Tuesday, August 3, 2010

Cerita Balik Kg - Part II

Sambung balik n3 balik kg ni yea......lambat sebab internet tenat....hehehehe

Kalau malam sebelum tu mam tidur kul 4.30 pagi kan..heheh hari ni awal sikit yea…adalah kot awal dalam 15 minit..hehehhe kul 4.15 am tulah mama tidur…GBS@Geng Bas Sekolah pun sama…suka sangat diaorang ni jumpa cousin2 diaorang,

Malam ni mama bercerita dari satu bab ke satu bab tau…dai gossip. Certita kesihatan, cerita kematian, cerita Haji, Cerita solat…macam2 semua da…dah macam Majlis ilmu adanya…sapa yang tertinggal sessi malam ni memang satu kerugian besar.Akhirnya mama terlena..hujan malam ni..cuaca sejuk sangat..ada orang tu gi Ngeteh sampai ke BP Walk…kul 4 pagi gak balik tu rasanya…alasan Hujan…logic tak..hehehehhe..tak apa sesekali kan..

Kat kg ni yang bestnya seawal pagi semua dah bangun…GBS pun bangun awal…dan rasa rugi pulak kalau bangun lambat2 kan…macam biasa walaupun makanan berlambak kat dapur Mummy Gee tetap menjalankan rutin dia..Cuma kali ni mama tak ikut yea..dia dapat pengiring baru…Kak Nor & Yin. Mama kat rumah buat cucur udang..huh licin cucur udang mama…..boleh bukak kedai ni…menu breakfast pun pelbagai, nasi lemak, nasi goreng, roti canai, kuih muih, cucur udang..pilih aje mana yang berkenan di hati.

Lepas tu kami ada mission lagi. Huh banyak betul misi kan….memang warga berwawasan betul lah kami ni kan.

Ok pagi ni mama nak menziarahi pusara Mak & Abah. Mama pegi dengan kakak-kakak mama lah. Sampai kat kawasan tanah perkuburan ehhh ada ramai orang pulak…ohhh rupanya ada gotong royong kat masjid tu. Bila masuk ke kawasan tanah perkuburan ni rasa kecik sangat2 diri ini kan….segala apa yang kita ada didunia ni akhirnya akn ditinggalkan semuanya..kerja penat lelah, siang malam, kumpul harta semuanya akan ditinggalkan hanya amalan yang dibawa bersama. Ya Allah kau tempatkanlah kedua ibu bapa ku ke dalam syurgamu Ya Allah.

Papan tanda ke "rumah" Abah dan Emak....

Pusara Emak & Abah...Al - Fatihah....

Selesai menziarahi pusara Mak dan Abah, kami lalu kat kawasan kampung tu…melihat2 balik rumah kawan2 lama…ada setengah2 rumah tu yang dah tinggal rangka..dah hampir menyembah bumi, antaranya rumah kawan baik mama dulu..kat mana ye si Normah sekarang berada. Mama tengok rumah dia dah tinggal tangga dan bahagian depan aje. Tapi tak kurang juga rumah-rumah banglo dengan rekaan yang canggih dan tersergam indah. Tak tau dah rumah sapa ni….

mama perhatikan ramai orang tanam pokok buah Dragon kat sini...sesuai kot tanah dia.....dan ini antara Banglo sapa ntah yang sdg dalam pembinaan kat kg ni...mewah betul orang2 kampung skrg kan....

Lepas tu kan mama tengok kat area- situ sibuk pulak orang2 kampung tu..siap ada khemah banyak2….ada team naik motor pakai baju sama warna…ada apa erk….bila jalan ke depan lagi..ohhhhh rupanya ada majlis Perasmian Dewan Orang Ramai kampung tu….YB Noraini Ahmad datang rasmikan. Patutlah ramai orang. Lepas tu kan kami buat lawatan pulak ke sekolah lama mama (sekolah rendah). Ala-ala macam artis dalam rancangan Trek Selebriti gitu..hahahhaha..kat sekolah inilah mama mula mengenal ABC…123….( mama tak pernah gi Tadika pun…)

kami adik beradik semua bersekolah rendah kat sini.....tak tau kenapa Abah hantar kesini..sebab senang nak pegi kot nak dibandingkan skolah kat pekan PS tu.....

Lepas tu ada pulak permintaan dari kekanda-kekanda ku ni untuk “membuat lawatan” ke projek IKS ni…hehehehe….ramai betul orang datang ke “Kilang Kerepek Zaronah”. Mama ni tak adalah minat bebeno dengan kerepek2 ni…tapi itulah bila masuk ke kawasan dia ni..ehhh tergoda pulak nak membeli…dah susahnya mama pulak yang beli banyak dari doarnag semua ni. Tapi memang banyak betul kerepek2 hasil ni..kerepek ubi, kerepek ubi pedas, kerekepk pisang, keladi, keledek, dhal, rempeyek, maruku, dan macam-macam mak nenen kerepek lagi ler. Selain dari tu hah biskut raya pun banyak dan bermacam-macam jenis. Murah- pulak tu harga dia. Rasa di apun sedap..sebab dia buat sepanjang tahun..bukan untuk raya aje. Mama tengok time tu ada beberapa van yang datang dari KL, Penang, JB semua ambik stok kerepek dan biskut kat sini. Ohhhhhh kat sini rupanya dia ambik stok barang2 tu yea….Yelah lepas tu dia packing balik jual dalam pack kecik2 kan…tapi memang besty tengok kilang ni. Mama siap masuk ke dapur dia..tengok orang tengah goreng dan sira kerepek….ok selesai bab lawatan ke Industri IKS ni yea…nak gi mana lagi…

Rasanya gambar2 ni akan membuatkan Kak Kay mama akan terharu dan terliur tengok kerepek2 ni kan...

kiri ; Datin S...menunggu giliran nak "melaburkan" sahamnya dalam syarikat ni...
kanan :keadaan dalam tempat dia goreng kerepek ni.....

ini bukan Duta syarikat kerepek ubi ni ya....hahahahha iklan percuma untuk tokey kilang ni ya...

Ohhhh dah selesai lawatan ke kilang kerepek....masa ni cuaca dah mula panas ni…balik rumah ajelah…tak yah gi PS lagi…..balik rumah ,,,hheheheh xtvt apa lagi…masuk ke dapur lah…disebabkan semua dah nak balik ke rumah masing2 hari ni kan…( Mama Janet & Kak Mah awal- lagi dah balik), so masak lunch pun sempoi aje..sebenarya untuk menghabiskan stok yang dah dibeli aje.

Time untuk berkemas balik semula. Lepas lunch, mulalah mengemas barang2..walaupun Cuma balik 2 hari..tapi barang2 yang dibawa YA AMPUNNNN….. time ni anak2 sibuk main2 ( dengan alasan nak balik petang2 ni)…hubby2 semua apa lagi sambung..zzzzzzzzzzzzzz ( hihihihi….memang kelas tau layanan kat kg ni…kira tak yah buat kerja tau…lepas breakfast…baca paper…lepas tu kalau ngantuk sampai tertidur2…lepas tu panggil for lunch…lepas tu solat zuhur…dan zzzzzzzzzz lagi….lepas tu minum petang pulak…lepas tu bolah santai2…malam pulak..lepas dinner…ada sessi ngeteh lagi yea..tak cukup ngeteh kat rumah sambung pulak kat BP Walk.

pose...pose....sebelum balik....

Dah siap berkemas semua…maklumlah ini rumah tinggal..so sebelum balik memang kena kemas balik rumah n sebagaimana masa kami balik hari tu. Pinggan mangkuk semua kena simpan balik..peti ais kena bersihkan..pastikan tak ada sisa makanan, periuk belangan kena letak balik tempat dia. Sampah sarap semua kena buang, tingkap semua tutup, lantai kena sapu dan mop…akhrinya lepas kelantang kelentung…check balik apa yang tertinggal (…dalam beberapa kali check tu akhirnya ada gak barang mama tertinggal..beg telekung Ika dan tuala mandi)..pukul 4.30 petang akhirnya Mama, Mummy Gee, Yin & Som pun bergerak meninggalkan rumah. Sebagaimana kami ni semua orang yang mula-mula sampai…dan kami jugalah orang yang terakhir balik. Syahdu gak ler masa nak tinggalkan rumah ni. Dah ler diiringi hujan renyai2…cam sayu aje tengok rumah tu…macam terbayang2 Mak dan Abah duduk kat anak tangga melambai2. Entah lah walau banyak kali balik kg, tapi time nak balik semula ke KL ni rasa cam sayu aje….tapi kalau suruh duduk kat sini..tak nak juga. Yang sebenarnya mama rindukan suasana berkumpul ramai-ramai. Yelah sekarang ni masing2 dah ada kehidupan sendiri, dapat berkumpul sekali sekala macam ni pun dah beruntung sangat.

Agak2 Yin tu termenung sebab pikir camana nak sumbat barang2 tu dalam kereta kot.....

hah sumbat ye...sumbat lagi...kalau tak muat...lain kali balik sewa lori ajelah

Anak-anak pun sedih nak balik…terutama Ika..dia kata sekejap sangat dapat main dgn Lisa. Dia kata nanti masa raya baliklah duduk kat kg 1 minggu. Alahai anak ku…macamana ye mama nak penuhi permintaan tu. Keluar dari halaman rumah..kami berpisah dan berpecah akhirnya..Yin & Som belok ke belah kanan…menuju ke JB, Mama & Mummy Gee pulak ke belah kiri menuju ke KL.Tempat pertemua kami…rumah pusaka ini.

anak2 yang masih monyok...sebab tak puas main lagi....ada yg kata belum gi PS lah..belum petik kelapa muda....belum main bawah pokok dll....

keadaan dalam rumah dah lapang dan bersih......barang2 sebelah kiri tu keperluan utama kalau balik kg tu...ni persediaan nak balik raya nanti ni...


Raya tahun ni bibik2 ni ( bibik mama & bibik Mummy gee) pun tak beraya kat sini...diaorang semua nak cuti balik Indon sebulan.....

rumah yang siap berkunci dan bertutup rapat....sunyi aje keliling rumah masa ni....cuaca dah ler mendung.....ahhhh sedih tul rasa..dulu kalau Mak dan Abah ada lagi...Mak akan duduk kat anak tangga tu sambil air mata bergenang yang cuba ditahan dari menitik....Abah pulak akan buat2 sibuk bersihkan halaman....sebenarnya sedih nak tengok kami balik....

Yin & Som menghala ke kanan..menuju ke JB, Mama & Mummy Gee menghala ke kiri, menuju ke KL....kami bertemu di tengah-tengah..di rumah pusaka ini...

Hujan renyai-renyai…mengiringi kami balik ke rumah masing2. Lepas tu calling pulak Mummy Gee, nak ajak dia makan Mee Bandung Muar & Murtabak Singapore dulu. So kami berhenti kat Tg Agas tu..pekena Mee bandung Muar dan tapai Murtabak Singapore. Punyalah ramai uamt kat kedua-dua kedai ni. Mama siap call dulu tokey murtabaj ni dan order dulu..so lepas makan mee bandung..ambik murtabak…anak2 suka dapat jumpa lagi. Lepas tu ok..baru lah balik KL. Opssss mama singgah kejap kat rumah Mama Janet..sebab nak pulangkan kertas periksa Syafik yang Iki pinjam..singgah sekejap aje..tak masuk pun..sebab masa tu dah hampir jam 6 petang.
Hujan renyai-renyai mengiringi kepulangan mama..meninggalkan rumah pusaka dan kampung ...hati mama sangat2 syahdu time ni...

Mama & gang pelanggan yang terakhir dapat makan mee bandung ni...sebab dah kehabisan...tengok sikit pinya ramai pelanggan dia

Mee Bandung Muar yang original...sedap giler....tapi yang kat Jalan Abdullah tu lagiiiiiiiiii sedap..tak adalah macam kat KL selalu ni..kata aje Mee Bandung Muar...bila rasa macam mee letak sos aje...

ini pun antara makanan yang "wajib" mama beli kalau balik kg....best..sedap..mables....

Bila lalu kat sini mestilah nampak orang jual nenas lah, pisang tanduk lah..heheheh tergoda gak…beli pisang tanduk ( ntah bila yang ada masa nak goreng ni) dan juga anak2 mintak Pau Panas. Lepas tu ..barulah masing2 senyap..dah tak dengar suara…Cuma dengar bunyi dengkuran aje…Amir tadi masuk aje kereta dari kg…terus lena..yelah main sampai tak ingat dunia…….Mama pun cam dah mamai-mamai jer…akhirnya mama terlena gaj…ahaksss…tinggallah hubby sorang2 drive…taka pa dia dah puas tido tadi akt kg kan..hehehehehehehe

Mama beli pisang tanduk....dan anak-anak nak makan pau panas..panas...



Terjaga sekejap sebab highway jam kat Seremban…dan Kak Nab calling2 tanya mama ada kat mana. Dia ada kat rumah MIL, dan ajak mama gi sana..tapi mama tak dapat datang ler..sebab keadaan jalan yang sesak di tambah dengan ngantuk dan penat….akhirnya 9.45 mama selamat sampai ke rumah sendiri. Aghhhhhh memang lega dah masuk rumah sendiri…tapi nak jugak balik kg sesekali.

Aduh..panjang kan n3 mama kali ni. Bagi orang lain mungkin tak ada istimewanya pun n3 ni..tapi bagi mama ini kan cam diary harian mama, so mama suka abadikan kat sini. Dan buat semua kaum kerabat mama yang pulang ke kg hari tu…Minta maaf ye kalau ada terkasar bahas, tersinggung kata-kata, terover lazer dan sebagainya. Anggaplah itu gurauan aje dan jangan ambik hati erkkk

Rasanya cukup sampai disini ye N3 balik kg...nanti tulis banyak2 boring pulak nak baca kan..heheehehe



2 comments:

  1. nak balik kampung rasa seronok aja, bab nak balik ke KL aduh rasa nak tangguh2 aja, tapi betul kata ko kalau disuruh duk kat kampung memang tak nak.

    ReplyDelete
  2. Kak Kay - itulah pasal...suruh duduk kg tak nak pulak kan....nak wat camana...kat sini tempat kita mencari rezeki dan ada kehidupan sendiri

    ReplyDelete