Hari ni kakak ipar ( kakak sulong hubby) nak berangkat ke Tanah Suci. Kak Samsiah pergi dgn suami (abg Nan) dan adik ipar dia. So hari ni mama ke rumah dia. Kakak pergi dgn KT18..bermakna kakak akan ke Madinah terlebih dulu. Anak2 kakak semua dah besar2 dan tak ada masalah nak ditinggalkan. Mama ke rumah Kakak slepas zuhur...sebab dia nak keluar selepas solat Asar. Selamat jalan buat Kak Samsiah & Abg Nan.......semoga mendapat haji yang mabrur....
wajah ...bakal tetamu Allah....sebelum berangkat...
Selamat Jalan Kak & Abg Nan.....sayu & syahdu time ni......sedihlah pulak....
Time orang sibuk2 nak gi haji ni teringat pulak kenangan masa mama nak menunaikan rukun Islam ke 5 ni. Mama pegi haji musim 2005/2006..Dah 4 tahun berlalu yea...terasa macam masih baru lagi. Masa tu mama tawakal aje tinggal Iki & Ika kat rumah dgn Pembantu rumah yang baru sampai dari Indonesia 2 minggu sebelum mama berlepas. Masa tu Ika baru 6 tahun nak masuk Tahun 1, dan Iki pulak baru nak masuk Tahun 2. Mama pergi dgn penerbangan akhir, sehari sebelum sessi persekolahan dibuka dan 5 hari sebelum hari Wukuf. Memang sedih nak tinggalkan anak2 time tu..lebih2 lagi Ika baru nak masuk ke tahun 1. Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan mama & hubby dapat mengerjakan ibadah haji dgn sempurna (Insyaalaah)..dan selamat kembali semula. Anak2 pun semua tak ada masalah dan semuanya terkawal.
Kenangan Semasa Mama & Hubby menunaikan Ibadah Haji..
( 2/1/2006 - 3/2/2006)
Selamat Tinggal semua.........doakan semuanya selamat....
Di Terminal Haji Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah...menanti masa nak naik bas menuju ke Mekah
suasana dalam khemah di Padang Arafah...yg ni kawan2 sebilik mama
Petang waktu wukuf di Arafah.....langit kemerah-merahan dan suasana begitu sayu dan mendamaikan...
Balik dari melontar Jamrah....selepas mama selesai melontar...ada tragedi rempuhan jemaah haji kat sini..lebih 300 orang terkorban...syukur mama x terlibat
Melawat Jabal Uhud....hubby x kesampaian cita-cita dia nak mendaki...insyallah kalau ada rezeki..boleh lah mendaki.....
di Kompleks Haji Kelana Jaya...sebelah kiri mama Kak Samsiah dan sebelah Kanan Hubby tu abg Nan...4 tahun lepas diaroang hantar mama..tahun ni pulak mama pulak hantar mereka...tengok Iki (baju hijau) & Ika (baju Pink)...sedih nak kena tinggal.....
Mama kena mendaftar di Kompkes Haji Kelana Jaya pukul 4.15 ptg....Mama merupakan kumpulan terakhir yang berlepas.( KT84). Dari Kelana Jaya dibawa naik bas ke KLIA dan berlepas jam 9.00 malam....tiba di Jeddah pukul 1 pagi waktu Jeddah ( pukul 6 pg waktu Malaysia). Selesai segala urusan..kami di bawa terus ke Hotel Firdaus Palace. Selepas berehat sebentar, kami dibawa ke Masjidil haram untuk mengerjakan Tawaf & Saie...kerana kami mengerjakan Haji Ifrad. Tempoh berihram agak panjang....banyak pantang larang Ihram yang kena jaga.
Di Terminal Haji Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah...menanti masa nak naik bas menuju ke Mekah
Sehari selepas mama tiba di Mekkah, dikejutkan dgn berita runtuhan Hotel di Mekah. Keluarga di Malaysia, ramai yang sms bertanya khabar, tapi lokasi hotel kami jauh dari tempat kejadian. syukur Alhamdulillah. Mama tiba lagi 5 hari lagi nak wukuf, keadaan di Mekah sangat sesak dan penuh dgn lautan manusia. Nasib baik berpandukan kepada pengalaman mengerjakan umrah sebelum ini, kami masih ingat2 lagi selok belok masjid...jadi x adalah tersesat atau x jumpa pintu keluar. Ramai juga yang tersesat...terutama buat yang pertama kali. Yelah nak bertawaf dan bersaie... tak nampak lantai yang dipijak...cuma berjalan ikut arus aje...kekuatan mental dan fizikal memang penting...
Hotel penginapan kami berdekatan dgn masjidil Haram. Tiap waktu dapat menunaikan solat di masjidil haram dan yang pasti kena pegi awal untuk dapatkan saf dihadapan atau sekurang2nya di dalam masjid. kalau lambat alamat solat kat luar masjid atau kat tepi2 kedai ajelah jawabnya...untuk solat biasanya kami kelaur 1 - 1.5 jam sebelum masuk waktu....
Selapas 4 hari. tiba masa untuk berangkat ke Arafah. Kumpulan kami yang sememangnya menunaikan Haji Ifrad, memang dah bersedia...ptg 8 Zulhijjah selepas Asar, kami di bawa menaiki bas ke Arafah. Sepanjang jalan mama tengok ramai jemaah dari negara lain yang berjalan kaki mengusung beg2 pakaian. Beruntung Jemaah Malaysia...semuanya dikendalikan dgn teratur oleh Tabung Haji. Semuanya memuaskan. Kami bermalam semalam di Arah, sementara nak menunggu waktu Wukuf pada esoknya iaitu selepas Zuhur 9 Zulhijjah. Kami ditempatkan dalam khemah yang telah ditetapkan mengikut Pakej masing2.
suasana dalam khemah di Padang Arafah...yg ni kawan2 sebilik mama
Petang waktu wukuf di Arafah.....langit kemerah-merahan dan suasana begitu sayu dan mendamaikan...
Selesai berwukuf...pada sebelah malamnya, selepas Isyak, kami bersiap untuk bertolak Ke Muzdalifah dan seterusnya ke Mina. Macam biasa...Jemaah Malaysia sekali lagi beruntung kan...bas2 yang selesa dah sedia menanti...sedangkan jemaah dari negara lain ramai yang berjalan kaki. Tapi biasalah walaupun naik bas...sampai ke sana pun hampir sama, disebabkan kesesakkan jalanraya. Kami riba di Muzdalifah selepas tengah malam dan mengutip batu2 untuk melontar. Tak lama perjalanan diteruskan ke Mina.
Kami smapai di Mina, menjelang Subuh, walaupun jarak perjalanan x jauh. Sampai ke kawasan khemah Jemaah, dah terdengar sayup2 jemaah bertakbir raya.... ohhh 10 Zulhijjah..dah raya...dan bagi yang sampai awal , mereka dan melontar dan dah buka pakaian ihram. Selepas solat Subuh...mama & hubby..pegi ke Jamrah untuk melontar. Walaupun ada disediakan jadual untuk melontar bagi kumpulan kami, tapi kan hubby yang dah x sabar2 nak pegi..so mama ikutlah..kebetulan khemah kami ni berhadapan dgn Jamrah.... so selesai melontar Jamrah Al - Aqobah.... hubby dah boleh tukar baju dah....
Balik dari melontar Jamrah....selepas mama selesai melontar...ada tragedi rempuhan jemaah haji kat sini..lebih 300 orang terkorban...syukur mama x terlibat
Kami duduk di Mina selama 3 hari untuk mengerjakan wajib haji melontar ke 3 jamrah, pada 11,12, 13 Zulhijjah. Duduk di Mina memang menguji kesabaran & ketaqwaan kita. Yelah kalau yang jenis x sabar dan panas baran memang ler....khemah berhimpit, kemudahan bilik air terhad...jutaan manusia berkumpul.....so kesabaran memang kunci yang paling utama disamping kesihatan.
Selepas 3 hari, kami kembali semula ke Mekah untuk mengerjakan Tawaf haji, dan Saie bg yang belum buat lagi. Selepas tu bertahalul, dan selesailah pekerjaan haji. Petangnya, kami mengerjakan Umrah pula untuk melengkapkan Haji Ifrad. Dah..selesai pekerjaan Haji . semoga diterima Allah. Masa-masa yang terluang kami isi dgn melakukan Umrah dan tawaf sunat. Pihak pakej TH Travel ada menyediakan bas khas untuk kami pegi ke kawasan miqat di Tana'im bagi sesiapa yang nak melakukan umrah. Biasanya mama pegi dgn hubby lepas solat Isyak...untuk bermiqat...lepas tu balik ke bilik sekejap dan tgh malam..kami ke masjid untuk tawaf dan saie untuk ibadat umrah....dan tunggu di masjid sehingga waktu Subuh. alhamdulillah sepanjang disana mama & hubby diberikan kesihatan yang baik.
Time ni Jemaah haji Malaysia yang datang dgn Penerbangan Awal, dah bersiap2 nak balik ke tanah air. Kami yang datang dgn penerbangan akhir ni pulak....baru nak dibawa melawat ke tempat2 bersejarah.
Sebelum kami bertolak ke Madinah, kami dibawah melawat@melancong ke Jeddah....menginap di Holiday Inn, Jeddah selama 2 hari 1 malam. Kehidupan di Jeddah dan Mekah berbeza..Jeddah bandar Moden....
Melawat Jabal Uhud....hubby x kesampaian cita-cita dia nak mendaki...insyallah kalau ada rezeki..boleh lah mendaki.....
Sebelum bertolak ke Madinah, kami di bawa untuk melawat ke Kota Jeddah. Waktu ni dah ramai Jemaah yang pulang dah...Kota Jeddah berbeza dgn Mekah...kehidupanmoden lebih terserlah disini....2 hari di Kota Jeddah..kami menginap di Holiday Inn, Jeddah.
breakfast bersama teman2 sebilik & hubby masing2...Holiday Inn, Jeddah..
Kenangan di Holiday Inn Jeddah....time ni dah habis buat haji dah....time melawat....tengok kepala hubby dan licin dah....sebab tu smapai sekarang hubby ni dapat gelaran "Ayah Botak" dikalangan anak saudara mama...sampai lah sekarang...walaupun dah tak botak...
Kenangan di Holiday Inn Jeddah....time ni dah habis buat haji dah....time melawat....tengok kepala hubby dan licin dah....sebab tu smapai sekarang hubby ni dapat gelaran "Ayah Botak" dikalangan anak saudara mama...sampai lah sekarang...walaupun dah tak botak...
Selepas dari Jeddah, balik semula ke Mekah. Packing barang2 untuk bertolak ke Madinah. Selesai melakukan Tawaf Wida, kami meniggalkan Mekah menuju ke Kota Madinah. Perjalanan selama 7 jam melalui lebuhraya dikelilingi padang pasir. Mama terbayang macamana masa Rasullullah berhijrah dari Mekah ke Madinah menaiki unta...berapa lama ye..kalaulah zaman sekaran kena naik unta ke berjalan kaki...mak aiiiii....
Kalau di Mekah, keadaannya agak kelam kabut, orang2 nya agak kasar, tapi di Madinah keadaannya amat mendamaikan...suasananya juga teratur dan bangunan cantik2 & moden. Masjid Nabawi juga tidak dibuka 24 jam seperti di Masjidil haram. Setiap pukul 10 malam pintu masjid akan ditutup, dan keadaan amat bersih.
8 hari di Madinah, kami bersiap2 untuk berangkat pulang ke Malaysia. Kami akan balik melalui Lapangan Terbang Madinah. Maknanya kami tidak perlu lagi kembali ke Jeddah...dan melalui perjalanan yang panjang. Lapangan Terbang Madinah ni kecik aje...dan hanya syarikat Penerbangan tertentu aje yang dibenarkan mendarat di Madinah. Kebetulan masa perjalanan balik ni Juruterbang Pesawat MAS yang membawa kami ni kan adalah merupakan anak kepada rakan sebilik mama. So sehari sebelum balik tu, anak dia ada datang ke bilik kami...untuk berjumpa dgn mak ayah dia...dan beritahu kami, yang dialah yang akan pandu kapal terbang untuk kami balik nanti.....Kapten A.......Ohhh bagusnya anak ni...memang dia sengaja dapat kan jadual bertugas dia untuk bawak mak ayah dia menunaikan haji....dia kata dia cuba untuk dapatkan jadi juruterbang semasa penerbangan pergi, tapi tak dapat...so akhirnya dia berjaya juga nak bawak mak ayah dia naik kapal terbang yang dia pandu...sewaktu menunaikan fardu haji...
Kota Madinah yang mendamaikan....se
Kenangan di Masjid Nabawi, Madinah Al Munawarah...bersama teman sebilik...Kak Zainon, Makcik Maheran & Kak Salmar...
Mama kembali semula ke tanah air pada 3/2/2006....Insyaallah andai diizinkan Allah dan berkemampuan mama teringin untuk kembali semula ke sini....Amin...
So , untuk kali ini semoga Kak Samsiah & Abg Nan sempurna mengerjakan haji dan selamat pergi dan selamat kembali .
No comments:
Post a Comment