Saturday, March 20, 2010

Kenangan Terindah...


21 March

Hari ni masih segar dalam ingatan mama dan keluarga. Hari ni hari lahir arwah anak mama " ANIS SABRINA". Mama masih terkenang saat-saat getir mama berjuang melahirkan Anis sayang.....Anis lahir jam 5.11 pagi....sebelum subuh...21 March 2002. Bahagianya menerima kehadiran orang baru dan jadi kenangan terindah......."Kalau" Anis masih ada lagi dah 8 tahun umur Anis. Sebaya ngan Along anak Mummy Gee. Namun apakan daya Anis hanya "dipinjamkan" sementara kepada mama. Semoga Anis tenang dan aman di sana ye sayang. Tiada kek ulangtahun, tiada kad ucapan, tiada kucupan mama, tiada sambutan ulangtahun....tiada segala-galanya......yang ada hanya iringan doa dari mama untuk anak mama. Al-Fatihah untuk anak mama ANIS SABRINA.......


Salinan Sijil Kelahiran Anis Sabrina..masih mama simpan untuk kenangan sepanjang hayat.........


Sijil Kelahiran yang asal diambil semua oleh JPN dan digantikan dengan "Sijil Kematian".....setiap kali terpandang sijil kematian ni..airmata mesti mengalir......termasuklah semasa menulis entry ini....


Kini yang tinggal hanyalah Pusara. Pusara Anis..yang ada pokok puding. dah tumbuh besar dah pokok puding tu...nak kena kerap cantas. Setiap minggu bila mama ke pasar, mama akan singgah ke pusara Anis. Pusara Anis kat sebelah depan betul2 sebelah kanan pintu masuk. Tenanglah ANIS SABRINA di sana ye sayang.....Al Fatihah......

hari ni juga berulang kali mama baca catatan mama "Anis Sabrina Dalam Kenangan".......



5 comments:

  1. Arwah beruntung pergi masih di dlm keadaan suci (insyaAllah)... Makcik Mirror ni tak tau la Sabrina mcm mana nasibnya nanti nak...

    Mama, td MM tengok crita Alice in wonderland tu...pastu kan ada lokasi dia konon2 ala kayangan tu kan... mcm tu pun dh begitu indahnya...MM pun terpikir...syurga entah mcm mana la lg agknya kan.. semoga kita semua layak utk syurga-Nya.

    Happy birthday to her. Allah lebih menyayanginya.

    ReplyDelete
  2. Tak sanggup nak baca diari terakhir Anis tu.. sedih la... masa Anis pegi tu Mummy tengah preg Danish 8.5 bulan...Al-Fatehah untuk Anis

    ReplyDelete
  3. Semuga Anis tenang sementara menunggu kedatangan ahli keluarganya yg lain......mudah2an....

    ReplyDelete
  4. Tak apalah Mama Miraki... Kalau anis anak Mama tu dah pergi menyahut seruahan ilahi, anis cheras akan menghiburkan Mama Miraki selalu... Makna anis itu adalah teman setia... Moga anis akan menjadi teman setia Mama Miraki ya...

    ReplyDelete
  5. Al Fatihah to such beautiful strong baby born years ago..undoubtedly litle beautiful angel named Anis Sabrina is happily playing in heaven now..i have read the story with non stop tears. May the mother and the whole family of Anis Sabrina be strong forever..

    ReplyDelete