Monday, June 29, 2009

Ika - Happy Birthday

24/6/09 - Happy Birthday Amira Zulaikha....Ika dah 10 years ...dah besar dah anak dara mama ni. Rasanya baru aje mama lahirkan dia ni...rupanya dah 10 thaun masa berlalu....
Mama tak ada buat celebrate untuk Ika. Cuma mama ajal dia makan kat luar aje. Ika pilih nak makan pizza Hutt. So mama, hubby, Iki dan Amir pegilah makan Pizza on birthday Ika..hihihihii Kek pun tak beli..dah ika dan ika ni tak suka pun makan kek...

Ika sengih sambut birthday ke 10 dia....hihihiihih


gaya anak dara mama....


makan Pizza Hutt aje....hihihihii

Friday, June 26, 2009

Ceritera Tak Puas Hati

Cerita I

Ada satu hari tu mama balik kerja, mama singgah kat Restoran Mak Tim kat AU2 tu, sapa pernah pegi tempat tu tau lah kan, temapt tu kat tepi roundabout kan…so memang sentiasa banyak kereta dan parking pulak terhad. Dah ler sekarang ni musim durian ada pulak orang jual durian kat tepi-tepi situ kan. So petang tu agak jam sikit ler banyak kereta, dari jauh mama dah Nampak ada satu parking space kosong kat situ, so mama pun elok ajelah parking kan, kat sebelah mama tu ada sebuju MPV,…tak ingat jenis apa Alphard ke Starex ke..warna biru, pompuan bawak...berdua…nak kelaur parking. Agak disebabkan keta dia panjang kan dan bahu jal;an tu sempit ditambah pulak roundabout tu sesak, so kakak ke mak cik ke adik tah susah ler nak under keta dia…2 -3 kali ler kedapn lepas tu reverse…mama intai gak, kot keta mama ni block dia ka apa…tapi tak ada pulak. Mama dah parking elok aje dan tak kacau dia punya space pun… Lepas tu akhirnya dia berjaya ler keluar parking tu, mama pun baru keluar kereta time tu, lepas tu mama dengar dia hon..mama automatik le mama toleh lah kan…lepas tu boleh kakak tu bukak tingkap dia…dan jerit kat mama “ Dik…..Tak boleh nak sabar ker, tak nampak orang nak kelaur ni…. !!!!!!!!!!!!!!!!......mak aiiiiii..mama pulak yang kena…..hmmmmmm mama tak kata apa..Cuma senyum ajelah…terkena kau sebiji petang2 ni…. Tapi sebenarnya mama geram gak..yelah sedap2 aje nak marah orang dah dia tak pandai nak keluarkan kereta dia yang besar tu kan…….lain kali tu bawak ajelah kete kenit sikit…..sabo ajelah……

Cerita II

Dari Restoran Mak Tim mama singgah Pasar Malam kat BBA. Iki dan Ika nak makan char kuew teow…selalu tu mama beli kat gerai regular tu lah..tapi hari ni dia tak ada lah pulak. So lepas round 2 kali..adalah satu gerai mamat ni jual char kuey teow. Kalau ikutkan banner yang dia pasang tu macam sedap aje, so mama pun order ler 2 bungkus. Lepas tu mama tengok ler dia goreng le char kuew teow tu.

Hmmmm mula dia nak goreng aje mama dah cuak dah…mama tengok kuali tak basuh leaps dia orang custumer sebelum mama, kalau tak basuh pun at least ko siram ler ngan air dan buang kerak2 tu. Ini tak dia selamba aje masukkan minyak, minyak dia pulak..masyaalah punyalah hitam, Mama rasa dia pakai minyak lepas goreng ayam 10 kali kot,a agak dia beli kat orang yang jual ayam goeng tu kot. Namapk hitam minyak dia, mama dah rasa cam nak kansel aje, tapi tak sedap pulak. Lepas tu masuk udang, kuey teow, kacau2…masuk togeh , masuk sos kicap dll..leaps tu dia dengan selambanya ambil air yang dia baut rendam togeh tu , pakai tangan pulak tu ( diulangi..pakai tangan) dia masukkan dalam kuali tu…Dia perasan kot mama pandang aje, lepas tu mama cakap ler kat dia elok2…lebih kurang cam ni

Mama : Dik, janganlah ambik air rendam toge tu nak baut goring kuey teow ni
Penjual : tak jawab (diam dan jeling aje mama )
Mama : Dik, lain kali janganlah pakai air tu, pas tu janganlah pakai tangan ..kan tak berapa elok kalau orang Nampak.
Penjual : Alah kak…saya dah biasa masak cam ni, tak ada pun orang komplen ( cakap dgn gaya sombong dan ego….)
Mama : Tak adalahni akak nak cakap aje, lain kali jangan buat cam tu, kurang elok
Penjual : OK lah kak kuey teow akak dah siap ni…nah RM7 semuanya…
Mama :…???????????


Penjual tu dgn sombongnya tak mau terima teguran langsung. Mama bukan apa..yelah kalau tak nampak tu tak apa. Ni depan mata kita dia buat cam tu, kalau kita tak nampak ok gak. So mama dah serik nak beli kat gerai, dan tak akan singgah gerai dia lagi . Selalu tu mama masak sendiri kalau ikid an ika nak makan kuey teow, tapi ntah ler hari tu dah lewat sangat kot, dan gerai yang biasa mama beli tu tutup pulak hari ni. KAdang2 mama terfikir diaorang ni yang berniaga makanan kenalah jaga kebersihan dalam penyediaan, pembungkusan, ni kadang2 jual makanan, tangan seblum pegang rokok, buang hingus dll. So masak n makan kat rumah ajelah…..

Thursday, June 25, 2009

REPORT CARD

Selasa 23/6/2009 - mama cuti hari ni sebab nak ambil report kad iki dan ika. Selalu hubby yang ambil, tapi sebab mama tak berapa sibuk akt ofis, so mama cutilah hari ni...
Hari ni tak payah pegi sekolah pagi-pagi hantar iki dan ika. Prents kena datang dgn anak masing2 , lepas jumpa guru kelas, boleh bawak anak balik. mama kelaur rumah pukul 9. Rupanya hubby pun nak gi gak ke sekolah.
Sampai sekolah, we all pegi kelas iki dulu, sebab kat tkt 3, naik tangga ler...ramai pulak parent tunggu turn...sampai turn iki...ok . Dia dapat no. 1 dalam kelas dan no 1 keseluruhan tahun 5, Iki duduk Kelas 5 Utarid, kelas pertama lah. cikgu tak banyak komplen apa..di akata ok..kena kekalkan prestasi.
Lepas siap kat kelas ikim pegi turun bawah pulak pegi kelas Ika. ramai gak parents tunggu. Jumpa guru kelas, macam Iki, Ika pun dapat No. 1 dalam kelas dan No, 1 keseluruhan tahun 4. Ika duduk kelas 5 utarid gak. Alhamdulillah semuanya ok pelajaran diaorang.



Iki dan Ika kat depan sekolah



makannasi ayam...lepas ambil report kad....hihihi


KENANGAN - DIARY TERAKHIR ABAH

Selamat hari Bapa, bagi yang masih mempunyai ayah dan ibu..hargailah mereka...mama telah kehilangan kdua-dua abah dan emak . Sediah bila terkenang mereka.....ini catatan mama untuk hari0hari terkahir Abah....





“DIARY TERAKHIR ABAH”
(18 August 1933 – 2 August 2003)

24 June 2003(Selasa)

Hari ni harijadi Ika. Aku cuti halfday sebab nak masak untuk bawak ke sekolah. Mak telefon bagitau abah sakit perut. Memang abah kerap mengadu sakit perut sejak akhir-akhir ini. Tahun lepas 31/82002 pun abah dimasukkan ke JSH kerana sakit perut.Mak mintak sesiapa tolong balik kg dan hantar abah ke klinik. Tapi masing-masing sibuk dengan urusan kerja,.tapi macam biasa, kami adik beradik bersepakat dan akhirnya, anak ke-5 emak, si Mek dan Brahim balik kg untuk hantar abah ke Klinik Tawakal kat Pt Sulong. Klinik bagi surat refer ke JSH kat JB. Kakak balik kg bawak abah ke JB. Abah sibuk suruh keluarkan duit. Aku sambung terus cuti sebab terlampau penat hari ni. Petang Som kat JB telefon bagitau abah admitted kat JSH. Bilik 495 katil 4. Serba salah nak pegi JB ke tak

25 June 2003(Rabu)

Abah di JSH. Doktor masukkan segala macam tiub kat abah. Masuk kamera dan macam-macam lagi. Rasa macam nak pegi ke tak pergi JB ni.

26 June 2003(Khamis)

Kak nor dengan kak lah pegi JB tengok abah. Aku tak sedap hati rasa nak gi aje nie .


27 June 2003(Jumaat)

Aku ambik cuti halfday petang ni. Nak gi JB tengok abah , sebab kak nor bagitau abah dah mula pakai topeng oksigen untuk bantuan pernafasan. Sampai rumah kemas-kemas . Mentua aku nak ikut gi JB. So bawak mak dan ayah mentua sekalilah. Sampai JB pukul 9.00 malam terus pergi JSH. Ya allah kesiannya abah. Tiub kat hidung untuk salurkan muntah dia. Drip air kat kiri dan kanan. Kurus sangat abah. Dah lebih seminggu tak makan. Abah mintak air Lychee..dalam tin yang ada buahnya aku belikan satu tin.Masa tu dah dekat 10 malam so tak ada kedai yang bukak , so setelah pusing-pusing kat Larkin jumpa satu kedai , itupun nasib baik tinggal satu tin betul-betul air lychee. Tapi dia minum sikit aje….pas tu keluar balik. Doktor kata hempedu abah bengkak. Balik ke rumah som kat Tebrau …selapas makan malam kat Kg Md Amin..


28 June 2003(Sabtu)

Pagi tengok abah kat JSH. Abah mintak belikan ais krim dan air batu. Aku belikan asi krim oren. Dia makan dan letak kat perut dia. Lega dia kata kalau dapat aiskrim. Tengahari bawak bebudak gi mandi kolam dulu. Petang sebelum balik KL aku singgah tengok abah dulu kat JSH. Kesiannya abah..tapi macam dah ok sikit. Mudah-mudahan abah cepat baik dan boleh balik kg. Aku balik KL. Yang tinggal di JB gee, kak nor , kak lah dan family.


29 June 2003(Ahad)

Di KL. Pagi pergi Pusara anis. Teringat aje kat abah. Kesiannya dia. Doktor kata tak apa-apa pulak. Tapi abah masih sakit. Teringat pulak abah ada kata kat Hospital hari tu..”Patutlah cucu aku (anak aku Anis Sabrina yang meninggal kerana denggi berdarah kat HKL.) mati bila dimasukkan tiub dalam mulut dan hidung…aku yang dah tua pun sakit betul , apa lagi Anis” . Sayu pulak teringat anak aku Anis Sabrina.


30 June 2003(Isnin)

Pukul 3.30 pagi telefon berdering. suspen giler. Tak berani nak nagkat. Husband aku, si Saidon yang angkat. Rupanya som call dari JB. Bagitau yang makcik aku, Saemah dah meninggal Dunia. Inalillah hiwainalillahiro jiun…..dia pulak dah menigggal. Serba salah nak balik ke tak. Sebab mengenagkan baru lepas balik dari JB. Tapi tak balik tak patut pulak. Akhirnya balik gak bertolak pukul 9 pagi. Tapi sampai rumah jenazah dah dikebumikan. Semua tak sempat tengok kecuali mek aje. Semua adik beradik balik. Abah pun dah discharge hari ni dari JSH. Tapi dia masih lemah. Dia duduk dalam kereta aje. Lepas menziarahi Pak Cik Kuan balik rumah kat kg kejap. Beli lauk kat PS dan makan. Abah macam ceria kat kg. Jiran-jiran datang melawat abah. Aku tengok abah suka kat kg. Petang nak balik semua. Yin, abang aku nak bawak abah ngan mak ke Kulai. Abah macam berat hati nak pegi. Dia nak duduk kg aje……tapi we all berkeras nak bawak diakan. Akhirnya dia ikut gak dalam keadaan muka yang sayu nak meniggalkan kg . sedih pulak tengok keadaan rumah kg..terbiar kosong….kesian rumah abah. Balik ke KL aku singgah kubur makcik tapi tak turun..tengok dari dalam kereta aje..sedihnya teringat makcik nie, isteri kepada adik abah, satu-satunya makcik yang tersangat rapat ngan keluarga aku ni..


1 July 2003(Selasa)

Kerja macam biasa. Masih membicarakan kesihatan abah dalam emel dengan som dan gee. Som bercadang nak bawak abah balik kg hari sabtu ni..dan balik semula ke JB hari Ahad , sebab check-up kat JSH 8/7/03. Ingat nak bagi abah ceria sikit kat kg.


2 July 2003(Rabu)

Abah sibuk nak balik kg. Teringat Pak Cik Kuan katanya. Yelah dia kan adik bongso abah. Tentu disaat macam ni dia memerlukan sokongan abah kot. Tu yang abah asyik sebut nama dia aje.Kekadang abah masih sakit perut.


3 July 2003(Khamis)

Abah dan mak dirumah yin. Call mak dia kata abah tak nak makan. Sakit perut katanya. Kekadang muntah lagi. Macam tulah keadaan abah.
Yin kata malam tadi bawak abah gi Klinik kat Kulai sebab sakit perut dan tak boleh tidur. Doktor bagi ubat tidur. Waktu aku call mak malam tu abah tengah tidur lena


4 July 2003(Jumaat)

Abah sesak nafas. Yin bawak gi Kota Tinggi kat rumah Kak Long. Sampai sana kakak bawak gi Hospital Kota Tinggi. Tapi doktor transfer gi HSA Johor Bahru. Abah dibawak naik Ambulance dengan kakak. Mak menyusul dengan yin dan tanty. Mak kata abah menagis waktu nak dibawak naik ambulance. Abah di HSA. Doktor kata nak opearate abah malam ni. Tapi tekanan darah abah rendah. So ditangguhkan. Tapi dah kena mula berpuasa. Aku nak ke JB semula. Tapi teringat iki ngan ika , anak aku nak gi sukan kak nab..so aku ambik keputusan pergi esok.


5 July 2003(Sabtu)

Pukul 9.30 bertolak ke JB. Berdebar sepanjang perjalanan. Sampi HSAJB pukul 1.00.terus tengok abah kat Ward Barat 1 katil 27. Ya allah kesiannya abah. Dalam dia tak nak pasang wayar dalam badan kena jugak masukkan tiub dari hidung dia. Pukul 2. Waktu melawat habis…som tunggu abah..aku pegi Masjid Abu Bakar sembahyang zuhur dan berehat kejap sementara nak tunggu pukul 4.30 petang, waktu melawat. Petang tengok abah lagi. Kakak sign surat kebenaran abah nak buat operation. Gee sampai petang ni. Semua ada di JB sekarang. Malam tak balik sebab tunggu abah . ingatkan nak operate malam ni. Abah macam tak sabar nak tunggu dioperate. Sebab sakit sangat agaknya. Abah asyik mintak air , ABC , Air tebu, teh tarik dll. Tapi doktor tak bagi. Tapi aku bagi juga sikit untuk hilangkan kering tekak. Sampai pukul 3.00 pagi abah masih belum dioperate. Sampai abah seakan merajuk dan mintak balik kg. Pukul 4 pagi baru balik ke rumah som. Tinggal mek dan kak mah kat hospital. Abah asyik mintak air jer. Abah berak dalam pampers.


6 July 2003(Ahad)

Tengok abah waktu petang. Abah nak berak. Kesiannya dia . dia kata kalau geli tengok dia berak..dia suruh pergi. Aku tak sampai hati. Aku basuhkan berak dia dengan kakak dan kak lah. Buat pertama kalinya aku basuhkan berak abah , tak apalah dulu masa aku kecik abah dah berkorabn untuk aku dan adik beradik lain kan. Dr Bambang datang bagitau malam ni nak operate abah pukul 8. Setakat dengar aje…tak nak menaruh harapan. Nanti abah frust.
Pukul 8.30 siap-siap nak bwak abah gi OT. Pukul 9.00 masuk OT didiringi aku, gee, kakak , kak lah, wan safie , mak dan abang long. Balik ke rumah som. Bersiap nak balik KL, tapi tak sedap hati sebab tak tau condition abah camana. Akhirnya tidur dulu rumah som..esok subuh nak balik KL. Pukul 3.30 pagi gi Hospital ngan saidon , som dan kak lah. Masuk ward lama abah kat Barat 1, nurse kata abah kat ICU Utara 1. Tengk abah. Segala tiub kat abah dipasang life support. Macam arwah anak aku Anis Sabrina. Balik rumah som. Nak balik KL tertangguh lagi…..


7 July 2003(Isnin)

gi tengok abah kat ICU. Gee patah balik kek JB. Mek pun datang balik, tengahari semua dah balik. Tinggal aku ngan kak lah. We all tunggu sampai pukul 4.30. kakak sampai dan ambik mak. Kul 5 petang,balik ke KL semula.


8 July 2003 (Sekasa)
Abah masih di ICU. Alhamdulilah abah cepat sedar walaupun doktor kata peluang abah tipis untuk terus hidup.Tengahari keluar ICU. Masuk ward lama dia. Tapi abah lasak betul..Som cuti ½ day petang tunggu abah. Abah lasak sangat. Asyik nak bangun aje dan nak balik kampong aje…mintak air. Sampai dia kata kalau kakak tak bagi air dia bayar nanti kalau dia dah baik. Dia marak kakak. Benci kakak sebab kakak tak bagi dia air. Kesian abah. Dia suka kak lah jaga dia sebab kak lah selalu bagi dia air sirap dengan air tebu dan ABC lagi.


9 July 2003 (Rabu)

Aku apply cuti 2 hari untuk jaga abah. Kakak bagitau abah nak dioperate semula sebab air , najis dan darah membuak dari tempat jahitan dia. Abah msuk OT balik.
Malam ni aku bertolak ke JB semula. Sampai JB pukul 3.00 pagi.


10 July 2003 (Khamis)

Sampai rumah som kat JB pukul 3 pagi. Pukul 9 pagi pergi hospital sign concern letter untuk abah. Perut abah dicuci lagi. Bawak mak gi hospital. Malam pun pergi lagi.


11 July (Jumaat)

Keadaan abah masih macam tu. Perut abah terbuka tak dijahit. Nampak usus abah dan sisi perut abah cuma dibalut dengan plastic aje. Tadi doktor kata harapan 50-50….may be abah akan koma…ya allah selamatkan abah.


12 July 2003(Sabtu)

Abah masih begitu. Malahan semakin teruk usus abah. Doktor kata semua usus abah dah rosak. Doktor suspect kanser , tapi dah sampai peringkat yang serios. Keseluruhan usus abah rosak dan tak berfungsi , kata doktor.
Malam aku balik KL. Bertukar ngan gee dan kak lah


13 July 2003 (Ahad)

abah masih macam tu. Kadang stabil kadang kritikal. Doktor dah kata sesiapa sedara mara yang nak datang melawat silakan. Nampaknya peluang abah memang agak suram . kesian mak menagis aje. Macam-macam dah abah pesan kat mak sebelum dia masuk ICU. Aku ni badan aje di KL…hati melayang di JB. Seni dan kak sal , jiran abah kat kampong datang nak tengok abah. Ada satu van lagi kawan-kawan abah dari kampong nak datang, tapi sebab van rosak tak jadi nak datang. Sepanjang abah di ICU, kami adik beradik tidak henti-henti berdoa dan membacakan surah yassin untuk abah.

14 July 2003 (Isnin)

Kak nor pulak gi JB ngan mak we. ICU HSAJB call handphone aku. Mintak datang segera ke ICU doktor pakar nak jumpa. Memandangkan aku di KL so suruh kak nor jumpa dia dengan mak sekali. Rupanya doktor nak bagi tau yang diaorang dah habis ikhtiar ngan abah. Dengan kata lain harapan abah untuk selamat memang hampir tak ada. So dia nak pindahkan abah ke wad biasa untuk memudahkan sedara mara , anak cucu datang melawat , bacakan yassin dan sebagainya. Sampai doktor pun hairan semakin ditampal semakin banyak tempat lain yang bocor. Aku apply EL unpaid untuk 4 hari. Aku nak ke JB esok


15 July 2003(Selasa)

aku ke JB sekeluarga dengan gee sekali. Singgah rumah yin sekejap. Bersiap mandi dan tukar baju sebab malam ni nak jaga abah. Sampai hospital pukul 5.30. kak mah tengah tunggu abah. Kakak pun ada , dan abang abah sorang lagi dari Muar.. Abah masih di OT sebab cuci usus. Tadi masuk OT pukul 1.30 sampai pukul 6 belum keluar lagi. Tunggu kat depan OT. Pukul 7.00 baru abah ditolak keluar dari OT. Lemah sangat keadaan dia. Malam ni aku tunggu abah ngan gee. Abah tak banyak ragam cuma mulut terkumat-kamit tak keluar suara. Aku bacakan Yasiin dan ajar mengucap aje. Tak tidur langsung pun malam ni. Bergilir dengan gee.


16 July 2003(Rabu)

Pukul 10.00 balik rumah som. Ganti dengan kak mah pulak. Sampai rumah ngantuk giler. Tengahari tak pegi pun tengok abah. Petang baru pergi bawak mak sekali. Doktor mintak kebearan untuk operate potong usus abah 30 %. Tapi dia kata risikonya teramat tinggi. Doktor hanya bagi peluang 5 % untuk berjaya dan selamat dengan pembedahan ni .Doktor kata kemungkinan abah akan meninggal dunia semasa operation. Mak siap dah bawak kain batik lepas lagi pergi hospital, aku tak tahu kenapa emak begitu sensitif…agaknya emak terlalu kasihan tengok abah menderita sakit…. Kami hanya mampu berdoa , kalau dah itu yang tersurat buat abah , kami redha. Aku tiba-tiba sakit kepala yang teramat sangat. Sampai termuntah-muntah sangat.sakit kepala berdenyut-denyut. So aku cuma duduk kat sofa aje. Balik rumah som , rasa nak pitam, agaknya tak cukup tidur dan memikirkan masalah abah kot.Malam ni kakak tunggu abah. Lepas tu tengah malam kak mah datang hospital temankan kakak.


17 July 2003(Khamis)

Pagi ni kakak ngan kak mah ada kat hospital lagi.. Tengahari bersiap nak gi Hospital. Tapi kakak bagitau abah baru masuk OT. So cuma gi hospital ambik kakak ngan kak mah aje. Petang baru pegi tengok abah. Sampai abah dah keluar dari OT. Alhamdulillah masih panjang umur abah. Doktor hanya meramalkan aje..yang menentukan Allah. Tapi dia sedar dan tak bersuara pun. Malam ni gee tunggu abah ngan som. Aku terpaksa balik KL awal sebab saidon ada kerja dan kebetulan rumah aku kat Rasa kena kopak orang. Bertolak balik KL pukul 12.30 malam. Sampai KL pukul pukul 4.30 pagi.


18 July 2003(Jumaat)

Ingat nak pegi kerja hari tapi tak terlarat langsung. Buat kerja-kerja rumah yang dah seminggu terbengkalai. Keadaan abah masih macam tu. Doktor memang dah tak ada cara lain dah. Abah bergantung pada Morfin ubat tahan sakit aje selama 24 jam. Tak boleh berhenti bagi ubat ni sebab kalau tak bagi nanti dia sakit yang teramat sangat , selain dari drip air dan juga makanan (nutricien) malaui intravenus.


19 July 2003(Sabtu)

Keadaan abah masih tiada perubahan. Seperti mana kata doktor abah hanya menunggu masa . mengikut kata doktor sepatutnya abah dah pergi 2 hari yang lalu. Kak Lah datang ke JB. Malam ni kak mah balik KL. Kak lah tunggu dengan bibik, maid si gee.


20 July 2003(Ahad)

Abah masih macam tu. Dia nampak kak lah makan kuih dia tadah tangan mintak sikit. Lapar katanya. Kak lah tersekat kerongkong tak jadik nak makan. Aku yang mendengar pun rasa tersekat kerongkong nak makan. Kesian abah , agaknya dia terlalu lapar dah hampir sebulan tak makan dan minum secara normal.


21 July 2003(Isnin)

Hari ni som cuti jaga abah. Kesian kau som..dah semua orang balik KL ..tinggal kau lah. Malam tadi si lan (anak sedara aku ) yang jaga. Mak ada kat rumah yin. Abah masih macam tu..macam bercakap-cakap dan kekadang baca ayat quran dengan jelas. Alhamdulillah sampai ke saat ni abah masih lancar mengucap dan baca doa-doa disamping ayat suci al-quran. Mungkin kat situ kekuatan dan kelebihan abah, yea lea abah kat imam kat kampong. Abah juga suka menderma dan abah suka sangat menolong orang susah.


22 July 2003(Selasa)

Setelah penyakit abah nampak tiada tanda-tanda untuk sembuh, atas nasihat saudara mara, si mek disuruh carikan air penawar untuk ubat abah. Mek jumpa dengan pengamal ubatan tradisional di kampong. Menurut kata pengamal nie abah terkena buatan orang. Waullahualam….setakat berusaha ajelah. Menurutnya lagi orang yang buat ni memang dah lama sakit hati dengan abah dan kami sekeluarga. Entah lea wallahualam…setakat berusaha. Gee pulak pegi Darul Syifa tempat Haron Din. Mintak air penawar.. Aku mula terbayang yang bukan-bukan. Teringat badan abah yang sekejap panas sekejap sejuk.


23 July 2003(Rabu)

Mek bawak pengamal perubatan taradisional tu gi tengok abah kat Hospital. Dia kata abah kuat iman dan cuba melawan benda tu. Mudah-mudahan abah selamat. Dah tu dia nak singgah rumah kg.. Baca doa dan jampi serapah depan pintu rumah…. Tak taulah kekebenarannya. Kalau betul pun, kami bukan nak tau sapa yang buat pun…janji abah boleh sembuh atau kalau dah memang takdir umur abah tak panjang mintak die pergi dengan tenang. Som cuti lagi jaga abah. Malam tadi enal yang jaga. Malam ni kakak jaga


24 July 2003(Khamis)

Kak nor pegi JB hari ni.Mek bagi tau pengamal perubatan tu panggil Brahim datang rumah dia. Menurut katanya memang ada “benda” yang tertanam di rumah kg. Tetapi yang tak sedapnya tu dia mintak pengeras lagi yang berjumlah RM499.77 (77 sen tu mesti dalam bentuk 1 sen) , Tak taulah boleh percaya ke tak. Nak kata tak percaya macam ada yang logik juga..nak percaya kenapa asyik mintak pengeras duit.. Keadaan abah hari ni pulak masih macam u. Banyak tidur.Malam ni enal jaga abah. Hari ni abah dah mula tak kenal orang. Dipanggil-panggil pun abah diam aje tak memberi respond. Mata abah asyik memandang ke atas dan tanganya sesekali menunjuk-nunjuk atas seperti menunjuk sesuatu. Abah juga suka meletakkan tangannya seperti orang kiam waktu bersembahyang iaitu meletakkan tangan kedadanya. Aku jadi semakin tak sabar pulak nak jumpa abah ni.


25 July 2003(Jumaat)

Pagi ni Kak nor jaga abah. Kak nor bagitau yang abah demam . Suhunya teramat tinggi 46 degree. Tak pernah ada orang demam panas sampai macam tu. Mata abah pun dah tak berapa function. Dipanggil pun dah tak ada respond. Air pun dah tak mintak. Hanya terbaring terbujur layu. Cuma dada abah yang nampak turun naik bernafas. Kesiannya abah. Menderita betul dia. Kalaulah betul seperti mana kata pengamal perubatan tu yang abah dizalimi…kalaulah orang yang menzalimi abah tu..nampak keadaan abah tentu dia bersorak kegembiraan. Tapi, dalam keadaan apa pun, aku sekeluarga percaya bahawa semuanya atas ketentuan Allah.Kak nor bagitau aku tadi..yang doktor kata keadaan abah bertambah tenat sekarang. Mudah-mudahan abah tabah dan ditetapkan iman menghadapi semua ini. Genggaman tangan abah pun dah terlerai tak macam selalu.


26 July 2003(Sabtu)

Mulanya aku bercadang nak gi Jb tengok abah. Tapi last minute tak jadi sebab mek nak datang pulak. Sekarang ni kena menjimatkan cuti dan masa untuk tengok abah. Kalau boleh tak nak semua datang serentak…sebab nanti ada masa tak ada sesiapa pulak yang datang. Hari ni abah dah tak demam pulak. Tapi sejuk menggigil pulak. Som balik kg hari ni dengan enal dan yin sebab nak tengok rumah dan bayar duit motor. Seronok hari ni dapat telefon kampung. Dah sebulan tak pernah telefon kampung kan. Rasa macam abah dan mak ada kat kampung pulak.
Som mengemas sakan kat rumah. Entahlahkatannya seronok dah lama tak balik kg.


27 July 2003(Ahad)

Abah masih macam tu. Abah dah tak kenal orang lagi dah. Cuma tangannya nya aje yang sekali sekala bergerak seolah-olah mencari sesuatu sambil mulutnya terkumat kamit macam hendak berkata sesuatu. Tapi sayang tiada yang memahami kata-kata abah. Hari ni pagi pukul 11.00 pagi abah masuk OT nak buat dressing kat usus dia. Malam tadi Ibrahaim yang jaga abah. Kak nor bertolak balik ke KL tengahari ni dan diganti pulak dengan mek dan Ibrahim yang jaga abah. Nasib baik anak abah ramai , boleh bergilir-gilir jaga abah. Malam ni Ibrahim lagilah jaga abah. Tak sampai hati nak tinggalkan abah sendirian.


28 July 2003(Isnin)

Pagi ni mek jaga abah. Tukar shift dengan suami dia lah. Tapi kesiannya menurut kata mek..air dari perut abah meleleh keluar dan membasahi cadar dan pampers abah. Abah tak boleh bercakap tapi hanya tangannya menunjuk-nunjuk seolah-olah suruh menukar cadar dia. Kesian sangat keadaan abah masa ni. Petang ni mek balik ke Muar. So malam ni kakak ambil giliran menjaga abah.


29 July 2003(Selasa)

Pagi ni kakak lagi jaga abah. Keadaan abah memang semakin teruklah. Air tak berhenti meleleh dari perut yang terbelah tu. Doktor pun macam dah malas nak buat apa-apa treatment kat abah. Agaknya diaorang memikirkan abah dah takada peluang nak sembuh , tu yang dibiarkan aje tu. Aku rasa kan kalau betul abah ditakdirkan pergi pun , bukannya kerasa sakit usus dia , tapi adalah kerana jangkitan kuman pada bekas operation tu. Yelah dah lah perut tak berjahit, diletakkan di wad biasa , kuman pun senang nak membiak. Dah tu hanya dibiarkan aje macam tu. Hari ni aku ber e-mail dengan gee dan som..buat cadangan mungkin hari sabtu ni nak balik kg. Nak beli kopi dan durian. Teringat hari sabtu lepas som balik kg best dia kata. So cadangnya pagi sabtu bila kak mah dah sampai JB aku nak balik kg bawak mak , som sekali. Dah tu gee on the way nak gi Jb pun nak singgah kampung jugak. Kak nor pun sama nak singgah kg jugak. Tapi tiba-tiba aku rasa tak sedap hati pulak..kalau dah semua pakat nak balik..macam ada sesuatu pulak nak berlaku hari sabtu ni. Yelah macam beria-ia semua nak balik kg ramai-ramai. Aku cerita dekat gee kegusaran hati aku. Som pulak bagi cadangan yang kita bertolak balik kampung seawal pagi yang mungkin. Mungkin lepas subuh. Tak sabar rasa nak balik kampung. Yelah sejak abah sakit tak ada balik kampung. Kakak jaga abah sampai petang hari ni , sebelum diganti dengan Lan malam ni. Malam ni Lan jaga abah.


30 July 2003(Rabu)

Pagi ni tak ada seiapa tunggu abah. Sebab lan dah balik kerja dah. Petang ni som ambik cutilah jaga abah. Aku dengan gee dan som..siap dah buat jadual menjaga abah. So hari khamis sampai hari sabtu aku akan jaga abah, kak mah pulak sambung dari hari sabtu dan ahad. Gee ambik cuti dari hari Isnin sampai hari rabu. Jadi kiranya seminggu ni penuhlah orang menjaga abah. Dulu masa kita semua kecik , abah tak berkira pun nak jaga kita.Tengahari som datang jaga abah kat Hospital. Kesiannya som kata..abah menggigil kesejukkan. Dah tu sesekali macam menahan kesakitan yang amat sangat. Air pun dia dah tak mintak..cuma sesekali titiskan air kat mulut abah. Badan abah dan tinggal tulang dan kulit aje. Siksa sangat rasanya abah ni. Kalaulah abah oleh berkata-kata kan. Kadang0kadang macam tak percaya abah yang terlantar sakit di katil, sebab sebelum ni abah sihat walafiat. Abah memang kerja kuat. Abah tak reti nak duduk diam. Kalau aku balik kg tu walaupun sampai kampung pukul 3.00 pagi abah mesti bangun dan masak air panas untuk buatkan Don air kopi. Dia tau Don memang suka air kopi. Kesiannya abah.
Malam ni pukul 10.30 aku bertolak ke Johor Bahru. Walaupun Ika demam tapi aku nekad aje nak bertolak. Rasa tak sabar nak jumpa abah. Nak cium ubun-ubun abah. Aku sampai rumah som pukul 3.00 pagi. Malam ni yin yang tunggu abah. Mak ada kat rumah som.


31 July 2003(Khamis)

Pagi ni pukul 7.30 pagi aku dah gi Hospital nak jaga abah. Aku pergi saing som pergi kerja. Aku smapai waktu jururawat tengah nak menukar cadar abah. Nurse kata kenapa tak ada orang tunggu malam tadi. Bukan tak ada orang tunggu, tapi yin mengajar pagi ni..so yin pukul 5.00 pagi dah balik. So dalam masa 2 jam memang tak ada orang tungggulah. Kesiannya abah…air dari perut abah sentiasa meleleh..warna kekuningan dan bercampur darah. Ini kerana air yang disalurkan ke dalam perut untuk mencuci usus abah..tak dapat disedut kelaur dengan betul. Tu yang jadi air bertakung dalam perut dan penutup plastik tu tak dapat menampung air yang banyak dalam peut tu ..jadi dia melimpah kelaur. Tak sampai setengah jam lepas tukar cadar , dah basah lagi…kesian abah macam kesejukkan dia sebab badan sentiasa basah. Doktor pakar datang melawat abah , Dr Rosaini , dia suruh jururawat tutup lubang salur kat perut abah menggunakan pelekat. Tapi bila jururawat nak buat pelekat tu tak boleh melekat sebab badan abah dibasahi air , ao akhirnya abah dibiarkan macam tu aje. Ya allah nak menangis akurasa tengok keadaan abah. Bila aku nak tukar cadar abah , aku tak kuaut nak angkat sorang-sorang , terpaksa minta bantuan dengan attendan hospital. Belakang abah ada yang melepuh , aku sapu dengan minyak gamat. Sister Saniah proposed sejenis minyak untuk sapu kat luka pun aku beli…asalkan badan abah tak luka. Aku beli kuih nak makan kat atas , tapi tak lalau nak makan depan abah…kesian tengok abah yang dah sebulan lebih tak makan apa-apa.Tengahari mak datang dengan Don dan anak-anak aku. Keadaan abah semakin lemah. Abah lebih banyak tidur. Aku tak henti-henti bisikkan kalimah suci ke telinga abah , mulut abah terkumat kamit seakan –akan mengikut. Walaupun sedang menanggung kesakitan yang amat sangat tapi muka abah tenanag aje…mungkin abah redha dengan apa yang telah ditakdirkan keatasnya. Waktu melawat habis , mak tak nak balik. Aku suruh mak balik dulu , tapi dia tak nak, dia nak tunggu abah juga. Aku kesiankan mak, tentu dia tak selesa dudul atas wheel chair , tapi tak apalah biarlah dia bersama-sama abah pada hari-hari terakhir abah. Lebih 50 tahun mak hidup bersama abah. Susah senang diharungi bersama.Dari dulu memang mak dan abah hidup dlam kesusahan . Nak membesarkan anak-anak seramai 9 orang. Pendapatan sebgai petani yang tak seberapa. Hidup pun menumpang ditanah orang. Tapi kini bila segala-galanay dah berubah >Anak-anak dah habis belajar dan bekerja , dah berumahtangga ,kebun abah dan menjadi , hidup kami sekeluarga agak mewah . abah pula ditimpa sakit. Seperti kata abah pada mak sebelum dia dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah , abah baru nak merasa senang dan merasa hasil penat lelah dia selama ini. Tapi kesakitan pula yang mendatang. Abah siap berpesan dengan mak seandainya apa-apa berlaku pada abah , harapan abah semoga anak-anak dapat menjaga mak dengan baik , tak bergaduh berebutkan harta abah yang tak seberapa. Abah menangis semasa bercakap dengan mak lebih kurang pukul 4.00 pagi , abah dah terasa yang dia akan meninggalkan mak dankami semua , dia kata Dia tak sampai hati nak tinggalkan mak dalam keadaan mak yang tak berapa sikat. Dia kata lagi terbayang-bayang mak berjalan terhencot-hencot sebab kaki mak sakit. Abah memang teramat sedih nak tinggalkan mak. Abah siap kata kalau abah dah tak ada nanti siapa yang nak jaga mak , siapa nak masakkan untuk mak ,siapa nak ambilkan ubat mak kat Klinik. Selama ini abah yang buat semua itu.Mak pesan pada abah duit simpanan abah , suruh mak ambik untuk buat perbelanjan mak . Sedihnya tak terkira. Abah tak nak mak menyusahkan anak-anak. Terkenang balik selama ni kalau mak sakit atau nak ambil ubat gi Klinik , abah bawak mak naik motorsikal, abah tak mahu menyusahkan anak-anak, padahal anak abah ada 9 orang , semuanya berkereta. Tapi mak dengan kaki terketar-ketar melangkah naik motor abah, biler abah dah bawak emak baru abah bagi tahu kat kita anaknya….abah memang tak mahu menyusahkan orang lain walaupun anaknya Sampai pernah mak jatuh motor dan patah tangan sewaktu abah bawak ke Kebun tengok abah bekerja.Maafkan kami abah. Bukan sengaja kami buat macam tu , entahlah kalaulah masa boleh berulang kembali. Mak sentiasa di tepi katil abah disebelah kanan, dan aku disebelah kiri, Aku bacakan surah Yassin dan bisikkan kalimah syahada ditelinga abah berulang kali. Abah memang kuat semangat. Walaupun sedang sakit tapi genggaman tangan abah masih kuat lagi.

Lelehan air dari tiub diperut abah semakin deras , sehingga tak tertampung lagi. Lebih kurang pukul 4.30 , doktor pakar datang , dan dia arahkan buat dressing disitu sekarang juga. Oleh kerana OT sentiasa penuh , jadi doktor akan mencuci perut abah disitu juga. Tak dapat ku bayangkan betapa banyak kuman dan virus yang melekat di luka abah. Dengan tempat terbuka , orang ramai , entahlah…malang sunggh nasib abah. Mungkin kalau perut abah tak dibelah , abah tak seteruk itu agaknya kot. Doktor buka plastic cover diperut abah , aku nampak dengan mata kepala aku macamana perut abah dijahit sedikit tanpa perut abah dibius. Muka abah berkerut menahan sakit , cuma abah tak berdaya nak mengeluarkan suara. Kalaulah abah boleh bersuara , tentu abah menjerit kesakitan. Tiba-tiba tangan abah menepuk pada bahagian perut yang ternganga tu , terkena usus besar abah. Doktor terus pegang tangan abah . Selepas selesai semuanya aku tukarkan pampers dan cadar abah. Nampak kering sikit. Harap-harap dapat bertahan lama. Saluran air pun berjalan lancar.

Pukul 6.30 petang som datang nak ambik aku dan mak balik rumah dia. Mulanya aku ingat nak balik rumah dulu mandi dan malam lepas isyak datang lagi. Tapi bila pandang muka abah , aku tak sampai hati nak tinggalkan abah sendirian. Renungan mata abah seolah memohon simpati supaya dia tak ditinggalkan keseorangan. Aku berat hati nak meninggalkan abah. Akhirnya hanya mak yang balik . Aku nak habiskan masa aku dengan abah. Som suruh turun bawah hantarkan mak , tapi aku berat hati betul nak tinggalkan abah , akhirnya som naik atas ambik mak. Tinggallah aku dengan abah. Hari ni tak ada sesiapa melawat abah. Macam biasa aku isi masa terluang dengan membaca surah yassin disisi abah. Abah banyak tidur hari ni , sesekali tangannya menunjuk-nunjuk atas seperti menunjuk sesuatu.Kesian abah apa yang dia cuba cakapkan tak ada siapa yang faham. Mungkin abah nak berpesan sesuatu , tetapi apakan daya tiada yang memahaminya.

Pukul 7.30 aku tinggalkan abah untuk solat maghrib dan makan di kantin. Lepas tu aku naik semula disisi abah. Aku nekad malam ni aku nak jaga abah. Kebetulan pulak anak aku Ika demam panas. Tengah malam dalam pukul 12.30 suami aku nak ganti aku jaga abah. Datang dengan som. Malam ni suami aku,Don yang jaga abah. Tinggal dulu bah , esok aku datang lagi. Tengah malam drive dengan som..sayu aje tengok hospital…sampai rumah som tak boleh nak tidur pulak..


1 August 2003

Pukul 8.00 aku dah gi Hospital nak tukar dengan suami aku. Som hari ni tak sihat muntah-muntah dan sakit kepala. Dia MC kat rumah. Sampai hospital suami aku kata doktor suruh semua keluar sebab pakar nak check. Jadi aku balik kerumah dulu. Singgah ke Pasar Larkin. Balik rumah som masak tengahari dulu. Lepas makan tengahari pergi Hospital semula dengan Mak. Don pegi Solat Jumaat dengan Iky. Sampai atas aje..lah kesiannya abah. Sepeninggalan aku beberapa jam.kain abah terlondeh dan abah menggigil dan mata terkatup. Aku sedih betul tengok abah. Aku tukarkan pampers, dan cadar abah dengan bantuan attendan. Hati aku berdetik takut sebab tengok keadaan abah lain sangat. Abah tidur aje. Tangan pun dah tak menguit. Aku lap badan abah , sapukan losyen kat badan dan kaki abah. Waktu aku sapukan losyen kat kaki abah , bulu roma abah gugur. Banyak jugalah berterabur kat katil. Hati aku lagi berdegup kencang. Aku memang tak sedap hati tengok keadaan abah. Air untuk mencuci perut abah pun dah tak dipasang lagi. Aku basahkan muka abah , kepala abah . Badan abah panas sangat. Nurse suruh lap dengan tuala basah. Tapi kaki abah sejuk betul. Mak pun macam dah tau keadaan abah . Aku rasa sakit abah dah sampai ke “final stage” ni. Lebih kurang pukul 4.00 nurse ambik bacaan tekanan darah abah. Tekanan darah abah dah menurun 85/46. Ini memang tak normal lah. Disaat ni pesakit didepan katil abah meninggal dunia. Pak Cik Suhaimi yang menghidap barah Pankerias. Tak lama kemudian Doktor Pakar datang , setelah memeriksa keadaan abah , dia memanggil aku dan menerangkan yang keadaan abah amat tidak baik atau tenat. BP abah drop banyak. So dia memberitahu aku yang dia tak buat lagi apa-apa rawatan pada abah , hanya pemerhatian. Dia kata paling lama pesakit boleh bertahan dengan tekanan darah macam ni 2 hari..tapi melihat keadaan abah , dia menjangkakan mungkin malam ni abah akan menghembuskan nafas terakhir. Ya Allah puscat lesi muka aku. Walaupun aku dan mengagak , tapi penjelasan doktor seolah merentap tangkai hati aku. Aku beritahu mak yang ketika itu sedang duduk di sofa hadapan. Aku harap mak bertenang dan tabah menerima kenyataan ini. Mak menangis sedih , aku tolak mak semula ke katil abah. Biarlah mak disisi abah diakhir usianya. Tak lama selepas tu mesin tekanan darah dipasangkan ke badan abah dan juga oksigen. Mata aku sentiasa merenung angka di mesin tersebut. Ingatan aku melayang terkenangkan anak aku Anis Sabrina. Ya Allah aku terpaksa melalui semula saat-saat genting seperti aku menantikan saat pemergian Anis Sabrina.Masih ku ingat lagi Abah juga bersama-sama aku dan yang lain sewaktu meghadap kematian Anis Sabrina. Kini masa untuk Abah pula. Hari ini Ana anak Long datang melawat dari KL. Dia kata 2 hari berturut dia mimpikan Abah , jadi hari ni dia datang juga melawat abah. Aku telefon adik beradik lain untuk meberitahu keadaan abah. Terpulang masing-masing samada nak datang atau tidak. Sebeb sebelum ni pun doktor pernah kata abah dah tenat. Setiap perubahan pada tekanan darah abah aku sms kepada semua adik beradik. Pada masa ini jenazah di depan katil abah , baru nak ditolak keluar. Hati aku berdetik , bilakah saat untuk abah akan tiba. Aku tak berenggang dari sisi abah. Kalimah syahadah sentiasa ditelinga abah. Petang Saidon , emak dan abang long datang. Waktu ni baru aku pergi solat , kerana aku takut nak tinggalkan abah sorang. Aku turun ke bawah . Bila aku naik ke atas, aku lihat skrin telah dipasang dikeliling katil abah. Lemah longlai kaki aku. Mak , don , enal dan abang long tunggu kat luar. Tak lama doktor keluar , beritahu yang tekanan darah semakin drop dan dia cuba masukkan “Dopermine” untuk menaikkan Tekanan darah abah. Ubat dengan kuantiti yang paling maksimum dimasukkan. Bunyi mesin semakin membuatkan perut aku kecut. Menjelang maghrib , enal dan don balik dulu. Aku nak suruh mak balik , tapi mak tak nak. Mak kata dia nak tunggu sampai abah tak ada. Aku tak boleh nak menghalang lagi. Aku nak pergi solat maghrib , tapi BP abah dah 58/30 , so aku tunggu dulu. Abang Long pergi sembahyang…Saat ini semakin menurun BP abah. Aku sentiasa sms kat semua kakak dan abang aku. Bukan aku nak diaorang datang . Tapi sekadar memberitahu. Sesiapa yang terasa nak datang tu datanglah , siapa yang tak nak tak apalah. Masa ni keadaan kritikal. Aku dan abang Long silih berganti membisikkan kalimah suci ke telinga abah. Aku disebelah kiri dan abang long disebelah kanan , sementara mak di kanan abah. Selepas dimasukkan ubat nampak naik sikit BP abah. Tapi tak bertahan lama , akhirnya turun semula.Gee telefon bagitau dia baru bertolak ke JB dari KL. Kak nor pun baru bertolak. Kak mah pun baru bertolak. Mek tunggu dirumah. Yin balik kg , som demam . kakak kerja petang dan nak bertolak datang dah , kak lah masih di KL. Pukul 10 malam kakak sampai dengan Lan dan Faiz. Masa ni BP abah 58/29. Don dan enal pun datang semula ke Hospital. Pukul 11.00 enal dan don balik dulu ke rumah som. Tinggal aku , kakak dan mak. Kaki mak dah mula bengkak. Suruh mak balik tapi mak tak nak.


2 August 2003 (Sabtu)

Pukul 12.30 mlm gee sampai HSAJB. Sempat gee sama-sama menunggu abah. Semakin lama BP abah semakin menurun. Kakak terlampau mengantuk , aku suruh kakak tidur , mulanya kakak tidur sekejap , lepas tu kakak bangun semula , kakak kata dulu masa kecil abah jaga dia tak ada pun tidur , ni nak jaga abah pun nak tidur. Kakak duduk semula di sisia abah. Aku duduk di kepala abah , gee ditengah , kakak di kaki dan mak di hujung kaki. Mata kami semua tak lekang dari monitor . Sentiasa memerhatikan angka-angka di monitor. Semakin menghampiri jam 2 pagi , tekanan nadi abah semakin lemah. Kaki abah sejuk. Nadi dipergelangan tangan abah juga dah tak boleh dirasa. Cuma dada abah yang berombak-ombak bernafas. Bacaan BP 58/26. Aku tau masanya semakin hampir. Semakin deras aku megucapkan kalimah suci ketelinga abah. Saat ini kakak telefon yin , bagitau keadaan abah dah nazak sangat. Saja untuk beritahu aje. Aku call som , enal dan don suruh datang. Nadi di lengan abah semakin lemah. Ku buka mata abah , anak mata abah dah mengembang. Disaat ini aku lihat air mata abah bergenang dan mengalir keluar. Aku ambik tisu dan lap air mata abah.Aku ada terbaca oarang yang beriman akan mengalirkan air mata sewaktu dijemput sakaratulmaut. Bacaan semakin menurun 51/20…aku sedih tak terkata. Dada abah semakin perlahan berombak. Nadi dah tak dapat nak rasa. Aku ampu kepala abah ke lengan aku. Biarlah abah menghabiskan nafasnya di lengan aku anak bongsunya , BP 51/18 dada abah terhenti berombak , gelap aku rasakan pandangan aku , tapi nafas ada dikerongkong abah , air mata abah mengalir , aku , kakak, gee dan mak mengucapkan sentiasa mengucapkan kalimah suci kepada abah.. Dan akhirnya setelah 3 kali tarik nafas ..akhirnya abah telah menghembuskan nafasnya yang agak panjang buat kali yang terakhir pada jam 2.36 pagi. INALILLAH HIWAINALILLAH HIR RAJI UNNNNN…..Abah telah kembali ke Rahmatullah dengan tenangnya.Seperti tak percaya abah dah pergi meninggalkan kami semua. Seperti tidak percaya aku , yang Abah telah meniggal kami semua. Terpisah sudah jasad dan nyawa. Abah semoga Abah tenang di sana Abah.Som telefon. Aku katakan abah dah tak ada. Dia dalam perjalanan nak ke hospital. Aku lihat muka abah seperti orang tidur. Aku dapat rasakan sakaratul maut telah menjemput abah dengan lemah lembut. Tiada renjatan seperti yang aku baca sebelum ini. Cuma air mata abah mengalir mengiringi pemergiannya. Tak lama som ,enal , don dan radzuan sampai dihospital. Mulanya doktor tak nak menjahit perut abah , nak dibiarkan menganga denagn menampakkan usus dan segala isi perut,namun setelah diberitahu oleh jururawat dan disarankan oleh radzuan dan don akhirnya dia beralah. Sekujur jasad abah dikerjakan oleh doktor. Perut abah dijahit semula , air disedut.Tak dapat aku bayangkan seandainya Abah boleh bersuara..tentu dia mengalami kesakitan yang amat sangat. Kuasa Allah , walaupun sebelumnya doktor kata perut abah tak boleh bercantum , namun akhirnya perut abah dapat dicantumkan semula dengan kemas. Pukul 3.00 pagi kak nor , abang rin sampai ke hospital. Aku balik dulu kerumah som sebab nak bersiap balik kg. Yang tinggal , kakak , kak nor , abang long , abang rin dan kak mah. Berkemas-kemas dan bertolak balik kg. Betul seperti rasa gerak hati aku yang mungkin akan ada sesuatu berlaku hari sabtu. Memang betul semua anak abah akan balik kampung hari sabtu. Betul seperti kata kau som..kau ajak aku bertolak balik kampung selepas subuh kan. Ni waktu subuhlah kita balik ke kampung mengiringi jenazah abah. Jenazah abah sampai di rumah kampung pukul 8.30 pagi dengan menaiki van jenazah bersama kakak ,kak mah dan Azlan. Jenazah Abah di baringkan ditengah rumah. Aku tak dapat menahan air mata , melihat sekujur tubuh abah dipembaringan. Sebelum ini abah beria-ia nak balik kampung , tapi bila abah dapat balik, dalam keadaan abah dibungkus dengan kain putih. Oleh kerana hari yang sama, kebetulan ada kenduri perkahwinan di kampong, jenazah abah akan disepurnakan terlebih dalulu. Tak sampai setengah jam abah berbaring dirumah , jenazah dimandikan. Anak , cucu dan menantu abah yang meneruskan mandian abah. Azlan , Ibrahim dan Yin meriba abah. Menantu lain mengangkat abah. Aku rasa belum puas menatap wajah abah. Setelah siap dikafan kan semua kaum keluarga mencium abah buat kali terakhir. Selesai dikafankan jenazah abah dibawa ke surau untuk disembahyangkan. Itulah permintaan abah sejak dari dulu , seandainya abah meninggal abah mintak jenazahnya disembahyangkan disurau depan rumah kami. Abah sayang sangat surau tu. Abah wakafkan sebahagian tanahnya untuk dibuat surau. Nama surau tu pun “Surau Hj Omar” abah telah mewakafkan tanahnya untuk didirikan surau. Itulah lah sedekah jariah yang akan kekal sampai bila-bila selain dari doa anak yang soleh dan amalan abah semasa didunia.Ramai saudara mara datang melawat abah . Saat untuk berpisah dengan abah semakin hampir. Pukul 10 pagi jenazah abah siap di sembahyangkan dan hendak dibawa ke tanah perkuburan. Semakin ramai saudara mara yang datang tak sempat menatap wajah abah buat kali terakhir. Aku rasa terlalu cepat abah nak dikebumikan. Walaupun sunat mempercepatkan urusan jenazah…tapi aku rasa berat untuk berpisah dengan abah.. Akhirnya jenazah abah dibawa ke tanah perkuburan, Pt Sulong.. Aku turut mengiringi jenazah abah ke tempat persigganahn sementaranya di alam barzah. Setelah selesai urusan pengkebumian, semasa bacaan talkin , hujan panss telah turun seolah-olah mengiringi pemergian abah. Berat rasa hati nak meinggalkan abah disitu keseorangan. Semadilah abah dengan tenang disana. Semoga roh abah ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Kami redha dengan pemergian abah jika itulah lah ynag terbaik untuk abah. Insyallah abah kami akan tunaikan amanat abah supaya menjaga mak dengan baik. Itulah pesan abah yang selalu diucapkan kepada kami semua agar menjaga mak dengan baik.

Berlalu sudah semua kenangan indah bersama abah. Tiada lagi Abah kami didunia ini. Kalau masa boleh berputar alangkan indahnya. Teringat jasa-jasa abah selama ini kepada kami semua . membesarkan kami , membanting tulang empat kerat menyara persekolahan kami. Teringat Hari Raya Haji yang lalu sewaktu mak patah tangan duduk dirumah kakak , abah sorang-sorang kat kg , dia siap masak ketupat , dodol , ayam , sambal satay. Abah telefon aku balik ke tak , abah telefon semua orang. Tapi sayang semua tak boleh balik sebab cuti raya terlalu pendek. Hanya kak nor balik dengan kakak. Itulah pengorbanan abah. Teringat kalau kita semua balik kampung , abah sibuk pegi Pt Sulong , beli lauk , beli kopi tangkap ayam kampung (siap masak lagi ) dah tu cucu nak beli asikrim abah belikan….abah sibuk masakkan untuk kita semua , lepas tu waktu kita makan abah tak ada , abah pegi surau. Abah bukan nak makan sangat pun. Dia seronok tengok anak cucu berkumpul.. Kami berbangga dengan Abah. Insyaallah kami semua akan menjaga mak dengan baik sepertimana amanat abah kepada kami.

Terngiang-ngiang lagi kata-kata abah semasa mula-mula dimasukkan ke HSAJB dari Hospital Kota Tinggi, abah tanya kain putih dia di bawak tak ? Kakak tanya 2 kali dengan abah dan akhirnya kakak kata, kain putih tu nanti orang bawakkan. Pelik abah boleh ingat kain putih pulak di saat-saat tengah sakit tu.

Semasa som dan kak lah jaga jugak, abah beriya-iya nak balik kampong sesangat. Dia kata nak pergi “rumah baru” dan mintak dimandikan. Abah kata abah tak sabar nak pergi “rumah baru”. Som ngan kak lah terdiam jea…setakat membacakan yassin dan tidak henti-henti mengajar mengucap. Alahmdulilah, walaupun abah kesakitan, abah masih boleh menyebut nama allah dan sesekali mengucap.

Hhri Raya tahun ini paling menyedihkan bagi kami semua. Sepatutnya tahun ini semua anak , menantu , cucu abah akan berkumpul , ambil gambar ramai-ramai untuk jadi potret kenangan. Tapi segalanya dah berubah. Kami akan mengunjungi pusara abah. Buat yang masih punya abah..hargai semasa ada.

KENANGAN - HARI-HARI TERAKHIR EMAK.....

dah 4 tahun emak kembali kepada penciptanya.....30/62005...inilah catatan mama untuk hari-hari terakhir emak.....
SEDETIK KENANGAN BERSAMA EMAK


Selasa 21 June 2005

Pukul 6.30 petang aku dapat panggilan telefon dari gee yang mengatakan yang emak tak sihat. Mulanya aku ingat tak sihat demam biasa. Tapi gee bagitau yang emak hampir terjatuh sewaktu nak ke bilik air dan mak seolah-olah hilang ingatan. Waktu ini mak berada di rumah gee, selepas sebulan di rumah kak mah. Macam tulah rutin harian emak semenjak pemergian abah. Mak akan berpindah dari satu rumah anak kerumah anak yang lain mengikut gerak rasa hatinya.

Mengikut cerita dari bibik , lebih kurang pukul 4.00 petang mak hampir terjatuh semasa nak ke bilik air. Nasib baik bibik sempat memaut badan mak dari terjatuh terjelepok. Lalu bibik bawa emak ke biliknya dan dibaringkan di atas katil. Mak seperti orang bingung…dan tak tau apa yang terjadi…..setiap pertanyaan tidak dijawab dan mak banyak mendiam diri aje. Bibik nak telefon gee bagitau tapi mak bagi isyarat tak benarkan bibik telefon gee. Jadi bibik pun membiarkan emak berehat dibiliknya.

Malam itu selepas maghrib aku ke rumah gee bersama suami dan anak-anak disamping mak dan ayah mentua aku. Walaupun gee kata macam tak ada apa-apa tapi aku rasa tak sedap hati juga kalau tak pergi. Dalam perjalanan ke rumah gee, kak nor telefon bagitau yang dia juga akan ke rumah gee ditemanai iwan dan kak lah. Sepanjang perjalanan aku cuba menyedapkan hati dengan berharap yang mak hanya demam biasa dan kurang selera makan seperti selalunya.

Aku sampai ke rumah gee lebih kurang pukul 9.00 malam. Mak ada dialam biliknya. Mak terbaring tapi tak pejamkan mata. Bila aku panggil..dia pandang aje..lepas tu dia cuba bangun. Aku tolong membangunkan badannya. Dia duduk di birai katil, sambil tercengang-cengang melihat aku sekeluarga seolah tidah mengenali kami. Bila berulang kali aku bertanya barulah dia mengangguk. Bila aku tunjukkan Ika..dia seolah tak mengenali..setelah agak lama barulah dia berkata ika…..mak juga seolah tidak ingat di mana dia berada. Dia juga tidak memberi sebarang respon sebarang pertanyaan dari kami, kalau ada pun hanya geleng dan angguk saja. Yang aku ingat bila aku bertanya emak..kenapa jadi macam ni….mak hanya menjawab “ mak macam…macam…macmmmmm (perkataan diulang berkali-kali) macam nak pergi…nak pergi….(tak tau apa maksud emak dengan nak pergi tu…..)

Kami tanyakan pada emak samada dia nak ke hospital, tapi mak menolak dengan menggeleng kepala. Tak lama lepas tu kak nor pun tiba. Keadaan yang sama berulang bila dia seolah tidak mengenali kak nor, kak lah dan iwan. Fikirannya seolah-olah kosong dan melayang-layang.

Setelah berbincang sesama kami , kami berpakat sebulat suara untuk membawa emak ke Hospital Pakar Ampang Puteri. Pada mulanya memanag emak enggan pergi, tapi setelah dipujuk berkali-kali akhirnya emak mengalah. Kami memberi alasan pergi ke hospital hanya untuk emngambil ubat emak sahaja. Sampai di Hospital lebih kurang pukul 12 malam emak terus dimasukkan ke Bahagian Emergency. Seteleh memberi keterangan tentang keadaan emak, Doktor teleh mengarahkan emak ditahan di wad untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya. Kami menunngu diruangan yang disediakan. Kakitangan Hopsital menolak emak ke bilik pemeriksaan dan X-Ray. Waktu ini mak memang tak berkata apa-apa, hanya mendiamkan diri sahaja. Kesian melihat keadaan emak . Memang dulu mak ada berpesan katanya kalau dia sakit jangan di bawa ke hospital, tapi kami terpaksa mak, takkan kami nak biarkan emak sakit tanpa rawatan. Namun apalah daya emak, pada saat ini emak tidak bolehberkata-kata.

Doktor menasihatkan emak ditahan di hospital untuk rawatan lanjut. Setelah selesai urusan kemasukkan ke wad dan juga urusan Guarentee Letter dari Johor Corporation (majikan som) pada pukul 1 pagi emak dimasukkan ke wad, Bilik 432. Keadaan mak sama aje..hanya mendiamkan diri . Bila sesekali disuruh angkat tangan mak akan angkat tangan tanpa bersuara. Bila aku suruh mak tanggalkan gigi palsu dia, mak menurut dan membukanya sendiri. Kesimpulannya mak faham apa yang kami perkatakan cuma dia tak berkemampuan untuk menjawab. Menurut doktor ada beberapa saluran darah mak ke otak yang telah tersumbat. Mungkin itu yang menyebabkan pertuturan emak terjejas. Kesimpulannya emak diserang stroke (angin ahmar), tapi serangan stroke ini menyerang sistem otak dan bukannya anggota badan.

Malam itu, kami semua pulang ke rumah, Tinggal kak lah menunggu emak ke hospital. Aku harus pulang ke rumah untuk menguruskan anaka-anak yang akan bersekolah keesokkan harinya. Malam itu juga aku memberitahu adik beradik yang lain akan keadaan emak yang dimasukkan ke hospital. Yang ada di hospital malam itu, aku , gee, kak nor, radzuan, kak lah, wan safie dan hafeez juga danny dan adam.


Rabu, 22 June 2005

Selepas menghantar anak-anak ke sekolah, aku terus menuju ke Hospital. Nasib baik hospital berdekatan dengan rumah aku. Sampai sana emak sedang tidur….tapi keadaannya masih sama. Kak lah masih di hospital. Menurut Doktor mak mengalami serangan Stroke yang menyerang saluran darah ke otaknya. Banyak gumpalan-gumpalan darah beku di otak emak. Dan ada antaranya yang merupakan gumpalan yang agak lama. Itu sebab agaknya kekadang mak seolah-olah hampir ingat-ingat lupa. Bila doktor suruh mak pandang ke kiri menggunakan anak mata, anak mata sebelah kanan tidak berfungsi.Menurut doktor keadaan sedemikian agak sukar untuk dipulihkan , dan mungkin akan mengambil masa yang agak panjang. Agaknya semenjak pemergian abah mak memang rasa tertekan dan kurang ceria. Mak merasakan hidupnya dah tak bererti tanpa abah. Makjuga mengidap darah tinggi dan sakit lutut yang agak serius.

Aku berada di hospital sehingga tengahari. Selepas itu aku harus ke pejabat. Tidak lama Kak mah dan Md Shah tiba dihospital diikuti oleh Kak nor. Walaupun aku berada dipejabat , namun fikiran aku sentiasa terkenang pada keadaan emak. Telefon jangan ceritalah..memang berdering-dering tak henti-henti disamping email dari kami adik beradik. So semua adik beradik dah sedia maklum keadaan emak. Jadi hari ini hingga ke petang mak ditemani, kak lah, kak mah dan kak nor. Petang ni Mak We datang melawat emak. Dialah satu-satunya adik beadik emak yang masih ada lagi.

Lepas balik kerja hari ni aku bergegas balik nak singgah ke hospital. Tapi akhirnya aku tak jadi singgah sebab gee pun dah ada di hospital. So malam ini giliran aku menjaga emak. Jadi aku terus pulang kerumah menguruskan keperluan anak-anak dan suami. Pukul 9.30 malam aku ke hospital bersama suami dan anak-anak. Kak nor, kak lah dan kak mah dah pulang lewat petang tadi. So aku bertukar giliran dengan gee. Pukul 10.30 suami dan anak-anak pulang kerumah. Tinggallah aku dan emak di bilik Hospital yang sepi dan hening ditambah dengan keadaan mak yang tentiasa “Tidur” dan tidak berkata-kata. Sepanjang malam aku tak dapat melelapkan mata sangat..hanya setakat tidur-tidur ayam.Sekejap-sekejap nurse datang ambil tekanan darah emak, bagi ubat. Lebih kurang pukul 2 pagi tekanan darah emak terlampu tinggi. Bacaan sehingga 210. Keadaan ini terlampau tinggi. Nurse cuba memberikan ubat pada emak. Dan aku diberitahu jika keadaannya tidak berubah , doktor akan dipanggil. Aku hanya mampu berdoa….syukur akhirnya menjelang subuh tekanan darahnya menurun, walaupun masih dikategorikan tidak normal bagi orang biasa.




Khamis 23 June 2005

Pukul 6 .15 pagi aku pulang kerumah kerana aku haraus ke pejabat. Sementara aku pulang kerumah, Hafeez akan mengambil alih tugas menjaga emak sementara menunggu kedatangan kak nor siang nanti. Nasib baik rumah kami kebanyakkan berdekatan dengan hospital, jadi urusan penjagaan emak tidak timbul, lagipun emak dirawat di Hospital Swasta dan layanannya amat memuaskan hati dan juga tiada masalah kami menziarahi emak pada bila-bila masa sahaja.

Aku ke pejabat seperti biasa. Seperti biasa talian telefon tak henti-henti berdering. Adik beradik berhubung antara satu sama lain untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai emak. Pukul 10.00 kak Nor sampai di hospital diikuti dengan kak Lah. Doktor cuba membuat latihan fisioterapi kepada emak, tapi kurang mendapat respon. Kaki emak terlampau lemah. Memang sebelum ini pun mak agak kurang berjalan apatah lagi dengan keadannya sekarang.

Hari ni mak telah dipindahkan ke Bilik 429, bilik yang lebih luas dan selesa dilengkapi dengan kerusi fisioterapi. Bilik ini lebih selesa berbanding sebelum ini, lagipun hanya emak seorang didalam bilik ini, jadi memudahkan kami untuk menunggu emak . Kami bersyukur kerana emak mendapat rawatan dan layanan yang memuaskan.

Petang, semasa pulang dari pejabat aku singgah ke hospital. Kak Lah, kak Nor, Iwan dan Hafiz ada di hospital. Mak masih duduk dengan keadaan termenung. Makan minum semua tak mahu, hanya mengharapkan drip air sahaja. Aku datang bawa kuih ubi yang emak suka. Aku cuba suapkan ke mulut emak, emak makanlah sesuap rasanya. Lepas tu terus tak mahu ditelannya sebarang makanan. Mak faham apa yang kita perkatakan tapi tak pandai membalasnya. Aku telefon yin dan bagi telefon pada emak, emak ambil telefon tu dan dilekapkan ketelinganya…..mak mendengar agaknya apa yang yin katakan.Tapi emak masih tidak berkata apa-apa walau sepatah pun. Aku balik ke rumah lebih kurang pukul 7 malam , kerana malam ini aku menjaga emak , Jadi selepas siap segala keperluan dirumah aku ke hospital lagi bersama suami, Ika dan Iki.

Malam ni aku ditemani anak aku, Ika tidur di hospital menemani emak. Keadaan emak langsung tidak berkata-kata walaupun sepatah perkataan.Cuma sesekali tangan emak akan digerakkan ke kiri dan ke kanan, dan sesekali emak akan cuba menggerakkan badan ke sebelah kiri dan kanan. Sesekali aku suapkan minuman ke mulut emak menggunakan sudu, dan tangan emak masih mampu untuk menyapu lelehan air dari mulutnya menggunakan tangan kirinya (Perbuatan yang ini masih aku teringat dan terkenang sehingga ke saat ini…). Tapi mulut emak tetap tidak boleh nak berkata-kata. Kasihan aku melihatkan keadaan emak, aku terbayanag dulu sebelum emak sakit, emak memang banyak bercakap dan bercerita sampai kekadang sampai malas pulak nak mendengarnya sebab benda yang sama diulang-ulangnya, tetapi dalam keadaan emak sekarang, rasa keinsafan menyelebungi diriku. Alangkah menyesalnya aku ..mak cakaplah emak……kembalikanlah suara emak yang dahulu….


Jumaat, 25 June 2005

Seperti biasa pukul 6 pagi aku balik ke rumah kerana harus ke pejabat. Sepeninggalan aku Hafeez mengambilalih menjaga emak. Selepas tu kak nor datang menggantikan Hafeez. Kak Lah pun datang sekali. Hari ni som sekelurga tiba dari JB. Hari ni som menjaga emak dihospital. Hari ni doktor memasukkan tiub untuk menyalurkan makanan kehidung emak. Walaupun som cuba menahan doktor dari memasukkan tiub kerana ingin mencuba menyuap makanan secara normal kepada emak, namun menurut doktor tiub perlu dipasangkan kerana emak kekurangan zat makanan kerana mak tak nak makan. Doktor juga telah mengatakan yang keadaan emak agak mengambil masa untuk dipulihkan. Menurut doktor terpulang pada kami untuk membawa emak berubat secara tradisional, kerana di hospital hanyalah rawatan biasa dan juga fisioterapi yang akan dilakukan. Kami masih belum berbincang sesama adik beradik kerana semua belum tiba di Kuala Lumpur lagi.

Hari ni aku balik awal dari Office dan singgah di hospital. Kesian tengok tiub berselirat dihidung emak…tapi apalah daya kami mak…..mak terpaksa juga melalui detik-detik ini. Malam ni som bersama Ain menunggu emak di hospital. Malam aku datang lagi ke hospital , keadaan emak masih tiada perubahan. Malam ini yin tiba dari Kulai .Di rumah aku agak meriah dengan anak-anak saudara kerana kebetulan rumahaku paling hampir dengan hospital. Tapi sayang disaat kemeriahan di rumah aku dengan anak cucu emak berkumpul emak pula tak sihat. Sama seperti 2 tahund ulu sewaktu abah sakit di hospital JB, kami semua berkumpul dirumah som..sementara abah terlantar dikatil hospital. Keadaan seolahberulang kembali…cuma lokasi yang berbeza.


Sabtu, 26 June 2005

Hari ini, kakak dan mek sekeluarga sampai dari Johor. Kami semua ke hospital. Keadaan emak masih seperti itu. Menurut doktor memang tiada rawatan khusus untuk pesakit stroke. Hanya fisioterapi dan kekuatan fizikal pesakit yang dapat membantu proses penyembuhan. Tapi dalam keadaan emak , mungkin agak rumit sedikit, kerana bentuk fizikal emak yang berisi menyukarkan pergerakkan. Kerana dalam keadaan biasa pun memang emak tak banyak bergerak kerana sakit kaki dan sebagainya. Jadi doktor memberi pilihan samada nak bawa balik emak atau nak terus tinggal dihospital. Doktor menyuruh kami berbincang sesama adik beradik.

Hari ni kenduri cukur kepala anak Gee. Mengikut perancangan awal semua kami akan berkumpul dirumah Gee, namun apakan daya kita hanya mampu merancang. Namun kenduri di rumah Gee tetap diteruskan kerana tetamu telah dijemput, katering telah ditempah. Hanya Kak Nor, Kak Lah dan Kak Mah serta Lan aje yang pergi ke rumah Gee. Malam ni Kakak dan Mek menjaga emak. Som telah pulang ke JB petangnya.


Ahad, 27 June 2005

Pagi aku ke hospital. Hari ni kami telah membuat keputusan untuk membawa balik emak . Kami ingin mencuba kaedah urutan tradisional untuk emak. Keputusan telah dibuat untuk membawa emak ke rumah Kak Mah, kerana kebetulan kak Mah tidak bekerja. Namun malang sungguh nasib emak disaat kami semua cuba untuk mengangkat emak ke atas kerusi roda untuk dibawa pulang, badan emak tiba-tiba melorot kebawah. In kerana emak langsung tidak memberi respon dan tidak mampu menyokong diri sendiri. Maka terbaringlahlah emak dilantai Hospital…kami panik seketika. Kemudian Jururawat datang membantu mengangkat emak menggunakan kain untuk diletakkan diatas katil. Kesian sungguh melihat keadaan emak. Akhirnya kami membuat keputusan untuk menyewa Ambulans untuk membawa pulang emak. Mak dibawa dengan ambulan ke rumah Kak Mah di Klang diiringi kak Lah, Shasa di dalamnya. Aku sekeluarga menyusul dengan kereta dan juga Kak Nor. Inilah kali terakhir aku lihat emak dalam keadaan masih bernyawa……..Kalaulah ku tahu ini kali terakhir aku akan melihat emak masih bernyawa…..

Tiba dirumah Kak Mah emak dibaringkan dikatil diruang tamu. Baju emak ditanggalkan untuk mengelakkan kepanasan dan memudahkan badan emak dilap dan dibalik-balikkan. Menjelang maghrib aku pulang kerumah. Waktu ini Gee baru sampai. Tak sampai hati rasanya nak tinggalkan emak , tapi aku percaya kak mah boleh menjaga emak dengan baik. Aku tinggalkan pembantu rumah aku dirumah kak mah untuk membantu mana yang patut. Emak langsung tak membuka mata semenjak dari hospital hari tu…mak seolah-olah tidur, tapi sekali sekali kedengaran hembusan nafasnya yang kuat dan turun naik.Bukan kau tak mahu menjaga emak di rumah aku, tapi sepanjang aku bekerja emak hanya akan tinggal dengan pembantu rumah aku, dan aku tak berapa yakin yang pembantu rumah aku ikhlas nak jaga emak, so akhirnya kak mah bersetuju nak menajga emak dan aku tinggalkan pembantu rumah aku di rumah kak mah untuk membantu mana yang perlu. Untuk keperluan aku di rumah, taulah aku menguruskannya.




Isnin, 28 June 2005

Emak di rumah kak mah. Emak masih tak membuka mata langsung. Hari ni mak diziarahi saudara mara. Aku tak dapat menziarahi emak hari ni. Hanya telefon menjadi penyambung mengatahui keadaan emak. Menurut kak mah keadaan emak tiada perbezaan. Mak seperti dalam keadaan koma, hanya sesekali menggerakkan tangannya.


Selasa, 29 June 2005

Tiada apa-apa perubahan pada diri emak. Hari ni kami berbincang untuk membawa mak berurut di Jasin keesokkan harinya. Keputusan dibuat untuk membawa emak nberubat secara tradisional di Jasin, Melaka.


Rabu, 30 June 2005

Hari ni selepas solat subuh emak diibawa ke Jasin untuk berurut. Yang turut serta pergi ialah Gee, pembantu rumah aku (Nana), kak mah, kak nor, Tumirin, Iwan dan Kak Lah. Sementara Yin menunggu di Jasin, kerana dia yang tahu tempat urut ni. Keadaan mak masih tiada perubahan, malahan keadaan emak semakin lemah, langsung tak membuka mata. Mak diletakkan di dalam kereta Gee di kerusi hadapan. Sewaktu emak diangkat ke dalam kereta langsung emak tidak sedar. Mak seolah-olah tidur sepanjang perjalanan. Tiba Di Jasin mak diberi keutamaan kerana melihatkan keadaannya. Lebih kurang pukul 11.00 pagi selesai mengurut.

Oleh kerana hari masih pagi lagi, kami membuat keputusan untuk singgah ke kampung, kerana kebetulan dah dekat benar dengan kampung. Mungkin terkena udara kampung boleh membuatkan emak lebih bersemangat dan boleh membuka mata. Tiba dirumah pukul 12 tgh. Jiran-jiran diberitahu mengenai kepulangan emak. Mereka menziarahi emak termasuklah Pak cik Kuan. Lebih kurang pukul 4.00 petang semasa berkemas-kemas untuk balik semula ke Kuala Lumpur, kami bercadang untuk memandikan emak tapi dihalang oleh Pak cik , kerana katanya badan emak dah sakit janganlah diangkat-angkat kesana-sini. Akhirnya mak cuma dilap badannya sahaja. Selesai berkemas-kemas untuk balik Pak cik berkata…”Tak payahlah emak dibawak balik ke KL”namun apalah daya kami semua, kerana di kampung tiada siapa yang akan menjaga emak. Akhirnya emak dibawa pulang juga ke Kuala Lumpur . Emak diangkat kedalam kereta dan meninggalkan kampung. Jika mak sedar mesti mak gembira dapat pulang ke kampung.

Mak tiba dirumah kak mah semula pada pukul 7.30 malam….emak langsung tak buka mata. Sewaktu nak angkat mak masuk ke dalam rumah, badan mak terasa berat sangat tak seperti semasa nak pergi. Tangan emak juga terkulai , tiada respon, tak buka mata, yang sedihnya semasa nak angkat masuk ke rumah seperti dihospital dulu, badan mak terlorot ke bawah..dan mak terbaring di porch kereta . Setelah mencuba beberapa kali akhirnya mak berjaya diangkat masuk ke ruamh dan dibaringkan di atas katil. Pukul 8.00 malam gee, kak nor dan kaklah pulang ke rumah masing-masing. Mak terbujur diatas katil tanpa sebarang respon, cuma badan mak agak sejuk…dan nafas emak turun naik. Aku yang tidak turut serta hanya kerap menelefon bertanya kahbar berita. Aku tidak dapat turut serta menghantar emak berurut kerada ada urusan yang tak boleh dielakkan.

Pukul 9.00 malam kak mah telefon bagitau badan emak sejuk sangat. Kak lah suruh kak Mah selimutkan emak dan perlahankan kipas. Semasa ni aku berada dirumah, hanya kak mah sekeluarga ada bersama emak. Beberapa kali aku telefon kak mah. Pukul 9.30 nafas emak kuat kedengaran dan kelihatan dadanya turun naik. Abang Shah mengesyaki nafas mak tak seperti selalu dan seolah-olah saat mak pergi sudah tiba. Kak mah sekeluarga dalam keadaan cemas dan kelam kabut. Mak seolah-olah sedang nazak. Mereka mengelilingi mak dan setelah beberapa kali menarik nafas kuat akhirnya Emak telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 9.40 malam disaksikan Kak Mah, Md Shah, Nana, Fareez dan Farhan. INALILLAH HI WA INALILLAH HI RO JIUNNNNN….. Mak telah kembali kerahmatullah…….Aku sedikit terkilan kerana tiada disisi emak disaat-saat kematiannya. Jika semasa pemergian abah, kepala abah terkulai dihadapan aku, namun saat-saat kematian emak aku tiada disisinya……..Kami semua sudah kelihangan Abah dan Emak…

9.50 malam…… Telefon rumah aku berdering…melihatkan nombor yang tertera di telefon adalah nombor rumah kak mah…aku seperti dapat mengagak sesuatu……Tepat sekali tekaan ku…sebaik telefon kuangkat terdengar dicorong sana esak tangis kak mah…tanpa perlu kak mah berkata-kata aku tahu yang mak telah pergi menyahut panggilan Ilahi. “MAK DAH TAK ADA”…hanya itulah ayat dari kak mah dan terus telefon diletakkan.Aku terkedu seketika..kebetulan suami tiada dirumah, outstation. Aku terus menghubungi kak Nor dan kak lah dan kakak-kakak aku yang lain…….seolah tidak percaya mak akan pergi dalam masa terdekat ini. Serasa mak baru lagi bersama-sama kami…..namun apakan daya sudah tersurat ..ajal emak telah sampai..tidak terlambat atau tercepat walau sesaat. Aku redha dengan pemergian emak. Semoga…terhapus segala kesengsaraan , kesunyian jiwa emak dan kesedihan emak seteleh kehilangan abah….mak seolah tidak bersemangat langsung untuk meneruskan kehidupan semenjak pemergian abah..maklumlah lebih setenggah abad mengharungi suka duka hidup bersama abah.

Seterusnya aku terus menghubungi Van Jenazah kerana jenzah emak akan dibawa pulang malam ini juga. Setelah dapat van jenazah aku bertolak kerumah kak mah. Kebetulan suami tiba tidak lama aku terima berita kematian emak. Emak mentua aku ikut sekali ke Klang.Sepanjang jalan menuju ke rumah kak mah hati aku teramat sayu..mengenangkan emak. Aku tiba dirumah kak mah pukul 10.45 malam. Aku rasakan perjalanan dari Ampang ke Klang ni terlalu jauh rasanya. Berdebar nak melihat jenazah emak. Diluar rumah telah ramai tetamu datang, antaranya Mak Wa, Long Bani, Zai , Makcik Sipah dan ramai lagi…..Aku terus menuju keruang tengah rumah…Ya Allah ..jasad emak terbujur kaku diatas katil. Aku lihat mak masih memakai kain batik aku.

Seterusnya aku ke Balai Polis untuk mendaftarkan kematian emak dan mendapatkan permit pengebumian. Kami merancang membawa jenazah emak pulang malam ini juga. Urusan pendaftaran mengambil masa yang agak lama kerana pada mulanya Pagawai Polis tidak mahu mengeluarkan permit pengebumian dan perjalana kerana waktu itu dah pukul 12 tengahmalam. Mengikut peraturan permit untuk membawa mayat hanya dikeluarkan selepas jam 7 pagi. Namun setelah puas merayu akhirnya aku berjaya juga mendapatkan permit itu pada pukul 12.30 tengah malam. Nasib baik aku ada bawa bersama surat2 doktor dari Ampang Puteri Hospital yang menyatakan mak baru keluar dari Hospital dan sebagainya. Alhamdulillah dipermudahkan urusan emak.


Khamis , 1 Julai 2005

Pukul 1.00 pagi Jenazah emak dibawa pulang ke kampung halaman. Sedihnya hati tak terkira kala melihat emak dibalut dengan kain dan dimasukkan ke dalam tong jenazah. Ketika ini Gee pengsan mungkin kerana teringatkan pesanan Pakcik yang melarang membawa emak balik ke KL siang radinya. Namun apa yang boleh dibuat kerana seandainya kami semua tahu pasti emak tidak akan dibawak semula ke KL, tapi telah telah tersurat yang mak akan menghembuskan nafas terakhir dirumah ini. Jenazah mak dibawa pulang manaiki Van Jenazah dalam hujan renyai-renyai ditemani Hafeez disebelah jenazah emak. Aku sekeluarga mengiringinya di belakang van. Aku terpaksa balik ke rumah dahulu kerana menghantar mak mentua aku. Selepas itu suami terus memecut kereta menuju ke kampung. Sepanjang perjalanan airmata aku mengalir…anak-anak pula terlena di kerusi belakang..menambahkan kesunyian sepanjang perjalanan ini...terbayang kenangan bersama emak. Aku bertemu dengan van yang membawa jenazah emak di Bakri Muar, Batu 2. Semasa itu hujai renyai-renyai masih belum berhenti. Disubuh hening ini aku mengiringi jenazah emak pulang ke rumah pusaka emak dan abah…. Ini adalah persinggahan terakhir emak sebelum bersemadi.dipusara. Tak terkira sendu dihati ini mengiringi jenazah emak …serasa mak masih ada bersama kami, terbayang segala kenangan bersama emak. Terbayang emak yang terpaksa meninggalkan kampung halaman setelah kematian abah mengikut anak-anak kerana tiada sesiapa dikampung. Terbayang emak yang seolah tertekan duduk dirumah anak kerana perasaan malu…walaupun kami semua suka mak tinggal bersama kami, namun kami tahu jauh disudut hati emak, emak tidak bergembira duduk dibandar, Mak terpaksa mengikut kami anak-anaknya duduk di bandar, kerana mak tak sihat dan keseorang duduk di kampung. Aku rasa kalau badan mak sihat dak boleh tinggal sendirian , pasti mak mahu tinggal di kg sahaja. Emak selalu terkenang kampung halaman, abah, jiran-jiran sekampung dan juga rutin harian dikampung. Kalau sesekali kami nak bawa emakpulang ke kg, 2-3 hari sebelum tu mak dah tak lalu nak makan dan tidur kerana tak sabar nak pulang ke kampung. Walaubagaimanapun mak tidak pernah memaksa anak-anaknya pulang ke kampung, kerana tidak mahu menyusahkankan kami semua. Baru terasa semalam menguruskan jenazah abah dari Johor Bahru bawak ke Kg, kali ni menguruskan jenazah emak pula dari KL. Kalau abah menghembuskan nafas terakhir di Johro bahru, manakala emak pula di Kuala Lumpur. Macam dibagi pula rasanya untuk berlaku adil kerana kami 5 beradik menetap di Kuala Lumpur, sementara 4 lagi di Johor.

Pukul 4.00 pagi jenazah emak tiba di kampung . Suasana sunyi , hening dan syahdu menyelungi perkarangan rumah. Adik beradik di Johor Bahru telah berkumpul dirumah dan mengemas mana yang perlu. Jenazah emak diangkat dan dibaringkan di ruang tamu rumah. Terbayang seandainya emak masih hidup tentu mak gembira dapat pulang ke kampung. Kini emak pulang juga ke kampung, ke rumahnya sendiri , tetapi dengan keadaan berbalut kain putih…macam juga seperti abah.....mak telah menjadi arwah….. Kami adik beradik membaca tahlil dan yasin untuk emak.

Selepas subuh tetamu ramai datang menziarahi emak. Kami merasakan saat untuk bersama-sama emak semakin singkat. Pukul 8.30 pagi jenazah emak dimandikan. Mak dipangku oleh anak-anaknya, kak Nor dibahagian kepala diikuti aku, kakak, gee dan kak mah. Kami berlima meriba jenazah emak, yang lainnya menjirus air ke tubuh emak. Ini adalah kali terakhir aku memandikan emak. Badan emak terasa lembut sekali. Mak kelihatan cukup segar selepas dimandikan….Ini kali kedua aku memandikann jenazah..kali pertama sewaktu kematian anak aku Anis Sabrina…dan aku tak sangka pengalaman itu akan berulang kembali dalam masa yang terdekat. Selesai dimandikan mak dikafankan…..dan akhirnya desembahyangkan di ruang tengah rumah…….

Perjalanan terakhir mak dengan menaiki van..diiringi Gee dan Mek..Aku menyusul dibelakang…..Tepat pukul 11.30 tengahari Jenazah Emak selamat disemadikan bersebelahan pusara Abah. Sayu melihat dua pusara, emak dan abah bersebelahan, Pusara Abah seolah-olah megalu-alukan kedatangan emak. Terbayang2 abah seolah olah tersenyum menanti kedatangan emak. Seolah tidak percaya kedua orang tua kamu telah tiada , telah pergi untuk selamanya….Kami telah kehilangan Emak dan Abah……Tiada lagi emak dan abah kami didunia ini…yang ada hanyalah jasa dan kenangan bersamaya…Semoga Roh emak dan abah dicucuri rahmat dan ditempatkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman……

Selepas 3 hari kami semua meninggalkan rumah pusaka emak untuk kembali ke kota…rumah ini teramat sepi dan sayunya hati tak terkira untuk meninggalkannya….semoga kami adik beradik akan tetap kembali lagi ke rumah ini walaupun mak dan abah telah tiada……
Hari Raya 1426H(2005) ini adalah pertama kali beraya tanpa emak…setelah pemergian abah, kami masih punya emak, tapi setelah emak juga menurut jejak abah…..hanya kenangan abadi yang tinggal……Kenangan bersama emak dan abah akan terus subur diingatan kami buat selamanya. Jasanya membesarkan kami sehingga menjadi seperti hari ini terlalu besar untuk dibalas. Tiada lagi wang ringgit dan harta yang diperlukan untuk emak dan abah…yang tinggal hanyalah doa dari kami anak-anaknya dan juga sedekah jariah …..semoga emak dan abah aman bahagia bersemadi di alam barzah…….AMIN….

Monday, June 22, 2009

Masak & Makan

Saturday ( 20/6/09)....apa nak citer erk..tak ada idea....cuma biasanya saturday & sunday adalah hari mama masak penuh kat rumah..selalu bibik tolong2 masak...hihihi

Dari semalam, iki dan ika nak makan spagethi untuk breakfast....so bangun pagi mama masak ler spagethi...hampir licin dia orang makan. Mama standardlah tak makan pun..suka buat aje untuk2 anak1 & hubby..mama makan roti baakr ajelah...

Lepas siap breakfast, mama pun keluar rumah ler..nak pegi apsar basah tapi dah lambat so sudahnya pegi Carrefour ajelah...macam biasa penuh satu troli...dan habis 2 ketul RM.. setiap kali pegi..sebulan 2 kalipegi..hah rm1k tu...


kuah licin.....
Balik rumah dah hampir tgh dah...terus masak...menu hari ni malas nak masak macam2, mama cuma masak kurma ayam, sayur campur, sambal belacan dan celur bendi...

kurma ayam......................mama punya lunch hari n i
Sambil masak tu mama sempat tau buat karipap. Dah lama tak buat...selalu order yang segera aje dari mummy gee atau kak nor (tolong order)...hihihiihih so hari ni mama uli tepung, buat inti dan gentel karipap sendiri tau




kreatif tak mama buat karipap


hah banyak tu dapat......................... goreng sikit




dah siap.....yang lebih tu mama goreng separuh masak...nanti nak makan goreng aje..

Lepas habis buat karipap...iki dan ika nak dadih ....alah senang aje buat dadih ni....




dadih segera..... didihkan air 3 liter



masuk susu cair 1 tin dan gula 100 gram



dah mendidih..masuk dadih segera..kacau2 dan tutup api




anak dara mama tolong buat



lepas tu tuang dalam bekas...bairkan beku dan sejukkan..masuk peti ais...dan boleh nyum..nyum.... ( lagi satu benda yang mama suka buat tapi mama tak suka makan)

PEtang tu dalam pukul 6, kak nor tepon...ajak datang rumah sebab dia ngan anak2 dia nak buat simple BBQ sempena hari bapa. Mama pun tak pasti nak gi ke tak..sebab hubby tak balik lagi....so ptg dia balik..hubby kata ok lah...kul 6.45 keluar rumah...jalan jam ler pulak...sampai rumah kak nor dah kul 7.50.terus solat maghrib dan nyum...nyum...



Rumah Kak Nor


Tukar kipar BBQ




ada ayam, daging, udang, sotong, ikan dll..


lepas tu makan durian..pulakkkk



lelaki zaman sekarang...suka buli pompuan kan...tengok Amir dan Aishah tu...hmhmhmhmh