Makan Ubat

Entry ni khas untuk "anonymous" dalam komem entry mama sebelum ni yea....yang mintak bukti kenapa hari ni mama tak datang kerja. ohhhh suruh mama letak durat MC yea...heheheheh. Ok ini bukti dia mama tak gi kerja hari ni yea.

Dari tgh malam badan Amir dah mula panas. Dah berbelah bagi nak gi kerja ke tak gi kerja ni. Mama pun demam gak..tapi biasalah mama kalau demam ni telan aje ubat Nurofen yang memang dah ada stok. Untuk Amir pun ada stok gak, tapi sebab cam dah 2-3 hari demam dia ni berulang2 aje kan..so kena jumpa doktor gak ler kan.

Pukul 8.30 pagi mama dah call ke Klinik dr Nasir kat Ampang Puteri, buat appointment. Pukul 10.30 mama keluar rumah. Hubby tolong hantar, mama gi ngan bibik. Sampai kat sana..eheheheh dapat no.17 yea....sekarang doktor baru entertain patient no.3...so ada 14 patient lagi..apa nak buat....melangut ler.....tapi biasalah Klinik Dr Nasir sentiasa ramai orang, dulu actually anak2 mama punya paed tu Arwah Dr Haliza. tapi bila dia dah tak ada, mama tukar ke Dr Nasir pulak. So far, anak2 serasi dengan dr ni.


eh..dr nak check apa ni dr.....jangan cucuk ye dr, Amir takut jarummmmmm.....Dr Nasir ni panai ambil hari kanak2..so budak2 pun tak takut....cuma Amir ni ala-ala sopan gitu...tak brutal.....


termenung sementara nak tunggu giliran.....agak amir tengah fikir kot...apa doktor nak buat ngan aku ni...

dah siap ambil ubat dan tengah tunggu hubby sampai....dah tgh ni time ni...huh 3 jam tu kat Hospital hari ni..


yeahhhh mari kita makan ubat yea....hah tengok tu cik "anonymous".....deretan ubat untuk Amir, dari kiri "Butylin syrup" (Ubat batuk) , "Ibuprofen" ( Ubat demam) , "Duro-Tuss Sinus"(Ubat selesema), "Cedax" (Antibiotik) dan "Voltaren 12.5mg" (ubat demam insert kat b****t)

selesai urusan kat APSH, dah pukul 1.13 tgh. Dr kata lagi 2 hari kalau demam Amir tak baik sila datang lagi ye...untuk buat blood test. Harap2 ok lah....baiklah cepat demam Amir yea. Mama demam tak apa jangan anak2 mama demam. Dah sibuk ngan amir, terlupa nak ambik ubat mama pulak. tak apalah ubat mama ambik kemudian lah. Dahhh jom balik Amir..makan ubat.....hai ubat..hai ubat..mari makan ubat....kalau tak nak makan...nanti tak tak sihat....tapi kan masalahnya Amir ni bila dah banyak kali kasi makan ubat, nampak syringe ubat pun dia dah melalak dah...huaaaa..hua.....huaaaaaa....

1 comment:

  1. JADIKANLAH Ubatmu sebagai Makananmu, dan Makananmu sebagai Ubatmu.

    ReplyDelete