Sunday, November 29, 2009

Ika @ Permata Pintar & Iki @ Summer Camp - Part 1

Lepas beraya semalam..hari ni mama & hubby busy. Busy dgn preparation untuk Iki & Ika. 29/11/09 ni kedua-duanya akan mengkuti kem cuti sekolah.

Ika tepilih mengikuti program Perkhemahan Permata Pintar UKM selama 3 minggu sampai lah ke 18/12/09...( lama tu...)..Program anjuran UKM dan Permata Pintar ni akan melibatkan seramai 405 orang pelajar berumur antara 9 - 17 tahun dari seluruh Malaysia. Mereka yang terpilih ni setelah melalui 2 kali sessi ujian IQ yang dijalankan oleh Permata Pintar UKM. Nak tau lebih detail klik kat sini www.permatapintar.com.my


Iki pulak pegi ke kem intesif Mengaji & Tahfiz selama seminggu. Kebetulan pulak kedua2 bermula pada tarikh yang sama. Ika kena mendaftar pukul 2 ptg kat Jabatan Pendidikan Selangor (JPN) kat Shah Alam. Selepas hantar Ika barulah kami hantar Iki pulak. Alhai sunyilah pulak rumah ni nanti budak2 ni tak ada. Mulanya mama macam berat aje nak lepaskan diaorang ni terutama Ika. Kalau Iki tu ok sikit sebab dia ada geng sepupu2 dia ( anak kak nab 3 otang & anak Kak ani 3 org..dia pun seronok nak pegi). Ika ni pulak..dah lah sorang2 dia aje...lama pulak tu. Jom tengok apa preparation untuk diaorng ni....kami keluar dari pukul 10.30 pagi dan balik hampir pukul 3.00 ptg....aduhhhhh penatnya......macam mama pulak yang nak gi kem ni...

hah baru balik shopping...berlonggok barang...macam nak pegi setahun aje beli barang2 kan




hah tu dia...barang2 yang dibeli untuk persiapan ke kem.....mak aiii kalah persiapan nak naik sekolah & nak sambut raya tu,.....


kasut pun baru....baju & peralatan lain yang baru...

Amir pun sama tolong kemas ni...kesian Amir..kena tinggal sorang2 kat rumah nanti...x de orang nak buli dia...



Semangat mengemas ni....Iki & Ika sibuk mengemas barang masing-masing.

Hah selesai juga kahirnya mnegemas keperluan diaorang ni. Mama macam tak berapa konfiden aje nak lepaskan diaorang ni. Mama rasa diaorang ni macam masih kecil lagi lah...alahai dah besar rupanya anak2 mama yea...

Ika nak potong rambut pulak sebelum pegi..so malam tu keluar lagi...gi Potong rambut Ika & ambil foto saiz passport diaorang.....hhhiihihih rambut Ika pun nak buat make over kan....Ika minggu lepas dah cantas rambut dia dah saing dgn Amir...



Ika tengah make over....rambut dia....


hah dah siap dah..new look kan...x potong banyak pun...belakang dan depan aje sikit....

Lepas tu gi Foto Zoom pulak ambik gambar....lupa nak ambik awal2 kan...saiz passport.....hehehehhe sukalah Ika sebab rambut dia cantik time nak ambik gambar...lepas tu pegi makan ler...x masak ler hari ni penat......


anak2 mama....Iki ( 11 tahun) & Ika ( 10 tahun).......dah besar yea,,,

keluarga bahagia mama......

Malam ni lepas anak2 dah tidur dan mama update blog ni...mama rasa cam nak menangis pulak tengok muka diaroang ni tengah tidur....Sebenarnya mama sedih esok diaroang dah nak pergi dah..tinggallah mama kat rumah dgn hubby, amir dan bibik. tetiba mama terbayang beberapa tahun akan datang diaorang ni pasti x akan tinggal sekali dgn mama lagi..yelah kalau diaoarng masuk ke kolej ke U ker...menitik air mata mama. Agaknya inilah yang dulu arwah mak mama rasaka bila sorang2 adik beradik mama tinggalkan kg untuk melanjutkan pelajaran atau berkerja...itu dulu kira adik beradik mama ramai tu 9 orang...ni apa lagi mama yang anak cuma ada 3 orang aje ( kalau arwah Anis ada 4 orang lah).Ni mama baru anak2 nak pergi 3 minggu dan terasa sedih dah...Mama tak taulah ibu2 lain kan..tapi bagi mama, mama lagi suka kalau anak2 mama duduk di rumah sekali dgn mama sampai diaorang habis sekolah. tak perlu nak ke asrama penuh ke..belajar aje dulu dan duduk rmah...nanti lepas SPM barulah masuk U ke kolej ke dan duduk asrama.....Mama tak berapa minat pulak nak hantar anak2 ke asrama penuh ke apa ker...kalau UPSR cemerlang..sambung aje belajar kat sini. Tapi tak taulah masa akan datang. Agak sebab dulu mama sekolah biasa kan..lain pulak dgn hubby sebab dia dari form1 memang dah duduk kat asrama..lepas SPM gi oversea...so dia dah biasa pulak dgn keadaan tu.....

4 comments:

  1. terima kasih jengok blog orang muo tahniah anak-anak puan dapat mengikuti program Perkhemahan Permata Pintar. kebetulan anak orang muo yg no 4,tingkatan 3 juga turut serta dalam program tu. cari pengalaman..

    ReplyDelete
  2. orang muo

    terima kasih singgah kat sini. oh yea ker..anak orang muo pun ikut program ni...tulah saya pun lepaskan jugalan untuk bagi pendedahan kat diaorang

    ReplyDelete
  3. salam ziarah. hai.. mcm tulah ibu dgn anak2. apa2 program cuti sek yg berfaedah harus disertai.

    ReplyDelete
  4. Hajah Nafisah

    terima kasih sudi singgah ke sini.

    ReplyDelete