Putrajaya hantar tiga pesawat bawa balik 300 pelajar Malaysia menjelang tengah malam ini (Khamis)
Oleh ROZAID A. RAHMAN
PUTRAJAYA: Para pegawai daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berlepas ke Padang, Sumatera bersama tiga pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk membawa pulang 300 penuntut Malaysia yang menjadi mangsa gempa bumi di Padang, Sumatera.
Pesawat pertama dijangka tiba semula ke tanahair menjelang tengah malam ini di Pangkalan TUDM Subang dan diikuti oleh dua lagi pesawat beberapa jam kemudian.
Pihak Kementerian telahpun menyediakan asrama sementara di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang bagi menempatkan pelajar Malaysia yang tidak sempat untuk pulang ke kampung halaman masing-masing sekiranya pesawat yang membawa mereka pulang tiba lewat.
Ketibaan mereka akan disambut oleh Menteri Pengajian Tingi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama para pegawai tinggi kementerian dan juga ibu-bapa serta keluarga penuntut Malaysia.
Pegawai Khas kepada Menteri Pengajian Tinggi, Mohd Arif Adenan ketika dihubungi oleh Mstar Online mengesahkan rombongan tersebut diketuai oleh Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar KPT, Profesor Dr Mohd Fauzi Ramlan bersama Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) Indonesia, Dr Junaidy Abu Bakar dan dua lagi pegawai dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar.
Mereka bertolak ke sana atas arahan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin selepas diputuskan pada mesyuarat Pasca Kabinet KPT di kementerian semalam.
Mohd Arif berkata, pelajar-pelajar Malaysia yang terkandas di Padang ada di antaranya sudah dua hari tidak menjamah makanan yang sempurna.
Mereka juga katanya, mengalami kesukaran untuk mendapatkan bekalan air bersih.
Atas sebab itulah juga kata Arif, rombongan kementerian turut membawa bersama bekalan makanan dan air bersih.
Rombongan pihak kementerian juga katanya turut membawa kelengkapan khemah serta selimut memandangkan masih terdapat 30 orang lagi pelajar
Mohd Arif berkata,
Kepada soalan sama ada terdapat pelajar
Seorang masih dirawat di salah sebuah hospital di
“Tetapi yang menjadi kebimbangan kita ialah trauma yang dihadapi oleh para pelajar kita dan juga keadaan para pelajar kita yang lain kerana laporan menyebut bangunan universiti di mana mereka belajar mengalami kerosakan teruk,” kata Mohd Arif.
Sementara itu laporan awal menyebut pihak kedutaan Malaysia di Jakarta memang telah bersedia untuk menguruskan perpindahan kesemua 330 orang penuntut Malaysia di Padang ke tanah air sehingga keadaan selepas gempa bumi yang berukuran 7.6 pada skala Richter di ibu kota Sumatera Barat itu pulih.
Agensi Berita Nasional (Bernama) memetik Timbalan Ketua Perwakilan di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia, Amran Mohamed Zain sebagai berkata, kemungkinannya ialah dengan membawa mereka pulang menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja
“Membawa mereka pulang merupakan pilihan terbaik kerana jika tetap di
Tambah beliau lagi, Kedutaan Besar telah menghantar para pegawai Pejabat Konsul Malaysia di Medan dan Pekan Baru untuk ke Padang dan membuat penilaian keadaan tempat tinggal, bantuan pakaian dan bekalan makanan yang diperlukan bagi para penuntut Malaysia.
“Jika pasukan penilai ini mencadangkan supaya kita memindahkan para pelajar kita, kita akan selaraskan pergerakan dan jadual dengan Wisma Putra,” katanya.
Sementara itu, sebuah bilik gerakan dibuka di Konsul Malaysia di Medan sejak petang semalam untuk menyelaraskan maklumat mengenai para penuntut di Padang dan melayani pertanyaan para ibu bapa melalui talian 006-26145531342.
Kebanyakan penuntut
Sehingga malam tadi, mereka berada dalam keadaan selamat walaupun, menurut
“Pada waktu ini mereka berkumpul dalam keadaan basah ditimpa hujan, tanpa makanan dan minuman.” Mstar
No comments:
Post a Comment