Tuesday, June 26, 2012

Semoga Cepat Pulih Seperti Sediakala

Dah berminggu minggu Blog Mama terbenkalai...mood nak berblog ke laut...Hari ni berkesempatan update sikit. Rasanya pembaca blog Mama dah tau 2 minggu ni Mama kan busyt sebab abang mama YIN diserang stroke yang mengakiabtkan pendarahan otak . Selepas menjalani pembedahan...Yin beransur pulih..harap2 Yin akan pulih sepenuhnya dan kembali sihat seperti sediakala.

Last weeken ( dari Jumaat - haad) Mama berkesempatan menziarah abang mama di Kulaijaya. Mama ambik cuti Jumaat tu dan anak2 pun mama "pontengkan".  Oleh kerana Yin dah balik rumah senang sikit nak bawak anak2 sekali. Kami bermalam dirumah Yin. Masa Mama sampai kakak mama, Kak Mah n Kak Long ada kat sana. Sejak Yin discharge dari hospital, Kak Long dan Mah ambik giliran menjaga Yin.Lagipun wife Yin aka Kakak Ipar mama..dah lama cuti masa Yin di hospital. So kami take turn untuk menjaga Yin.

Hujung minggu ru ramai yang menziarah Yin. Agak meriah rumah Yin. Rasanya kalaulah Yin sihat mesti dia gembira sebab ramai orang dtg ke rumah dia. Yelah masa sihat kurang masa pulak nak berkumpul reramai cam tu kan...

ok layanlah sikit2 gambo2 ni...yang gambar bawah2 tu masa mula2 Yin kat hospital..


Hari ke 13 setelah Yin diserang Stroke. Dah boleh berjalan perlahan...kena awasi dari belakang....ni gambar abru balik dari check kat HSA. alhamdulillah ada improvement...cuma tinggal speech dan ingatan aje belum pulih sepenuhnya...


Bye...Bye...semua dah nak balik..nak tinggalkan aku ke...datang lah lagi....agak2 itu kot dialog Yin yea...

gamabr terbaru...nak gi Hospital balik..gi check up.....Alhamdulillah dia boleh brjalan dan boleh duduk dalam kereta....


 Tuan tanah nak enterprem sikit yea....sebagai penyeri...hahahhaha..meja ni dah jadi meja CC rasanya...mama kena buat laporan dan lintas langsung pada kaum kerabat pasal perkembangan Yin. Status FB kena update selalu..lamabt sikit aje..mulalah kaum kerabat komplen..mana update status terkini....

 Yin sangat ceria masa kawan2 lama dia di ITM datang melawat....mereka semua dari KL..datang ke KJ semata2 nak melawat Yin...

 Cousin Mama, Long sedang mengurut Yin..

Malam Ahad tu Yin boleh berjalan2 perlahan. Kami semua sangat terkejut. Kami semua tengah duduk kat meja makan..ida duduk di sofa depan..tiba2...dia bangun dan terus tuju ke meja makan temapt kami berkumpul...Ya Allah..kuasa ya Allah....dengan kehendakmu...dia terus duduk kat meja makan.....kami semua bersyukur dan bersorak...Hari tu memang dia sangat ceria...kami adik beradik ramai dtg menziarah dan kawan2 dia ramai datang ke rumah...


Lepas sampai kat meja makan..Yin mintak pinggan nak makan..syukur.....


beberapa hari selepas Operation membunag cairan di otak....masis di HDU Ward

Alhamdulillah..walaupun kurang upaya..masih berupaya mengerjakan kewajipan..Solat Asar time ni...

Jiran kami di kampung pun dtg melaway..Hj Seni...

All the time Yin tido....

Terima kasih buat semua yang mendoakan kesejahteraan Abang Mama ni. Hanya Allah yang membalas jasa baik kalian. Masa sakit ni biasanya kita tau teman sejati semua, dan Alhamdulillah...Yin punya ramai sahabat handai, rakan sekerja, adik beradik, saudara mara yang sungguh prihatin . Sejak dari hari pertama diserang sakit..tak putus orang datang menziarah...Amin....

Pada teman2 pembaca..sesiapa yang tau macamana petua atau perubatan alternatif yang boleh memulihkan ingatan dan pertuturan dia..sila kongsi dengan Mama yea..sebab rasanya fizikal dia Alhamdulillah dah recover..tapi ingatan dan pertuturan masih terjejas.....YA ALLAH..KAU SEMBUHKANLAH ABANGKU....

Wednesday, June 13, 2012

ALLAH SEDANG MENDUGA MU......

Assalamualikum..

Untuk makluman pembaca setia Blog Mama...Abang Mama BAHRIN OMAR a.k.a YIN WONG KHOO LAI sedang diuji oleh Allah. Yin sedang terlantar melawan penyakit di Wad HDU, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu. Yin selamat menjalani pembedahan akibat Pendarahan Otak. Doakan kesejahteraan dan Keselamata Abang Mama ni.

Alkisah..kami baru bertemu last weekend (9 - 10 June2012). kami balik ke kampung beramai2. Suasana macam biasa dan dia sihat segar bugar. Tapi kuasa Allah siapa tahu kan...pagi Isnin tu macam biasa Yin masih berbalas komen2 dalam FB Group Keluarga kami. Sehinggalah tgh tu lepas lunch disekolah..Yin tiba2 muntah dan mamai2 hampir tak sedarkan diri. Rakan2 bawa di ke Hospital Kulai. Petang tu keadaan semakin kritikal dan doktor buat keputusan untul pindahkan ke Hospital Sultanah Aminah, JB.


 Tgh Sabtu tu...Yin masak untuk kami...saja jer bergurau..cakap..lama tak makan masakan dia...so dengan ringan tulang dia pun masak ler..untuk kakak2 dan adik2 pompuan dia yang mengada2 ni...YIN..adalah nama manja panggilan kami adik beradik. Dulu masa kecik2 lidah pelat nak sebut RIN...so lidah sebut YIN...sampai sekarang semua panggil dia YIN

 Tersenyum ambik gambar...tapi saat ini dia terlantar....sedih ni masa buat entry ni....air mata nak megalir....



Asam Pedas memang pebret dia....

Mama dapat berita ni masa mama masih di opis...dalam pukul 6 ptg. sepanjangbalik ke rumah berdebar dan telefon asyik berbunyi call n sms disamping FB. Kakak mama yang tinggal DI JB terus ke Hospital untuk mendapatkan info terkini. Kami yang di KL menanti dalam debaran.

Ruang menunggu hampir dipenuhi dengan sahabat dan rakan setugas..

Ambulan dah menanti untuk membawa Yin ke Hospital Sultanah Aminah...sangat2 berdebar time ni....tak de sapa dibenarkan berada dalam bilik rawatan maupun mengiringi pesakit dalam ambulan...

 Gambar kabur...ikhsan dari Kakak mama, Kalsom ...snap dari jauh. Tiba di HSA....terus masuk ke Emergency Unit....untuk pemantauan...

aidik beradik. sahabat handai dan rakan sekerja yang sabar menanti perkembangan selanjutnya...

Malam tu juga Yin menjalani pembedahan untuk membunag cairan dan pendarahan dalam otak. Alhamdulillah bersyukur dipermudahkan semua urusannya. Sepanjang malam Mama dan adik beradik lain tak tidur dan sentiasa berhubung sesama kami. Kebetulan Hubby pun outstation..lagilah mama cam panik.

Malam tu kami pun plan nak turun ke JB esok pagi selepas dia selesai menjalanai pembedahan. Tak sabar nak tunggu Hubby, Mama ambik keputusan pegi dengan Kak Nor dan Mummy Gee. So pagi2 tu kami bertolak ke JB. Tapi kita hanya ampu merancang...Allah jua yang menentukan..Mungkin disebabkan kurang tidur dan tak makan serta kerisauan yang melampau..pagi2 tu mama pulak yang flat. Kepala memusing,,perut memulas dan angin menyerang...so sampai ke Bangi..mama dah tak tahan dan tak dapat nak teruskan perjalanan ke JB. So Mama ambik keputusan patah balik ke Ampang. Tak nak menganggu perjalanan yang lain ke JB..Mama ambik cab untuk balik ke rumah. Ondway  singgah ke Klinik dan doktor nasihatkan berehat....so itulah kisahnya. 

Kenangan dikampung..sehari sebelum Yin sakit...berkumpul beramai-ramai..bergurau senda..masak dan makan sama-sama....aghhh indahnya kenangan itu...Cepatlah sembuh Yin....kami semua berdoa untuk mu

Yin n Kak tany balik bawakbuah laici ni..siap bertangkai...kitaorang sakat dia...Wahhhh dah ada tanam laici kat belakang rumah ke...

Petang tu Mama buat kuih pau...semua orang kata kuih pau mama tak naik dan bantat...tapi Yin makan dengan selera dan dia kata...sedapp....

Salah satu menu lunch kami hari Sabtu hasil air tangan Yin.....Yin memang pandai dan rajin masak...

Sehingga blog ini diupdate. Alhamdulillah ada perkembangan positif Yin. Dia dah mula sedar dan dah mula berinteraksi. Walaupun masih belum boleh bercapa sebab ada wayar dimulut dan hidung dia...tapi dia boleh menulis...Insyaallah Mama akan melawat Yin dalam masa terdekat ni...Semoga tabah Abangku...ALLAH SEDANG MENGUJI MU.....bersabar menghadapi ujian....Anak, Isteri dan kami semua sentiasa mendoakanmu...