Thursday, October 22, 2009

Experimen........

Sejak akhir2 ni banyak betul kan cerita pasal sejadah berdiri ni kelaur dalam surat khabar. mula2 sehelai..lepas tu semalam mama ada terbaca 35 helai pulak...huiii banyak tu kan.

so...apa komen korang yea....bagi mama kan...(ini pendapat peribadi), kenapalah perlu dibesar2kan isu sejadah berdiri kan....tak tau kebenarannya..dan kalau betul pun itu terjadi....itukan kuasa Allah SWT. Adatlah masyarakat kita kan..kalau ada benda2 cam ni cepat aje nak tengok dan kecoh...sanggup datang jauh2 pulak tu..kan lebih baik daripada sibuk nak pi tengok jauh2 tu perbanyakkan aje solat dan amal ibadat. Allah kan berkuasa untuk mejadikan apa sahaja yang dikehendaki, gempa bumi, tsunami, ribut taufan, banjir, letusan gunung berapi dll dalam sekelip mata saja kalau dia berkehendak...apatah lagi kalau betul dia nak tunjukkan sejadah berdiri. Mungkin sebab manusia sendiri pun dah tak nak solat, so sejadah pun macam "memperli" untuk solat. So sendiri fikirlah.......sempurnakah solat kita.....

Cuma, sebab banyak sangat berita ini diperbesarkan, so malam tadi mama & anak2 pun buat experimen sendiri kat rumah kan....logik x kalau "manusia" sendiri yang mendirikan sejadah tu...mungkin ada kejadian ni yang benar2 berlaku pada permulaan...tapi bila dah banyak sangat macam diada-adakan pulak ye...jom kita layan experimen mama kat bawah ni yea....dan cari sendiri jawapan dia yea.....hah jangan pulak masuk dalam paper gambar ni yea

Inilah kerja giler yang kami buat semalam...hihihihihihi saja jer....nak buat uji kaji kan...



Experimen pertama yang kami jalankan....mula2 sehelai sejadah..lepas tu 2 helai....berdiri tegak kan....


hah lepas tu pulak 3 helai......hah...apa komen anda.....ehhh ada kaki orang ler pulak kat belakang tu...hihiihih


Ini antara petikan yang mama baca pasal isu ini...

"Dalam pada itu menurut Timbalan Dekan Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa ( UIA), Profesor Datuk Dr. Mahmood Zuhdi, beliau tidak yakin kejadian sejadah berdiri ini benar-benar berlaku.

Menurut beliau kita seringkali dihidangkan dengan cerita-cerita mistik dan luar biasa seperti api yang tiba-tiba menyala dan membakar, mutiara atau kaca yang keluar dari mata dan sebagainya dan sesungguhnya apakah perkara ini benar-benar perlu untuk didedahkan kepada umum.

Katanya semua pihak belum pasti apakah kejadian ini melibatkan sesuatu petunjuk dari tuhan.

"Apakah benar kejadian sejadah berdiri ini berlaku atau mungkinkah ia sengaja dilakukan oleh manusia dan kemudian disensasikan oleh pihak tertentu untuk menarik perhatian ramai.

"Saya melihat perkara ini lebih kepada sengaja dibuat-buat dan kemudian dibesar-besarkan," katanya.

Menurut Mahmood, beliau bukan menolak kekuasaan tuhan tetapi perkara sebegini tidak memberi apa-apa erti kepada kehidupan manusia. Manusia pula secara umumnya sangat meminati kisah-kisah sensasi sebegini, kemudian akan mula mempercayainya dan akhirnya mereka mula terlibat dalam kegiatan syirik dan khurafat.

"Jika kita lihat mereka yang percaya dengan bomoh pada awalnya melihat perkara-perkara yang ajaib seperti ini dan kemudian akan lebih mempercayainya sehingga terlibat dalam perlakuan syirik dan sebagainya,".


3 comments:

  1. Ala biasalah benda2 berdiri... aku pagi2 pun selalu berdiri gak dgn sendiri... x pelik pun.

    ReplyDelete
  2. Kita tidak perlu tengok benda pelik baru nak yakin dengan Allah. Dalam diri kita ni pun ada beribu-ribu keajaiban yg dicipta oleh Allah.
    Maksud saya, terciptanya MANUSIA tu pun merupakan satu yg tersangat peliknya.

    Cuba tengok manusia ni, taklah besar mana, tetapi sebab Allah bagi OTAK,kita dapat runtuhkan gunung, bukit,pergi bulan.

    Tak payah pergi jauh-jauh...belek jari kita tu... ada 18 + 81= jadi 99 (tapak tangan tu ada tulisan angka dalam bahasa Arab). 99 tu apa? Almaul Husna...Nama-nama Allah.

    Jari kita yg lima tu membentuk kalimah Allah.
    Lepas tu jari kita ni boleh buat macam-macam kerja, menyuap makanan, memegang,mencubit, orang bisu pulak jadikan jari ni boleh berkomunikasi dalam bahasa bisu...eh...eh...banyak betul peliknya, itu baru cerita fasal jari....Jari juga buat sarung cincin, merapatkan kemanusiaan antara insan,jari juga yang menaip blog ni, lepas tu Allah cipta IBU JARI ni berbeza antara satu manusia dengan manusia lain walaupun jumlahnya berbilion dalam dunia ini....Bukankah itu PELIK? Kenapa ia tidak menguatkan iman kita?
    Kenapa kita tunggu sejadah berdiri baru kita nak rasa insaf...sebab kita pun tidak tahu bagaimana perkara itu boleh berlaku? Saya bimbang umat Islam hanya dipermainkan perasaan mereka oleh golongan tertentu.

    Sekian sahaja ulasan saya wahai Mama Miraki...maaflah ya kalau ulasan ini agak kontreversi.

    ReplyDelete
  3. tulah manusia kan....suka dgn benda2 yg kononnya cam pelik kan....tu baru tengok sejadah berdiri..tapi yang selama ni sejadah kat rumah diaorang tu "tergantung" cantik aje dalam almari...tak pulak pelik kan.....hihihihihiih..

    ReplyDelete