Wednesday, July 29, 2009

"Surau Hj Omar"

Petang ni secara tiba-tiba mama teringat lagi kat kg halaman. Sekarang ni kan dah masuk Bulan Syaaban..ingat dulu kat kg dulu-dulu kan..kalau dah dekat nak masuk bulan Ramadhan mak dan abah akan buat kenduri tahlil untuk arwah-arwah kaum keluarga yang dah pergi. Masa tu kat kg memang boleh dikatakan tiap malam ada aja jemputan untuk kenduri...kadang2 tu satu malam ada 2 rumah sekali buat kenduri.

Sekarang ni ada lagi tak ye...rasanya ada ..sebab kadang2 we all ada gak buat time balik kg, Cuma sekarang ni sebab masyarakt kg pun dah semakin berkurangan, kadang2 diaorang buat sekaligus dan combined ramai-ramai buat kat surau. Masa tu orang kg semua datang ker bergotong royong memasak makanan...disebabkan Surau kat kg tu kan di halaman rumah kami, hah kami terasa lah kemeriahannya.... rasa macam jadi tuan rumah lah pulak..

"Surau Hj Omar” dinamakan sempena nama Abah, sebab Abah telah mewakafkan tanah untuk pembinaan surau ni. Bagi mama sekeluarga surau ni memang penuh nostalgia lah.

Surau ni mula dibina tahun 1980, masa tu mama baru masuk darjah 2. So surau ni dibina secara bergotong royong..dapat bantuan kayu-kayan dan lainnya, tapi pembinaannya dilakukan secara bergotong royong oleh penduduk kg. Masa mula-mula nak dirikan surau ni, mereka nak cari tapak yang sesuai dan kalau ada orang sudi mewakafkan tanah. So Abah tak tunggu lagi terus menawarkan sebahagian tapak rumah kami untuk pembinaan surau ni. Surau ni begitu dekat di hati Abah. Dia jaga surau ni macam dia jaga rumah dia lah lebih kurangnya.

Fasa pertama surau ni diperbuat semua dari kayu api. Air pun pakai air kolah aje, sebab bekalan air tak masuk lagi. So mengharapkan air hujan yang ditadah ke dalam kolah untuk kegunaan jemaah berwudhu. Yang mama masih ingat..dulu setiap malam Jumaat ada majlis Muzakarah kat surau ni, Penceramah dia Cikgu Mukmin...lepas tu Cikgu Ismail...ntah lah lepas tu mama dah tak ingat dah....masa tu mama kecik lagi. Seronok sangat time malam jumaat tu sebab ramai orang kg datang ke surau dan budak2 pun datang sama...

Pada tahun 2002, Abah ada beritahu kami semua, yang peruntukan untuk membina surau baru dah diluluskan. Abah orang yang paling gembira sekali. Dah tak sabar Abah nak dapat surau baru. Dia selalu berangan nanti kalau buat surau baru tu dia nak tolong buat sama, walaupun dah diberitahu surau tu akan dibina oleh kontraktor yang dilantik. Setiap kali mama dan adik beradik lain pulang ke kampung, Abah mesti bercerita pasal projek Surau baru tu. Dari sebulan- ke sebulan peruntukan yang dijanjikan tak kunjung tiba. Tak tau dimana silapnya..dari bulan berganti tahun..sehingga akhirnya Abah telah kembali ke Rahmatullah pada tanggal 2 August 2003..surau yang Abah selalu sebut-sebut tu masih berlum nampak bayangnya. Sebelum Meniggal Abah telah berpesan seandainya dia meninggal dunia, mintak disembahyang jenazah Abah di surau ini. Permintaan abah telah kami penuhi. Hidup mati Abah memang sengan surau ini. Surau ni memang dah macam rumah Abah rasanya.

Setelah kematian Abah, rumah kami terbiar kosong kerana mak mengikut anak-anaknya, Mak pun dah tak sihat... Walaupun Mak dah tak menetap di kg lagi tapi kami tetap pulang ke kampung ..paling tidak sebulan sekali. Bwak Mak balik kg. Tak lama lepas tu kami dapat berita yang surau lama tu akan dirobohkan untuk membina surau yang baru. Oh tercapai juga hajat Abah, tapi sayang abah dah tiada. Tak apalah sekurang2nya penduduk kg dapat menunaikan ibadah dgn lebih sempurna.

Akhirnya surau yang lama tu pun dirobohkan, Orang kg ada menefon kami untuk memaklumkan hal ini, dan meminta kalau ada kelapangan pulanglah untuk menyaksikan surau nostalgia ini dirobohkan. Kalau tak silap mama kak Long , Yin dgn Mek ada balik kot. Yang pasti mama tak balik .

Pembinaan surau baru pun bermula....halaman rumah mama memang bersepah-sepah ler dgn bahan-bahan binaan dan lainnya. Semasa menanti surau ini disiapkan , balairaya kg digunakan sementara sebagai surau. Sebelum tu ada kami offer untuk menggunakan rumah kami sebagai surau, tapi penduduk kg ada yang kurang setuju pulak. So tahun itu solat Aidil Fitri pun tak boleh di buat kat surau tu...

Tak lama surau tu pun siap...warna biru..tapi entah macam ada yang tak kena aje. Penduduk kg kurang berpuashati dgn hasil kerja kontraktor tu. Yelah tak sampai sebulan surau tu dah nampak senget, dan bumbung pun cam senget aje. Lepas tu keluasannya agak terhad. Setelah berulang kali diadukan akhirnya surau yang telah siap tu diruntuhkan sebahagiannya...untuk memperbaiki mana-mana bahagian yang tidak mengikut specifikasi. Entahlah mama tak tau detail sanggt pasal kontrak pembinaan surau ni, siapa yang buat, kontraktor mana, berapa peruntukan dll. Yang kami tahu surau tu siap aje.
Cucu-cucu Hj Omar posing kat surau yang baru siap..."Hari Raya 2007"
Selepas melalu proses baik pulih dan setelah melalui banyak liku-liku dan kronologi akhirnya surau yang lebih sempurna, luas, cantik dan selesa selesai dibina dan tersergam indah di tapak asal surau lama. Setiap kali mama balik kg, dan nampak surau ni, pasti terbayang Abah. Tentu Abah suka kalau dia masih hidup..tengok surau ni dah cantik sangat.




Inilah rupa "Surau Hj Omar" setelah siap dibaikpulih..warna hijau muda pulak...





"Surau Hj Omar"





Ini lah rumah pusaka tinggalan Abah & Emak kat Kg (303, Batu 21 Jalan Muar - Pt Sulong), surau Hj Omar terletak dihadapan sebelah kiri rumah ..halaman luas dan lapang....

Susu Naik Harga dah.......

Semalam balik kerja mama beli susu Amir, Susu NAN 3...mama memang selalu beli susu Amir kat kedai runcit atau kedai uabt aje..sebab dia kan murah sikit...Rm5 beza dari kat pasaraya.lagipun kedai runcit ni dekat dgn rumah mama, so semalam time nak beli tu tengok harga dia dah naik 11 %..mak aiiiiii..kejapnya naik...diam-diam aje kan... sebelum ni harga dia RM43..semalam dah jadi RM47.80 untuk 900gm....belek punya belek ohhh dia tambah tulisan PRO & Formula Baru dan packing color Gold kat penutup dia....tak tau lah dia tambah apa lagi...Bifidus, DHA.dll.... ke cuma buat packing baru..hihihihi....tapi tulah agaknya susu mahal mana pun parents mesti beli kan untuk baby dia orang.....tapi kan kalau susu ni jadi barang kawalan kan bagus.....mama terfikir gak kalau orang yang ramai anak2 kecil dan gaji kecik kan...mesti sesak nak beli susu anak-anak yer....Amir pulak kira beruntung tau..dapat ”Fresh Milk” dari mama tau...kira waktu siang aje Amir minum susu formula ni....

Mabuk Cempedak & Pulasan

Semalam ( 27/7/09) Iwan datang rumah hantar buah Cempedak dan pulasan. Kak Nor balik kg sebab ada kenduri kahwin. Dia singgah rumah mek...mek dah stanby petikkan buah cempedak dari pokok pusaka Abah kat kg tu. Lepas tu mek belikan buah pulasan. So kak nor biasalah ’Distribution Centre”kan...we all adik beradik kat KL lain yang tak balik ni dapat gak ler bahagian masing2. Banyak tu buah pulasan & cempedak. Mama takut sikit nak makan cempedak banyak..takut angin ler....lately ni badan kuat berangin ler...tapi hubby dgn iki cukup suka cempedak ni. Dah ler isi dia manis giler...mak aaiiiiii nyaman gitu....Terima Kasih Abah & Mak

Terima Kasih pada Mek, Kak Nor dan Iwan yang hantar buah ke rumah mama....hihihihihi lain kali boleh hantar lagi......

Roti Beliner @ Bukit Indah, Ampang

Mama sekeluarga sekarang ni tengah suka sangat makan Roti Beliner. Sebenarnya mama tau pasal roti ni dari satu blog yang mama suka baca. Walaupun mama ni kan duduk area Ampang, tapi tak terperasankan gerai roti ni. So lepas baca blog dia ni, tetiba rasa teringin ler nak cuba. So semalam (27/7/09) balik kerja, mama ajak hubby singgah kat gerai dia..dekat Bukit Indah Ampang. Mama order 10 ketul...hmhmhmhm nampak macam sedap... kena tunggu ler pulak..sebab masa tu lah baru dia filling roti tu dgn ais cream perisa vanila kot...pas tu dia golek2 dalam gula castor kot..kira cam donut gak ler...tapi lembut sangat-sangat.... Cuma mama tak berapa suka cream yang banyak tu ler....tapi anak2 suka ler...

Sampai rumah bagi kat Amir, dia makan habis sebiji...hihihihihihi habis comot muka dia....so sekejap aje dah khatam roti tu...boleh beli lagi ni......hari ni iki dah pesan suruh beli lagi Roti Beliner ni....boleh promote Roti Beliner ni....mari...mari...makan Roti Beliner.....

Semalam (28/7/09), mama singgah lagi geria roti ni..mama beli 10 ketul dan beli sandwich bakar 2 ketul..saja aje nak test..macam sedap aje kan...mama dah amik no tepon dia, nanti lain kali nak beli call dulu...takpayah tunggu lama2....cepat..cepat...cuba Roti Beliner ni...sedap....




Gerai yang jual Roti Beliner ni



Ini lah rupa Roti Beliner..cam donut pun ada...

Ni sandwich bakar dia....

Kuih Jongkong

Pernah dengar tak nama kuih Jongkong. Mama pun baru pertama kali ni tau ada kuih nama tu ehhhh. Kuih ni banyak jual kat gerai2 tepi jalan kat Hulu Langat. Hari tu mama ada singgah kat gerai2 ni nak beli jambu batu, lepas tu budak tu offer tak nak beli kuih jongkong ke...ntah rasa cam pelik aje nama dia kan, mama tak beli lah.

So baru-baru ni Hubby gi Hulu Langat jumpa kawan dia, kawan dia kata trylah kuih ni sedap..so hubby belilah . simpan dalam peti ais dulu...makan sejuk2 sedap katanya. Hmmm mama rasa sikit lah..ok gak ler...ada rasa2 cam tepung pelita, ada cam lompat tikam ke badak berendak ke......oklah..warna dia hijua..buat dari tepung beras ke tepung pulut erk...tak sure lah..lepas tu ada kuah santan dgn gula merah....

Hah kalau teringin makan kuih ni pegilah Hulu Langat..banyak jual tu kat gerai-gerai....


Ni lah rupa Kuih Jongkong ( bukan kingkong ye)

Jalan-Jalan Malam Minggu

Malam minggu dah..apa nak buat yer....lepas solat Isyak we all keluar ler nak dinner...lama tak gi dinenr kat luar....bawak bibik sekali..kesian pulak dia asyik duduk aje kat rumah kan...Mana nak gi makan erk...ingat nak gi KL..tapi ahhh malaslah...last2 sekali we all gi makan kat Dagang Avenue aje...senang dekat aje dan banyak pilihan. Happening tau tempat ni..macam-macam ada.....


Makan kat Dagang Avenue



sabar..tunggu makanan....


ika dan Amir dah ngantuk tunggu makanan...



ni jae sempat amik gambar..hubby makan nasi +ikan bakar, iki makan claypot mee, mama dgn Ikamakan char kuey teow , Bibik makan nasi goreng....Amir pulak...semua dia makan..hihihihihi


Lepas makan, mama nak gi Citibank nak bayar kredit kad ler... sebelum tu nak kena keluar duit dulu...last2 masuk gak ke KL..saja jer nak round2..mama draw duit kat CIMB Jalan Tun Perak..terkejut tengok duit yang keluar...ingatkan duit palsu ke duit negara mana...rupanya duit baru Not RM 50..kecik sikit dari duit lama kan...hihihiihi ingatkan keluar duit Afrika ke apa tadi...lepas dari CIMB , pegi Citibank bayar hutang ler.....

Dalam kereta anak2 dah zzzzzzzzzzzzz....hihihihi kata nak round2 tapi lepas makan semua dah zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz


Duit Baru Not RM50
















Monday, July 27, 2009

Rutin Hujung Minggu

RUTIN HUJUNG MINGGU ( 25 – 26 JULY 2009)

Yeah..yeahhh.....dah Satuday dah.....weekend..best...best....tapi macam biasa walaupun weekend mama still kena keluar rumah gak pagi2 tau.

Minggu ni Iki dan Ika ada aktiviti Kokurikulum kat sekolah..so pukul 7.30 keluar rumah, time nak keluar si kenit Amir dah terjaga...so kena bawak dia sekali ler...kalau tak mau melalak kena tinggal dgn bibik kat rumah.

Lepas hantar diaorang kat sekolah, mama,hubby & Amir terus ke Pasar ler...Pasar favorite mama ler.....kat Bukit Indah ataupun orang panggil tu ”Pasar Kubur” depan dia tu tanah perkuburan. Kat sini jugalan anak mama Anis Sabrina bersemadi...so selalunya sebelum mama beli barang2 mama akan jengah dulu ”rumah” Anis Sabrina, dan sedekahkan Al-Fatihah. Tapi sebab hari ni mama bawak Amir, so mama tak masuklah ke kawasan perkuburan tu...intai dari luar aje...sebab dada mama setiap kali mengingati Anis Sabrina...mama rindu sangat dengan Anis, kalau umur anis panjang dah masuk sekolah tahun 1 sekarng ni dia sekolah, namun apakan daya Allah lebih menyayangi Anis.... Al- Fatihah untuk Anis.

Walupun banyak pasar2 sekitar Ampang ni, mama tetap suka pegi Pasar kat sini, sebabnya Ikan dia fresh dan banyak pilihan, lepas tu banyak gerai2 sepanjang jalan tu.Cakap aje nak beli apa , ikan, daging, sayuran, kuih muih, kain baju, pokok bunga, ubat tradisional, CD ceramah, segala macam makanan, buah-buahan dll. Dulu asalnya Cuma satu gerai aje jual ikan dan sayur..tapi sekarng dah jadi macam pasar tani @ pasar pagi pulak rasanya. Macam2 ada....lagi satu yang mama suka sebab lepas beli ikan dia ada service siang ikan2 yang kita beli ni...maklumlah masa terhad kan..so bila ikan dah siap siang tu balik rumah bibik tinggal cuci dan simpan dalam peti ais aje... Walaupun mama dah pindah jauh sikti dari rumah lama kan, mama tetap ke pasar ni tau..tapi sebanarnya faktor paling kuat sebab Pusara Anis ada kat sini, rasa kalau mama tak tengok.macam kesian pulak dgn Anis...


Kawasan Pusara Anis


Meriah pasar ni kalau weekend...macam-macam ada...

ikan..ikan...pilih..pilih...Amir nak Ikan Tenggiri ni.....



tu lah Pasar Kubur....manis betul buah rambutan ni...

Lepas habis urusan kat Pasar Kubur ni, mama pergi ke Carrefour Ampang pulak..huhhh memang padat xtvt mama ni...biasalah pegi Carrefour sebab nak beli barang2 kering pulak ler.... tu dia penuh gak troli beli barang2 ni...aduhhh penat ni....Mama suka pegi Carrefour ni pagi2...sebab dia bukak pukul 8 pagi kan..mama tak suka pegi lambat2 atau waktu petang atau malam..sebab crowded sangat , rimas. So pegi pagi2 senang...selalu tu kalau hubby tak nak temankan, mama pegi sorang aje...lagi senang..hihihihihiihih..tapi tulah macam biasa..nak beli 4-5 jenis barang aje...akhirnya penh satu troli kan....

Balik rumah..terus mama masak untuk lunch...budak2 ni balik dari sekolah sure lapar kan...separuh jalan masak, mama keluar balik ngan hubby dan Amir pegi ambil iki dan ika pulak. Sebenarnya boleh kalau mama tak keluar..tapi saja nak bawak Amir jalan2 sekali....sukalah dia hari ni semua orang ada kat rumah, dan bawak dia naik kereta jalan-jalan sekali



Ikan dan Udang kat Carrefour...segar...besar...daan murah.....


Pagi-pagi Pergi Carrefour ni best...tka ramai orang...Amir tengah berangan tu

Petang tu pukul 3 pm, hubby, iki dan Ika gi tengok wayang . Mama memang tak ikutlah sebab kesian kat Amir nak tinggal kat rumah, nak bawak Amir kecil lagi. So mama lepak kat rumah ajelah dgn Amir. Sejak Amir lahir ni memang mama tak join lah xtvt tengok wayang hubby dgn iki dan ika, ada sekali aje mama pegi tengok cerita Upin & Ipin, lepas tu tak adalah, nantilah tunggu Amir besar sikit boleh bawak dia sekali.

Yang kelakarnya tu kan mama hampir tertidur main dgn Amir dalam bilik, lepas tu mama terjaga sebab dia jerit bagi kat mama surah yassin,. Sampai pulak dia ambil surah yassin tu atas meja dalam bilik....lepas tu dia sibuk buka dan suruh mama baca,,dia pun buat2 baca,,,bla..bla...bla.... mama ni tengah mamai2 ni bacalah setakat mana yang mama hafal...lepas tu bila mama berhenti baca dia jerit lagi suruh mama baca,,,Ya Allah anak aku...lepas tu akhirnya sambil mama mata sepparuh pejam separuh jaga...mama bacalah apa-apa surha yang mama ingat...dia sengih2 aje....Ya Allah anak mama...cerdik betullah.... last2 mama bangun er tak jadik nak tidur....hmhmhmmmm sukalah dia....

Turun bawah..lepas solat Asar,,,tak lama lagi diaorang balik ni tengok wayang...so mama buatlah minum petang, petang ni mama buat cucur jagung dgn pau kelapa goreng...sementara nak tunggu dia orang balik mama bedal dulu..hihihihihi


Kuih pau goreng + adunan cucur jagung



cucur Jagung mama dalam kuali dan lepas tu siap untuk di "ngap"


Wednesday, July 22, 2009

Rindu Kat Kg

Tetiba hari ni terasa rindunya kat kg. Rasa macam nak balik kg aje. Dah lama tak balik, LAst balik awal Mei hari tu. Terbayang0bayang suana kg. teirngar arwah Mak dan Abah. Teringat rumah pusaka. 2 ogos nanti gnep pemergian Abah ke Rahmatullah 6 tahun.
Selalu tu dengar cerita kawan2 balik kg masing, rasa jeleous pun ada. Yelah mereka semua ada mak ayah lagi kan. Anak-anak pun sellau tanya lama tak balik kg. Kenapa mama suka balik kg erk:
  • Dah tentu tu kg mama, tentulah mama suka nak balik kan
  • Nak rasa suasana kat kg macam dulu-dulu
  • Nak pegi Pasar Sehari kat Pt Sulong
  • Nak Makan Mee Bandung Muar yang best
  • Nak jumpa dan berkumpul dgn semua adik beradik mama ler..best..best....best...
  • Nak bakar sampah keliling rumah..mama suka bau asap dia tau...
  • Nak minum air kelapa muda fresh dari pokok kat tepi rumah
  • Nak makan briyani Gam Md Shah yang best tu
  • Nak makan asam pedas yang best tu
  • Nak beli mee siput
  • Nak beli air sirap Jalen
  • Suka tengok anak-anak main dgn sepupu2 yang ramai2 tu....halaman luas...best nak main...
  • Nak jumpa jiran lama ler..kak Sal, Kang Ni, Jijot, Ana, Kak Ros, Noor dll.....baiknya diaorang tu...kalau kita balik mesti jumpa kan..
  • Nak petik pucuk ubi keliling rumah tu
  • Dan macam-macam lagi ler......
  • Best...Best..Best....raya ni raya kat kg...best....

Tak ada cerita

Dah seminggu tak update blog. Entah ler dalam minggu mama kurang mood nak mem"blog" ler pulak. Tapi suka baca blog orang, hihihihihihihi
Miggu lepas agak busy sikit kan...weekend pun serupa macam tak cuti gak. Pepagi sabtu( 18/7/09) pun dah kelaur rumah sebab nak hantar Ika gi Sekolah KAFA, Dia pegi lawatan sekolah hari ni, pegi kilang coklat, muzium TUDM, Bukit Cahaya dll. Lepas hantar Ika mama terus ke Pasar kat depan Kubur Taman Kosas tu. Hari ni tak sempat nak ziarah ke pusara Anis, sebab penuh kereta park depan kubur ni...mama pun sekejap aje beliikan lebih kurang, daging dll. Tak siang pun ikan2 tu..selalu tu mama minta diaorang siang semua ikan tu, balik rumah bibik tinggal cuci aje..Tapi pagi ni sebab awal lagi, orang tersanagt ler ramainya.
Dari pasar mama singgal ler pulak ke Carrefour Ampang. Beli ler barang2 dapur mana yang kurang tu..sampai rumah dah dekat pukul 10 pagi dah....ahhh penat....
Ahad (19/7/09), pepagi pun dah kena keluar rumah gak. angkut semua Amir sekali. Pagi ni hantar iki pegi latihan Kid Soccer pulak. Time ni terasa macam nak pindah balik aje ke rumah lama mama kat Kg Melayu Ampang ni. Dekat aje nak gi sekolah, tak payah berhantar..diaorang jalan kaki aje...ni sejak pindak ke Ampang Saujana..aduhai...letih pegi balik..ulang alik aje...kadang2 macam terfikir nak balik smeula aje ke rumah ni...ahhhhhh letih ni....hihihihihihi

Monday, July 13, 2009

Rumah Baru Gee

Saturday 11/7/09 –

Hari ni mama nak pegi rumah mummy gee. Mata ni terasa mengatuk aje. Pagi tu hubby nak pegi ke Celcom dulu, nak ambil sim kad dia. Semalam hubby hilang handphone dia, tak tau tercicir kat mana...masuk kali ni dah berapa kali ntah hubby hilang hp. So dia keluar rumah dulu, mama kat rumah kemas2 dan siap2 nak pegi rumah Gee.

Sampai rumah Gee pukul 2 petang. Kak Nor dah sampai dulu. Sampai dah habis orang baca doa dan tahlil..tak apalah…hihihihihi . Wahhhh cantik ler rumah baru gee...yelah harga pun cantik kan..... ok lah tu ada rezeki lebih apa salahnya beli rumahyang lebih besar dan selesa kan..... betul..betul.....

Biasalah Gee kalau buat makan2 mesti penuh meja hidangan kan. Ada Nasi Briyani lauk ayam dan daging, nasi Putih, sambal, udang+petai, rendang Tok, Masak Lemak Ikan Masin + Nenas, Meehoon Soto, Kuih muih yang pelbagai, dan tetamu pun boleh tahan ramainya...penuh 2 biji khemah kat luar tu...mama lepak dalam rumah jer

Pukul 3.30, Kak nor dah nak balik, sebba dia nak gi Melaka, tengok Emi. Mama nak tunggu Kak Lah datang, kat luar cuaca panas, mama duduk dalam aje sejuk sikit ada aircond.

Pukul 4 Kak Lah datang dgn kak Mah. Lepak-lepak kejap lepas tu diaorang pun nak balik. Nampak gaya mama aje yang masih melekat kat sini. Ramai ler orang datang majlis dioaroang ni...mama ni memang nak balik tapi budak2 ni kalau dah jumpa kan susah betul nak ajak balik. Last2 pukul 6.30 tu mama dah siap nak balik, dah punggah barang masuk kereta, tengok roang nak baut BBQ api, tak menyala2 pulak..hubby ler tolong pasangkan api buat bara dulu. Lepas tu azan maghrib pulak, solat dulu..lepas tu...hmmmmmm melekat lagiler...

Last2nya mama jadi orang terakhir tinggalkan tumah tu...hihihihi yelah siap tolong kemas sampai bersih lagi tau. Yelah mama tengok kesian pulak dia orang nak kemas dulu kan. So hubby tolong kemas2 kat luar, bibik tolong bibik Gee basuh pinggan mangkuk dll.

Gitu gini akhirnya mama balik pukul 10.30 malam, itupun Iki dan Ika monyok tak nak balik lagi. Aduhhh penat ni...hihihihihi

Balik rumah dalam kereta semua dah zzzzzzzzzzzzzzzzzzz



Amir...dan hensem....nak pegi rumah mummy Gee



Best lah..meja makan gee ni....mama suka ler....hihihihii



Ain & Aril makan tak toleh kiri kanan tu...bedak ain..jangan tak bedal...


Selain House Warming, Gee buat Birthday Dafiy dan daddy dia ler....



food...food....food....


Amir menyakat sapa ntah ni....


2 Bibik yang tak habis2 basuh pinggan...."ya bagus sekali bik..kerjanya..nanti bisa di naikkan gajinya".



hah ...kan dah kemas kan...kira ok lah kan....tadi lagi bersepah kan...