Hari ni banyak masa mama melepak kat SINI . entah kenapa sejak jumpa Blog ni, Mama suka singgah kat sini. Berulang kali mama baca coretan si ibu yang sedang kesedihan kehilangan anak kesayangannya yang dah masuk hari ke 40. Tak taulah mungkin kisah yang hampir sama dengan ANIS , tu yang mama dapat membayangkan perasaan si ibu in kerana Mama pernah melaluinya. Mama harap kepada Baya, semoga tabah menghadapi dugaan ini. Dan macam biasa setiap kali baca mesti air mata bercucuran. Al Fatehah buat Dzafri dan Anis.
Hari ni pulak dia cerita sedih nak ambil Death Ceritifate ...aduhhhhhh ..dulu mama pun cam tu, Hubby 2-3 kali pegi JPN, tapi patah balik, sebab apa...tak sampai hati nak pulangkan Birth Cert dengan death cert.....
Kadang2 sedih bila baca berita ada ibu bapa buang anak, dera anak, bunuh anak....tak ada langsungkah perasaan kasih sayang kepada darah daging sendiri. so hari ni kira entry emosional sikit lah.
Masalahnya orang yg buang anak dah memang tak takut dosa. Yang pertama dosa zina kemudian dosa buang anak. Bagi mereka dosa bukan nampak dan orang yg buat kerja memang tak ada iman coz kalau ada iman tak akan buat benda ini. Kalau zuriat yang sah, rasanya tak akan begitu mudah dibuang... paling zalim pun bagi kat orang... ini nak tutup malu ( buat tak malu )so nak escape... buang ajelahhh....
ReplyDeleteMama ~ MM pun dah baca entry si Baya tu..mmg sgt menyedihkan & membuat kita berlinangan air mata...rasanya dgn membaca entry2 seumpama itu memberikan satu keinsafan supaya MM lebih menghargai apa yg ada di depan mata...
ReplyDeleteYin - setuju 100 %
ReplyDeleteMM- memang sedih kan.