Saturday, November 28, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha


Jumaat ( 27/11/09)

Selamat Hari Raya Aidil Adha. Mama sambut raya korban kat KL aje. Tak balik kg pun. Malam raya tadi mama ke rumah MIL, malam ni cuma family mama & kak nab aje yang ada. Lepas maghrib mama ke sana, bawak segala macam yang mama dah masak..dan makan ramai2 ler kat sana. Hari ni ayah mentua pun tak berapa sihat. Tgh malam baru mama balik rumah...dan esonya pagi2 banguan awal untuk siapkan juadah hari raya ler...jom tengok apa mama masak untuk raya korban ni.....alah masak standard ler...x ada yang special nya.....



Nasi impit segera ( projek nak buat ketupat daun x kesmapaian sebab kesuntukan masa, naisb baik Kak Nab buat ketupat daun kelapa tu...hihiihih) & rendang ayam


sayur lodeh & sambal kacang


antara menu yang mama masak...ketupat palas mana boleh tinggal...

Hah itu ajelah yang mama masak. Lepas siap2 kemas semua, keluar rumah nak ke rumah MIL. Kami nak solat Aidil Adha kat masjid kat situlah..Sebelum park keret akat rumah kak nab ler..sebabmalam tadi Iki dan Ika tido kat sini kan.....rupnay diaorang awal2 lagi dah ke masjid. Mama pegi dgn MIL dan bibik . mair pun nak ikut gak..hubby bawak dia.. Alhamdulillah masjid dipenuhi ribuan jemaah. sampai melempah keluar masjid....



Amir pun nak ikut gak tu....


kiri : dalam masjid selepas solat Aidil Adha
kanan : halaman masjid dibentang tikar untuk menampung jemaah yang ramai..

Lepas solat, kami semua berkumpul balik kat rumah MIL. Apa lagi makan lah...hihiihih macam2 juadah ada.....selain juadah rasmi tu kan..Hari ni Kak Nab masak Nadi Daging....hmmmmm sedap sangat rasanya...tapi tak semapt nak snap foto sebab bateri kong.....Kak Ani dari Klang pun datang juga..so memang meriah ler rumah MIL..

Pukul 3.00 ptg, mama beransur dari rumah MIL. Sebab mama dah janji dgn family belah mama pulak...Kak Lah & Kak Nor nak beraya dgn diaorang pulak. Lokasi kali ni kat rumah Kak Nor..hujan lebat masa mama nak kelaur dari rumah MIL. Sampai kat sana Kak Lah dah sampai...Lama juga mama kt rumah Kak Nor. Kak rumah kak nor..juadah pun ad pelbagai...selaind ari lontong,. Kak Nor masak soto...kak lah pulak bawak nasi dagang.


kek favourite mama ni...belah kiri tu kek zaman dulu2.. "Kek Marble" kat kg dulu panggil kek ni kek minyak..sedapnya kalau makan panas2 lepas di bakar. Ni kakak mama, Som ni suka sanagt kek ni...hihihiih meleleh ler air liur kau som tengok kek ni....


aneka kek yang ada kat rumah kak nor...semuanya sedap...sedap....ikut pusingan jam dari pukul 12 yer kek oren, kek marble ( dulu mama panggil kek minyak), kek coklat dan kek lapis....kat tengah2 tu klasik sikit...ubi goreng...hihihihihi


orang lain sibuk makan..ada orang tu duduk merenung syiling pulak yea,,,

Sampai rumah baru terasaletih sangat...apa lagi terus zzzzz ler,,,

No comments:

Post a Comment