Monday, August 31, 2009

9 Ramadhan....

Semalam berbuka dgn family sebelah mama, hari ni turn family sebelah hubby pulak. Kalau nak ikut penat memang ler penat. Tapi mama tak kisah..malahan seronok lagi. Kalau sebelah mama, mama da 9 adik beradik ( 8 perempuan dan hanya sorang lelaki), sebelah hubby terbalik pulak, hubby ada 7 adik beradik ( 6 lelaki dan sorang perempuan). Cuma bezanya hubby memang orang KL dan adik beradik semua memang duduk di kawasan sekitar aje..senang lah nak jumpa. Dan kami memantu2 ni memang semua ngam giler...menantu lelaki tunggal tu kami "lantik" jadi Presiden seumur hidup persatuan menantu2 Hj Haron....ok tak ihihihihihiih jangan marahhhh Bang Nan...

Hari ni macam biasa kami semua bawak makanan dan lauk pauk dari rumah masing. Semua joint hari ni kecuali abg Mail & family aje tak ada sebab semalam diaorang dah datngbuka puasa kat sini. Memang penuh ler rumah mak.

Hari ni menu macam biasa gak..penuh meja. Mama masak Nasi tomato & Ayam Merah. Kak Nab buat Nasi tomato gak dgn Daging Kicap, Ikan sweet sour, Laksam, bubur jagung durian & kuih seri muka. Kakak bawak Ayam percik (sedap....) & roti john, Roha terror masak dalca & acar. Yati bawak lemang & rendang...



Meja hidangan utama


Allah hu Akbar Allah hu akbar....buka posa.... bagus cucu-cucu Tok & Tok Wan..makan tertib berbaris kan....


Mak & Ayah dgn anak-anaknya.....


Lepas solat Terawih kami Laksam dan Tauhu Bakar...habis licin..boleh bukak kedai ni...


Hampir pukul 1 pagi baru kami balik rumah. Iki dan Ika nak tinggal tidur sana, tapi hubby tak bagi sebab dah nak sekolah, dan lagi kalau dok sana memang tak tidur ler diaorang ni....

Buka Puasa Pot Luck @ Mummy Gee's Place

Hujung minggu datang lagi...dah yan lebih best hujung mingguni cuti straight 3 hari campur hari merdeka. Ohhh bestnya. Macam biasa bila hujung minggu mama punya plan buka puasa memang baik punya. Minggu ni turn berbuka puasa dgn adik beradik sebelah mama pulak. Kamiada 5 adik beradik kat KL ni kan..dan 4 lagi di JB. So minggu ni kami pilih nak berkumpul kar rumah Mummy Gee. Konsep dia "Pot Luck.." hihiihih tapi tuan rumah kena masak lebih...ada 3 minggu lagi..so minggu depan mungkin rumah Kak Mah, dan minggu satu lagi kalau smepat rumah mamam kot..mama kena last sebab mama kan adik yang paling bongsu......Selepas calling2 semua..kami semua decide hari Sabtu ( 29/8/09) nak berkumpul kat sini. Oleh kerana tak nak menyusahkan tuan rumah ( hiiihihih..ye ke..) kami masing2 bawak ler lauk pauk mana yang sempat nak masak.

Memriahmeriah giler bila berkumpul ramai2 ni. Anak-anak dari apgi dah tanya bil anak gi rumah Danny ni....dari tgh semua dah bersiap. Bila mama balik daru pasar aje..semua dah sibuk nak tanya. Ya Allah..mama kata petang nanti baru pegi, sebab mama nak masak dulu.

Mama kelaur rumah lepas solat Asar. Hari ni mama masak Ikan Bakar. Mama buat Ikan Pari Bakar dgn air asam..dah siap berbalut daun pisang, nanti bakar kat sana, nak bakar awal2 nanti tak sedap pulak dah sejuk. Sampai rumah mummy gee pukul 6.15. Ok lah tu..budak2 terus berdesupppp tak tau apa plan diaorang...

Kami semua ni kan kalau bab masak2 kan memang "terror" giler..maklumlah kami ni adik perempuan ramai...dan memansak memang jadi agenda utama kalau berkumpul ni. So don'worry..kalau datang rumah kami memang tak kebulur punya...

Tengok ler meja hidangan .....penuh sampai tak maut.

Walaupun kata semua bawak lauk pauk kan...tapi mummy gee selaku tuan rumah..memang masak paling banyak ler.. Jom tengok apa meanu yang kitaroang ada malam tu....

hah ini menu mummy gee..soto special & ayam goreng


ni pun mummy gee masak..siakap sweet sour & hati masak kicap


ni mummy gee lagi...sambal goreng & tauhu + tempe goreng ( ni menu wajib ni...hihiihih)


yang ni mama masak...Ikan Bakar special + air asam


yang ni Kak Mah masak..kerabu darun ranti+tauge+ kacang botol dll & Kuih koci


Kak Nor dgn masak lemak ikan parang + nenas ( ni kesukaan arwah mak & abah) dan kuih apa ntah mana dia....


Sudut minuman dan dessert...ada pengat labu, koci, buah mata kucing, pisang, tembikai & mangga


Kak Nor & Family baru sampai....yang sebelah tu tuan rumah di meja hidangan


lepak-lepak sebelum buka puasa...


lepak-lepak nak tunggu buka puasa


yeahhhh dah buka puasa....makan jangan tak makan....


hubby2 tekun menikmati juadah...sedap kan kami semua masak

Lepas buka puasa..solat berjemaah...hubby jadi imam...

Alhamdulillah....dah 9 hari berpuasa. Bersyukur dgn rezeki yang Allah kurinakan kepada kami semua. Sesekali berkumpul ni memang seronok sangat. Walaupun Mak & Abah dah tak ada..insyallah kami semua kaan terus mesra macam ni, cuma beza dulu berkmpul kat kg..di rumah mak & abah..tapi sekarang ni lainlah pulak.

Lepas solat Isyak dan Terawikh..lepak2 lagi..sambung makan mana yang nak mana. Kak Nor balik...mama ni nak balik tapi iki dan ika merengek tak nak balik..dan danny, danish dan dania pulak asyik cakap..mama janganlah balik..nak main dgn iki ika....last2 mama tak jadi balik. Mama pujuk Kak Mah jangan balik gak. Esok lagi lepas sahur dan subuh kita baliklah...hiihihihi
Nasib baik hubby kata ok lah..sesekali...bagilah mama peluang sembang lama2 dgn kakak2 ku kan....

apalah yang disembangkan tu ya...macam serius aje kan


Malam tu budak2 ni mama rasa diaorang ni tidur kul 4 pagi kot....Semua berkumpul dalam bilik Danny...ada yang tanam strawberi, tanam cili, petik labu, sembur baja, beli rumah, serang kampung sebelah, cari kayu api, tembak orang.Pelik kan di tengah2 malam2 buta buat kerja2 ni. Tapi itulah anak-anak siber..... berkebun pun di alam maya. Kalau arwah abah ada mesti dia heran ni...selama ni dia tanam cili kat belakang rumah aje kan...mencangkul sampai keluar peluh...ni sambil baring boleh tanam cili ye..hiihihihihi

Akhirnya diaorang tertidur juga dalam pukul 4 pagi. Pukul 5 time nak kejut sahur....Ya ampunnnn..liatnya....sambil duduk pun bleh tertidur.


Danish & Iki makan sambil mamai..time sahur...yelah lepas tanam strawberi malam tadi kan dgn perang ngan ultraman

hahaaa sampai ke subuh gak kami kat sini. Dah lepas subuh liat gak budak2 ni nak balik. Kak Mah balik lepas subuh. Mama ni yang masih melekat..budak2 ni ada aje idea dia nak lamabt2 kan balik....nak mian bola lah, nak main buai dll...


lepak kejap sebelum balik...mau putus tali buaian ni..

santai kat halaman rumah

Akhirnya pukul 9 pagi mama balik ler. budak2 semua muncung ajelah..ihihihi cukuplah tu..minggu depan jumpa lagi. TQ mummy gee & family..minggu depan jumpa kat Klang pulak rumah Kak Mah.

On d way nak balik , kakak ipar mama, Kak Nab tepon, ajak buka puasa rumah mak mentua hari ni...budak2 ni dengar sengih balik sebab dapat jumpa sepupu sebelah hubby pulak...Gitulah mama..kena bagi2 hujung minggu ni..antara 2 keluarga. Tapi yang penting kami semua gembira. Mama kena singgh pasar dulu lah....nak masak apa yer untuk petang ni......nampak gaya mama belum berpeluang berbuka puasa di rumah sendiri waktu hujung minggu....tapi mama tak kisah..yang penting kami semua gembira dan hubungan kekeluargaan pun bertambah erat.....mama singgah kat Pasar Borong Selangor....


Zombi Ampang Suajana

Sementara nak tunggu waktu berbuka. anak-anak mama ni baisalah buat aksi masing-masing kan...tengah mama dgn bibik sibuk kat dapur..la diaorang pegi jadi "Zombi" lah pulak. Mulanya si kenit Amir ni yang dok selongkar almari baju dia dan ambil dia punya bedak, losyen dll..lepas tu dia dok tuang bedak tu atas lantai dan sapu muka dia..ika dan iki apa lagi join sekaki lah...Masyaallah...itulah hasil kreativiti diaorang...dan hasilnya lantai rumah penuh dgn bedak...


Amir, Ika & Iki @ Miraki....habis bersepah bedak kat lantai huhuuhuh


takut tak tengok Iki dan Amir....


Ika..mengerikan...... akulah Zombi Ampang Saujana


menu berbuka mama....hihiihihih....ok tak...semua masak tau..kecuali kuih je



Friday, August 28, 2009

6 Ramadhan

Sekejap aje dah 1 week kita berpuasa kan. Cepat betul masa berlalu kan. Semalam balik dari ofis hujan lebat sangat. Time posa ni mama balik kerja awal..pukul 4.30 dah balik..tapipagi kena masuk awal lah..pukul 8.15 dan lunch time dipendekkan 30 minit aje. Ok lah tu, kat KL ni kalau time posa tau ajelah jalan raya time2 petang ni...nak pulaks ekarang ni kan musim hujan.

Sepanjang puasa ni mama masak sendiri kat rumah. Setakat ni tak pernah beli lauk pauk pun. Kalau kuih tu memang belilah.Tak berbaloi rasany akalau kuih nak buat sendiri. Lauk pulak memang kena masak, sebab tengok lauk pauk yang dijual kat Bazar Ramadhan tu tak ada yang berkanan di hati lah pulak.

Hari ni balik kerja mama singgah kat Bazar Ramadhan kat Bandar Baru Ampang, beli roti boom, kuih muih sikit dan tak lupa kuih tepung pelita. Amir suka sanagt kuih ni. Semalam mama beli 5 ketul dekat 4 ketul dia makan..dia sukalah sebab lembik2 dan rasa manis sikit. hari ni mama belilah lagi...dia makan 2 ketul jer..

Hari ni mama balik rumah bibik dah siap masak pulak. Hari ni mama tak masak sebab lambat sikit sampai rumah. Selalu kalau mama lambat balik, bibik akan masak ler. Menu hari ni Ikan Sambal, Ayam masak kicap, sup sayur dan daging merah. Ika nak makan otak-otak popiah..goreng ajelah..frozen beli kat K4, sedap gak.

Smapi rumah semalam Amir tengah syok tidur. Dari tgh tak nak tidur. Sampailah time buka posa tu dia tak jaga lagi. Dah hampir siap makan baru dia terjaga..standard lah bila bangunmesti merengek....mama..mama...mama...ayah..mama...aya..mama...angkat dia dah ajak duduk sekalikat meja makan..bagi dia kuih tepung pelita...

Dah 2 malam ni amir bad mood aje. Dia asyik nak kelaur aje..tunjuk kereta, nak jalan2. Agak dia bosan kot duk dalam rumah aje...so dah dia nangis tak berenti..mama, hubby n ika bawaklah dia round naik kereta..iki tak nak ikut. Mama gi CIMB Bank dan ousing2 sekejap. balik rumah soalt isyak dan Terawikh berjemaah...lepas tu zzzzzzzzzzzzzzzz

Thursday, August 27, 2009

Amir....Amir....mana Amir ni....

pagi ni mama panic sekejap. Oleh sebab pagi ni mama bangun sahur awal sikit..so lepas sahur semua zzzz balik..sellau tu tunggu subuh terus. So mama pun ikut sama terlelap. Bangun pukul 6 ..terus mandi dan solat subuh. Lepas tu pilih2 baju nak pakai untuk gi kerja. Pukul 6.30 kejut kat hubby & iki dan Ika..tiba-tiba.... Eh Amir..mana Amir ni....selak selimut tak ada, selak bantal tak ada, panggil2 tak berjawab..semua jadi kelam kabut..cari dalam bilik air, dalam bilik Ika, Dalam bilik Iki..semua tak ada...ehhhh mana anak mama ni....ahhh sudah....dengan kain telekung...berlari turun ke bawah..jerit bibik...bibik...Amir mana bik.....Bibik tengah solat pulak...ehhh mana pegi Amir ni.,.kena kidnap ker...pintu berkunci....
Lepas tu bibik bukak pintu bilik... tanya Amir mana.....Laaaaa rupanya Amir ni sengih dalam bilik bibik.... Eh bila masa pulak Amir ni turun...tadi masa mama nak mandi..dia elok aje tidur sebelah hubby. Alkisahnya bibik kata dia dengar Amir panggil mama...mama....mama....kat atas tangga...dia pun Ambil Amir masuk bilik dia..buatkan susu dan tidur balik si Amir ni....La boleh mama tak perasan lepas mandi tu Amir tak ada....ingatkan hubby peluk dia selimut sekali...aduhhhh pagi2 dah panik sekejap....Amir...Amir.....

Monday, August 24, 2009

Cerita 2 Ramadhan

Hani ni hari ke 2 Ramdhan..masih weekend lagi kan. Lepas sahur...tunggu solat subuh..mata mengantuk pulak..lelap ler sekejap. Terjaga sebab terdengar bunyi handphone. Kak Nab tepon, ajak buka posa kat rumah dai. La semalam dah buka posa sama-sama hari ni nak buka sama lagi ker. Iki dan Ika memang ler on aje...kebetulan Luqman puna da kat rumah mama ni. So mama kata nanti confirm ngan hubby dulu..tapi rasanya on aje lah tu...
Lepas tu tak boleh nak tidur dah. Apa nak buat ye. Anak-anak sambung zzzzzzzzzz balik...hubby pun joint sekali termasuklah si kenit Amir tu. Baru terinagt dah lama tak pegi pasar tani. Hah boleh pegi ni...sambal cari sayur n buah2an segar. Tapi alahai sampai Pasar tani pun dah banyak barang habis..beli ikan pari aje ..petang ni nak bakar. Beli barang2 lain sikit dan terus balik le. Lepas tu lepak sambil baca paper dan main ngan Amir. Iki, Ika dan Luqman cam biasalah..kalau dah jumpa tu memerap dalam bilik dgn PS2.
Petang ni masak simple je..buat ayam masak kerutuk dan bakar ikan pari + cicah sambal kicap limau, packed masuk tupperware. Pukul 6.15 kelaur rumah nak gi rumah Kak Nab. Singgah Bazar Ramadhan Bandar Baru Ampang beli ayam percik dan murtabak. Sampai rumah Kak Nab hampir waktu buka. Menu macam biasa penuh meja ler. Ada Rendang Ayam, Asam Pedas, Mee Sup Utara, Ikan Bakar , karipap, popiah otak-otak dll Tak ada gambar sebab kamera tertinggal.
Lepas buka puasa, soalt magrib berjemaah, lepak kejap..lepas tu sambung soalt isyak dan terawikh. Iki Ika pulak tak nak balik. Nak tido sini. Macamana ni hari ni hantar Luqman balik..lepas tu Iki Ikapulak tido sini...esok mama ambil Iki Ika bawak pulak Luqman balik..hihihihiihih Budak2 ni memang ler suka aje.

Sunday, August 23, 2009

1st Ramadhan

Hari ni umat Islam mula berpuasa. Mama dan keluarga bersyukur kerana masih dipanjangkan umur untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ni. Kebetulan puasa tahun ni jatuh hari Sabtu dan permulaan cuti sekolah, so senanglah sikit.

Pagi tadi selepas sahur (mama masak nasi lemak je..) dan solat subuh..mama terus ke pasar macam biasa...sampai pasar pun termenung, tak tau nak beli apa...mama cuma beli daging dan ayam jer...lepas tu mama ke carrefour ler..mak aiiii punyalah ramai orang...selalu mama datang time pagi2 cam ni lengang aje..hari ni punyalah ramai....agak semua orang masala nak keluar lambat2 kot.

Hari pertama puasa ni...cuaca sejuk aje..hujan dari pagi sampai ke tengahari...kira ok lah tak panas...iki ika pun steady jer.....

Disebabkan hari pertama puasa ni kira hari cuti, mama dan ipar duai yang lain plan nak berbuka puasa di rumah mak mentua lah. Memang dah jadi kebiasaan sabtu pertama puasa mesti buka kat sini,lebih2lagi sekarag mama pun dah tak ada mak dan abah lagi....kalau dulu kadang2 balik juga ke kampung sambut puasa dgn mak dan abah. Tapi mama bersyukur walaupun mak dan abah sendiri dah tiada di dunia ini,.....namun mak dan ayah mentua pun dah macam mak ayah sendiri, dan kebetulan mereka pun menetap di KL kan...senang lah..

Hari ni cam biasalah, kalau buka puasa rumah mak, kami semua akan buat pot luck, sebab mak pun dah tak larat dan kami tak nak susahkan mak....Hari ni yang datang buka puasa kat rumah mak ialah kelaurga mama, kak nab, kak Ani, Kak Samsiah dan si bujang Amin . Roha tak dapat nak joint sebab Zalfa masih belum sembuh dari HFMD. Kalau dah berkumpul ni dan masing2 bawak pot luck memang penuhlah meja makan.

Antara menu yang ada hari ni..hmmmm banyak betul dan penuh meja tau. Maklumlah anak menantu mak ni kan semua pakar masak kan...hihihiihihih antaranya nasi kerabu, bubur lambuk, ayam bakar + air asam, ayam masak kicap, sambal udang, masak lemak pucuk ubi, kurma ayam, sambal fishball, tofu jepun, siakap asam rebus. Kuih muih dan dessert pulak popiah goreng, kuih lopez, kuih kasui,pengat pisang, sagu gula melaka danbuah-buahan. Percaya tak kesemua makanan ni kami semua masak sendiri tau. tak ada yang tunjuk2 aje... lagipun tak bestlah kalau beli. Mama lebih suka laup pauk masak sendiri. KAlau nak beli punkuihmuih ajelah..tapi aklau ramai2 ni lebihbaik buat sendiri.

Mak dan ayah pun seronok lah tengok anak cucu datang berkumpul..memang meriah giler dan riuh rendah ler rumah tu


hah...tengok meja tu sampai tak muat tau.....melimpah...


masak lemak pucuk ubi dan ayam bakar by Kak Nab


Ayam Kicap by Mama & Sambal Udang by Kak Ani


Yang ini by Kak Samsiah..kurma ayam dan fish ball goreng cili


pengat pisang by Kak Samsiah & Bubur Lambuk by Mama


Kuih Kasui by Kak Ani & Sagu Gula Melaka by Kak Samsiah


Kuih Lopez by Kak Nab & Popia Goreng by Mama..( Kak Nab juga ni....nama sama kan...)

Lepas selesai berbuka..kami semua solat maghrib berjemaah dan diikuti dengan Solat Isyak dan Terawikh. Kami buat solat berjemaah dirumah..penuh tu ruang tamu rumah m..dari si kecil Amir ke dewasa..semua tak terkecuali....dah macam kat surau kecil tau...

Memang kami semua kalau datang berbuka di rumah Mak lebihsenang soalt Terawikh di rumah, sebab budak2 kecik pun boleh ikut sekali. Selalunya yang jadi imam abang iapr mama Hj Ismail (Suami Kak Ani). Kalau sulu selalu ayah mentua yang akan mengimamkan solat, tapi sekarang ni ayah dah uzur dan tak larat nak imamkan solat.


Ika & Amir

Susun..susun..rapatkan saf....

Itulah nikmatnya Ramadhan, kalau hari biasa tu kadang2 susah nak kumpul semua kan....Selesai solat..sambung balik makan moreh....hiihihihihi

Lepas tu balik rumah ler....Iki "kidnap" Luqman balik ke rumah..ihihihihiihi..tak apa cuti sekolah kan

Sebenarnya mama pun rindu sangat2 nak balik kg sendiri....tak sabar nak tunggu Raya nanti nak balik. Nak ziara pusara mak dan abah... Sedih kenangkan dah tak ada mak dan abah lagi....nasib baik masih punya mak dan ayah mentua......so sesiapa yang masih punyak kedua ibu bapa pulanglah berbuka dgn mereka andai berkesempatan.....